View: 4610|Reply: 69
|
5 Menu Sarapan Sedap Tapi Pesakit Diabetes Boleh Tengok Je Lah!
[Copy link]
|
|
Sarapan pagi sememangnya sebati dengan masyarakat Malaysia, malahan ia menjadi rutin dalam kehidupan seharian sehingga adakalanya pesakit kencing manis lupa ada beberapa jenis makanan perlu mereka elak.
kredit foto: Women's Health
Menurut mStar, ini adalah lima jenis sarapan pagi yang perlu dielakkan pesakit kencing manis.
Roti bukan dari sumber gandum, nasi dan pasta adalah makanan berkarbohidrat tinggi dan boleh meningkatkan paras gula dalam darah. Ia perlu dielakkan penghidap diabetes tahap satu atau tahap dua.
kredit foto: dreamstime
Menurut Heathline, walaupun pasta bebas dari sumber gluten, ia tidak mengatakan bahawa makanan itu bebas gula. Bukan setakat meningkatkan gula dalam darah, tetapi makanan berkarbohidrat tinggi boleh mengurangkan fungsi otak pada penghidap diabetes tahap 2.
Pesakit kencing manis dinasihatkan supaya menggantikannya dengan makanan yang tinggi serat di samping dapat memperlahankan penyerapan gula ke dalam aliran darah.
Pengambilan bijirin manis untuk sarapan pagi boleh memberi kesan buruk untuk pesakit kencing manis. Walaupun ada sebilangan produk bijirin mempunyai slogan "sihat", itu bukan satu pilihan baik untuk penghidap diabetes.
kredit foto: eatthisnotthat
Untuk mengatasi rasa lapar, tetapi masih mengekalkan paras gula dalam darah, penghidap diabetes dinasihatkan untuk mengambil makanan yang rendah karbohidrat dan kaya dengan protein.
Yogurt mempunyai banyak jenis, tetapi yogurt berperisa buah-buahan bukan satu pilihan baik untuk penghidap diabetes. Dibuat daripada susu rendah lemak dan serat, yogurt buah biasanya dicampur dengan karbohidrat dan gula. Ini boleh meningkatkan gula darah dan insulin dalam badan.
kredit foto: United Dairy Industry of Michigan
Pesakit kencing manis dinasihatkan mengambil yogurt tanpa gula atau perisa ataupun ambil yogurt kosong sahaja.
Kandungan gula dalam jus buah adalah amat tinggi. Jus minuman tanpa gula memang tiada rasa, oleh itu ramai orang menambah gula sebagai penambah rasa tanpa mengambil kira hal buruk mungkin berlaku.
kredit: zeelicious
Oleh sebab itu, jus buah pada waktu sarapan pagi perlu dielakkan, sebaliknya pesakit boleh mencuba dengan pengambilan air dengan hirisan limau (infuse water) sebagai alternatif.
Kentang goreng agak tinggi kandungan karbohidrat dalam kumpulan makanannya. Sebiji kentang bersaiz sederhana sebelum digoreng mengandungi 11.8 gram karbohidrat,namun apabila kentang dikupas dan digoreng dalam minyak sayuran, ia menghasilkan 36.5 gram karbohidrat.
kredit foto: Faith middleton
Makanan yang digoreng dalam minyak sayuran itu menghasilkan sejumlah besar sebatian yang bahaya untuk kesihatan. Ada kajian mengatakan pengambilan kentang goreng dan makanan bergoreng lain berisiko tinggi menghidap penyakit jantung dan kanser.
Apa makanan kegemaran anda waktu sarapan? - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Hanya..nasi..pasta dan kentang goreng je yg menarik selera akak....lain2 list x tertarik |
|
|
|
|
|
|
|
Dah apa yang boleh, rumput?
|
|
|
|
|
|
|
|
nasi lemak, kerang masak pedas dan sambal lebih.... |
|
|
|
|
|
|
|
Takde satu pun menarik selera aku.. gila ke pagi2 nak bedal pasta French fries bagau |
|
|
|
|
|
|
|
Maunya kebanyakan rakyat Malaysia pagi2 nasi yang dihentamnya |
|
|
|
|
|
|
|
aku breakfast memang makan heavy
nasik, spaghetti, pasta, semua tu.
tapi lunch nanti memang kurang la makannya. kunyah-kunyah benda ringan je.
