CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Hikmah Potong Kaki Lepas SPM, Tak Sangka Ada Jejaka Kagum Dengan Kekuatan Wanita Ini

25-1-2022 06:00 PM| Diterbitkan: Cintaerina| Dilihat: 1718| Komen: 6|Original author: Cinta Erina

Description: Jika dipandang sekali imbas, wanita cantik ini kelihatan biasa pada mata kasar, malah dia boleh melakukan aktiviti harian seperti memandu kereta, sama seperti orang lain.

Sumber: Tiktok Ummi Nadhira

Jika dipandang sekali imbas, wanita cantik ini kelihatan biasa pada mata kasar, malah dia boleh melakukan aktiviti harian seperti memandu kereta, sama seperti orang lain. 

Tetapi, siapa yang menyangka wanita dikenali sebagai Ummi Nadhira ini sebenarnya kudung kaki kanan dan terpaksa memakai kaki palsu (prosthetic leg). 

Melalui video yang dimuat naik Ummi di platform Tiktok, dia membuat keputusan untuk memotong kakinya dan memakai kaki palsu sejak  berumur 17 tahun pada 2011. 



Menurutnya, dia menghidap menyakit yang dikenali sebagai Arteriovenous Malformation (AVM) yang menyebabkan seseorang mempunyai keabnormalan pada saluran darah yang menghubungkan arteri dan vena, lalu mengganggu aliran darah dan peredaran oksigen yang normal.

Sejak kecil lagi Ummi terpaksa bergantung hidup dengan kerusi roda atau tongkat yang menyekat hampir semua pergerakannya disebabkan sebelah kakinya mempunyai urat saraf lebih. 


Sumber: mStar 

Semasa di sekolah, kawan-kawanya sering mengatakan 'sampai bila Ummi harus hidup begitu memandangkan dia akan menyambung pengajian tidak lama lagi, takkan dia perlu bergantung kepada orang lain lagi?' 

Katanya, penyakitnya itu memaksa dia untuk berjumpa dengan doktor selalu sehinggakan dia perlu bermalam dia wad. Hospital ini seolah-olah rumah kedua Ummi. 

"Jadi selepas SPM, saya terus berbincang dengan keluarga dan membuat keputusan untuk potong kaki saya. Di saat orang lain pergi bercuti, saya telah habiskan masa untuk belajar berjalan menggunakan kaki palsu", kata Ummi ketika ditemu bual Mstar


Sumber: Instagram Ummi Nadhira

Ummi yang kini bekerja sebagai Pembantu Khidmat Pelanggan di Menara Berkembar Kuala Lumpur (KLCC) berkata, pada mulanya dia hampir hilang semangat ketika membuat keputusan untuk memotong kakinya, tapi terpaksa meneruskan prosedur tersebut supaya dia mempunyai masa depan yang lebih cerah. 

Menurut Ummi, dia sudah berumah tangga sejak Ogos tahun lalu dan amat bersyukur kerana masih berpeluang meneruskan kehidupan berumah tangga bersama seseorang yang boleh menerima kekurangan dirinya. 

Walau bagaimanapun, kadang-kala Ummi tetap mempunyai rasa 'insecure' apabila berjalan bersama suaminya kerana kaki palsunya membuatkan Ummi kelihatan seperti tempang.

Dalam pada itu, dia mengambil kesempatan untuk menasihati orang ramai bahawa seseorang tidak seharusnya berasa rendah diri dengan kekurangan diri. 

Harapannya, semoga persepsi rakyat Malaysia terhadap golongan kurang upaya lebih terbuka. Biarlah layanan yang diberikan itu sama rata kerana mereka juga mampu melakukan kerja seperti orang normal yang lain. - CARI
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hareeeesah 25-1-2022 09:20 PM
Pegi drip ka natural Putih? Dulu kelam je rupanya..
semoga husband dia betul ikhlas dengan dia..
Quote Artemesiaa 26-1-2022 04:12 PM
Kalau dah ada jodoh walau apa keadaannya pasti bertemu juga
Quote Hizert 26-1-2022 04:34 PM
Diri awak tu special, takyah banding2. Hidup ni kejap je.
Quote caprut 26-1-2022 11:50 PM
Jgn risau dik. Laki ni asalkan ko ada tetek dgn lubang setel da
Quote AkokKocik 27-1-2022 01:50 PM
Dulu pernah baca satu ungkapan, "kalau sudah ditakdirkan menjadi jodohmu, Allah akan settingkan hatinya untuk menerima segala kekuranganmu."
Quote ToungeSoup 27-1-2022 03:40 PM
lawa budak ni...mcm ada iras pelakon perempaun Squid Game tu..

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 07:58 PM GMT+8 , Processed in 0.051844 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top