CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Jangan Tahu Makan Sahaja, 7 Cara Menahan Lapar Ketika Berdiet!

24-1-2022 04:44 PM| Diterbitkan: Agent13k| Dilihat: 1325| Komen: 2|Original author: Agent13k

Description: Berdiet untuk menurun berat badan boleh menjadi menyeksakan, terutamanya apabila berhadapan dengan kelaparan. Ramai pernah berada disituasi dimana sandwich dan milkshake menjadi menu harian tetapi fak ...
Berdiet untuk menurun berat badan boleh menjadi satu penyeksaan, terutamanya apabila berhadapan dengan kelaparan. Ramai pernah berada dalam situasi di mana nasi berlauk dan air manisan menjadi menu harian tetapi faktor diet memaksa anda perlu melawan rasa lapar untuk menurunkan berat badan.

kredit foto: Dailymeal


Petikan dari Mstar, Ini adalah beberapa kaedah yang boleh membantu menahan rasa lapar bagi membantu menurunkan berat badan.

  • Sarapan berkhasiat

Sarapan membantu anda menurunkan lebih banyak berat badan seperti yang laporkan oleh Trifecta Nutrition, beberapa kajian telah mengaitkan sarapan pagi dapat mengawal kalori harian dengan lebih baik. Ianya lebih bagus jika sarapan mempunyai protein yang tinggi.

  • Protein yang mencukupi

kredit foto: eatingwell


Bagi yang sudah biasa bersarapan, anda boleh mencuba masukkan sebahagian protein di dalam menu sarapan pagi. Protein akan membuat perut beras kenyang lebih lama dan tahap hormon kelaparan yang membuat anda kurang makan untuk hidangan seterusnya. 

Menurut Healthline, jumlah pengambilan protein perlu diambil sekurangnya 20-30 peratus daripada jumlah pengambilan kalori atau 0.45-0.55 gram setiap paun dalam berat badan manusia (1-1.2 gram setiap kg berat badan.)

  • Pengambilan Serat

Pengambilan serat yang mencukupi akan melambatkan proses penghadaman dan mengurangkan pelepasan hormon kenyang, bahkan juga, pengambilan buah-buahan, sayur-sayuran dan kekacang dapat membantu menghasilkan asid lemak rantai pendek dalam usus yang dikatakan boleh memanjangkan rasa kenyang.

  • Kurangkan pengambilan gula.

kredit foto: eatthisnotthat

Selain pengambilan gula yang betul, seseorang itu perlu mengelak pengambilan makanan yang menghasilkan "kalori kosong", makanan dengan "kalori kosong" itu hanya menambah penggunaan kalori tanpa memberi nutrisi, makanan itu biasa didapati di dalam roti putih, gula-gula, kek dan biskut.

  • Minum air putih sebelum makan

Sebelum makan, anda perlu minum segelas air kerana segelas air itu akan membuatkan anda rasa lebih kenyang, dan kurang rasa lapar selepas makan. Menurut Medical News Today, kajian ke atas 50 wanita yang berlebihan berat badan mendapati, apabila mereka diminta minum 1.5 liter air sehari selama 8 minggu itu dikatakan menurun berat badan dan selera makan semakin berkurangan.

  • Bersenam sebelum makan

Selain minum air, anda boleh bersenam sebelum makan, kajian mendapati, 20 penyelidikan berbeza mendapati hormon kelaparan boleh ditindas dengan berkesan selepas bersenam.

  • Makan dengan perlahan

kredit foto: indiatimes.

Amalkan cara permakanan secara berhemah, jika anda makan dengan berhati-hati dan tiada gangguan, anda tidak akan berasa cepat lapar dan memakan berlebih dengan hidangan seterusnya. Lebih baik jika anda makan tanpa melihat telefon bimbit, televisyen dan hanya fokus pada makanan sahaja.

Apa cara diet anda? -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jazaa100 24-1-2022 06:25 PM
Bersenam sblm mkn.....lg byk aku melantak sbb perut bertambah lapar....
Quote cmf_PariS 25-1-2022 11:18 AM
makan kerap sikit2 boleh... nak tanak je

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 05:50 AM GMT+8 , Processed in 0.070715 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top