sebab gaya aku, lunch kalau makan heavy, satgi mengantuk, jadi lesu
so makan light, dan tido tengahari. qailullah
baru petang tu kepala ringan, hati pun tenang je buat kerja
petang sempat gi jogging keluarkan peluh |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by delia3003 at 25-1-2022 07:53 PM
Kurang gemar breakfast berat pagi, kecuali teringin nak makan nasi lemak sekali sekala. Lebih suka makan berat tengahari je. Pagi biasa breakfast dgn kopi +biskut/roti, kalau time rajin bawak buah utk bekal, breakfast dgn buah. Tapi kopi mmg tak tinggal pagi. Bijiran manis mmg tak boleh telan. Cornflakes + susu boleh ler.
Skrg ni tengok muda2, dalam 30s pun ada yg dah kena diabetes |
|
|
|
|
|
|
|
Nampak nau bukan article asal Malaya. |
|
|
|
|
|
|
|
Meols kat rumah makan campuran Millet, BuckWheat, Beras Ungu Bali Keladi Iban, Beras Merah Kelantan, Beras Hitam Siam, Quinoa dengan berapa titis minyak bijan. Lauk ikan singgang Lengkuas+halia bentong cicah aglio e olio (red palm oil) |
|
|
|
|
|
|
|
Apa makanan kegemaran anda waktu sarapan? - CARI
~fruit+vege puree
~yogurt
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by sukacactus at 25-1-2022 08:45 PM
Suka sourdough bread dgn telo sunny side up + sauteed mushroom and onion + salad and coffee |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
aku suka gardenia purple bijirin tu..tapi payahnya lah nak dapat..next yg purple takde bijirin...kalau xde juga wholemeal kaler hijau..kalau weekend roti canai..nasi lemak .nasi dagang |
|
|
|
|
|
|
|
sukacactus: Edited by sukacactus at 25-1- ...
Ini mmg menarik.. sedapnya. For dinner pun meolls boleh makan lagi camni |
|
|
|
|
|
|
|
Gingerly replied at 25-1-2022 08:19 PM
Apa makanan kegemaran anda waktu sarapan? - CARI
~fruit+vege puree
Having sex in the morning just as you are waking up is better than having the heartiest of breakfast meal...
Try....... |
|
|
|
|
|
|
|
keane.somewhere replied at 25-1-2022 07:57 PM
Meols kat rumah makan campuran Millet, BuckWheat, Beras Ungu Bali Keladi Iban, Beras Merah Kelantan, ...
Ko ni alien kewww?
Kahkahkahkahkahkah |
|
|
|
|
|
|
|
Nak sihat makan oat yg kena masak atas dapur tu,bukan jenis yg segera tuang air panas. |
|
|
|
|
|
|
|
monreyes replied at 25-1-2022 08:58 PM
aku suka gardenia purple bijirin tu..tapi payahnya lah nak dapat..next yg purple takde bijirin...kal ...
Weekdays biar healthy breakfast sebab nanti di opis waktu melingering time lepak kt mamaks kheunz? |
|
|
|
|
|
|
|
Resepi oat sedap yg iols buat hampir tiap pagi
1 cawan cooking oat
1 cawan air + 1/2@3/4 cawan susu semi skim or rendah lemak
1-2 sudu madu
Buah2an such as pisang, strawberry etc
Mixed seeds or any seeds mcm chia seed, sunflower seeds atau pumpkin seeds..
Masak oat dgn liquid atas api perlahan. Kacau sekali sekala supaya x hangus kt dasar periuk. Kalau x kembang tambah air sikit2. Result x terlalu pekat or cair. Tuang dlm mangkuk, campurkan madu dgn buah2 dan seeds tadi. Tuang sikit lg susu sejuk dlm sesudu dua, kacau sikit pastu biarkan kejap bg jus2 buah tu keluar. Then boleh makan sambil kunyah2 oat dgn seeds tu..
Iols x suka overnight oats walau nmpk sedap...sbb suka mkn hot breakfast pagi2..
|
|
|
|
|
|
|
|
stingereez replied at 25-1-2022 09:51 PM
Having sex in the morning just as you are waking up is better than having the heartiest of breakfa ...
Memang selalu ngeseks pagi2. Lebih tenaga |
|
|
|
|
|
|
| |
|