CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Kenapa Kita Rasa Bulan Januari Amat Lama? Ini Jawapannya!

25-1-2022 05:32 PM| Diterbitkan: Agent13k| Dilihat: 1914| Komen: 17|Original author: Agent13k

Description: Bak kata orang, pejam celik kita sudah memasuki tahun baharu 2022 dan pada ketika ini mungkin anda adalah salah seorang yang sudah tidak sabar dengan kedatangan bulan februari. Tetapi kenapa ramai mer ...
Bak kata orang, pejam celik kita sudah memasuki tahun baharu 2022 dan pada waktu ini mungkin anda adalah salah seorang yang sudah tidak sabar dengan kedatangan bulan februari. 

Tetapi, kenapa ramai merasakan bulan Januari ini begitu lama berbanding bulan lain?


kredit foto: Freepik

Petikan dari Odisi, saintis dan ahli psikologi pernah menjelaskan mengenai fenomena ini mengatakan bahawa keadaan itu berlaku kerana konsep "persepsi masa". 

Kajian mengatakan bahawa sistem "jam dalaman kita" boleh dipercepatkan ataupun diperlahankan.


kredit foto: ThoughtCo


Menurut ahli psikologi, William Skylark, menerusi jurnalnya "Time Perception: The Surprising Effect of Surprising Stimuli", manusia boleh mengalami ataupun melalui masa secara berbeza berdasarkan pengaruh dari pelbagai faktor. 

Ramai yang merasakan Januari begitu lama kerana bulan ini merupakan bulan selepas cuti panjang iaitu Disember yang kebanyakannya diisi dengan pelbagai rancangan dan program menyeronokkan.


kredit foto: PottyPadre

Dr Zhenguang Cai dari Kolej Universiti London memberi pandangan, selepas cuti Krismas maka bermulalah bulan Januari yang membosankan dan menganggap ia berlalu dengan perlahan.

Penjelasan itu perkukuhkan dengan hipotesis jam dopamin yang menyatakan bahawa apabila tahap dopamin lebih tinggi, neurotrasmitter dalam otak manusia yang dikaitkan dengan motivasi ataupun ganjaran telah dipercepatkan "jam dalaman" dan menjadikan waktu berlalu dengan lebih cepat.

Bagi anda pula, bulan mana terasa panjang atau pendek? - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote awanysss 25-1-2022 05:38 PM
ye panjang. i tgh tunggu next gaji ni lol
Quote makadek 25-1-2022 06:31 PM
Tah kjp jee aku rasa
Quote helicornia 25-1-2022 09:26 PM
Sapa yg rasa lama tu.iols rasa kejap je.tadi meeting pun bos baru perasan minggu depan dh abis Jan masuk Feb dh cny.bos pun ckp nak kiamat agaknya cepat nau masa
Quote gerbera.memopad 25-1-2022 09:46 PM
tahun lepas rasa lambat. tahun ni rasa cepat. maybe sibuk kut jadi rasa tak cukup masa pulak
Quote rain2169 26-1-2022 08:55 AM
I tak perasan pulakkkk...
Quote che-cikL 26-1-2022 09:30 AM
Selalu yg rasa lama bulan Mei.

Kalau Jan-Mac akan rasa pendek, pastu "eh kejapnya dah masuk bulan 4!"
Quote doubleharmonic 26-1-2022 09:58 AM
rasa lama masa bulan puasa
Quote copy_paste 26-1-2022 10:39 AM

rasanya ni paling lama hahahaha
Quote lurve82 26-1-2022 11:34 AM

setuju...hahaha...bln jan ni rasa kejap je...biasanya klu bulan byk cuti tu aku rasa kejap..bln ni mmg aku byk cuti...tu yg rasa kejap...mcm terbalik plak...
Quote ally9970 26-1-2022 12:02 PM
Apa kena mengena rasa panjang sbb Disember ada cuti krismas? Dia ingat semua org dlm dunia ni celebrate krismas 2-3 minggu?
Quote DayangKirana 26-1-2022 12:22 PM
not applicable to everyone.. Jan ni yang bagi iols sangat cepat.
lagi2 tahun ni..one things after another.. ni kejap je dh nak month end..
Quote Artemesiaa 26-1-2022 03:55 PM
Dari tahun lepas semuanya macam berjalan amat pantas tak sedar dari sebulan dan bergerak ke bulan yang lain.  Mungkin masing2 makin sibuk dengan macam2 perkara dari siang hingga kemalam.
Quote SedihPedih 26-1-2022 04:03 PM
i rasa cepat aja..mcm satu tahun 2021 pun cepat berlalu...

maybe sebab xpernah dapat WFH..
Quote NengGos 26-1-2022 09:10 PM
Setakat 26hb nie, rasa mcm cepat sgt masa berlalu januari nie, tahu-tahu khamis nie dah nak kena submit kerja. aiyoooyoyoyo
Quote esbok 27-1-2022 04:51 PM
entah , makin lama aku rasa makin laju je masa. tau2 dah tahun baru. takde nye lama la aih
Quote arffa 28-1-2022 03:04 PM
aku start 2018 rasa lamanya nk tunggu jumaat, gitu lah isteri pjj
Quote orenmango 28-1-2022 10:04 PM
Celah mana lambat bulan January ni? Nak masuk February dah

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 05:49 PM GMT+8 , Processed in 0.061118 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top