CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

WHO Menjangkakan Covid-19 Berakhir Beberapa Bulan Lagi

25-1-2022 06:19 PM| Diterbitkan: Agent13k| Dilihat: 2649| Komen: 30|Original author: Agent13k

Description: Varian Omicron memabwa pandemik Covid-19 ke fasa baharu dan mungkin akan berakhir di Benua Eropah menurut Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) rantau Eropah, Hans Kluge kelmarin.
Varian Omicron memabwa pandemik Covid-19 ke fasa baharu dan mungkin akan berakhir di Benua Eropah menurut Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) rantau Eropah, Hans Kluge kelmarin.


kredit foto: UN News


"Ada kemungkinan Eropah bergerak ke arah pengakhiran pandemik" kata Kluge kepada agensi berita AFP dalam satu wawancara yang dipetik Kosmo. 

Beliau menambah bahawa varian Omicron diramal menjangkiti 60 peratus warga Eropah menjelang Mac ini.


kredit foto: WHO/Europe


Menurutnya, sebaik sahaja gelombang Omicron yang melanda Eropah reda, komuniti global akan berada dalam fasa imuniti kelompok selama beberapa minggu atau beberapa bulan. Ini disebabkan sama ada kemajuan vaksinasi atau ramai orang mempunyai imuniti kerana telah dijangkiti Covid-19.


kredit foto: EWN

Kluge juga berkata, dia menjangkakan akan ada tempoh senyap sebelum Covid-19 mungkin muncul kembali menjelang akhir tahun ini, tetapi tidak semestinya sebagai pandemik.

Anthony Fauci memberitahu bahawa situasi kelihatan semakin baik di beberapa tempat di Amerika Syarikat.


Kredit foto: Al-Jazeera

Dalam perkembangan berkaitan, pejabat serantau WHO di Afrika menyatakan, kes Covid-19 menurun mendadak dan angka korban juga menurun untuk kali pertamanya sejak gelombang keempat Covid-19.

Perlu diingatkan, Kluge memberi amaran bahawa adalah terlalu awal untuk memikirkan tentang fasa endemik. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 24-1-2022 11:04 PM
Yeayyy!!!

Quote Raline 24-1-2022 11:04 PM
so XPYH AMBIL BOOSTER LA?????
Quote sharlenetexas 24-1-2022 11:05 PM
Memang wujudlah imuniti kelompok? Kj kata hari tu takde. Kenapa bercanggah?

Quote sharlenetexas 24-1-2022 11:07 PM
Jangan beri harapan palsu.

Quote AbukRokok 24-1-2022 11:18 PM
bergantung kpd siapa menguasai snat US nanti
klu republikan menang.... mgkin varian baru kluar
klu berakhir mcm mana impian saintis isle prffttzer nak buat cocok setiap tahun jadi kenyataan?
Quote Simunggu 25-1-2022 08:51 AM
heran pula...
Quote primarikey 25-1-2022 09:00 AM
Harap covid kt malaysia pn akn berakhir jgk la...skrg kj dh bole start cari tmpt utk kambus stok vaksin expired
Quote bulalof 25-1-2022 09:06 AM
saja nak bagi manusia lalai dan tetiba kes bertambah dgn varian baharu.
Quote aint 25-1-2022 09:07 AM
sharlenetexas replied at 24-1-2022 11:05 PM
Memang wujudlah imuniti kelompok? Kj kata hari tu takde. Kenapa bercanggah?

KJ tu PENIPU
Quote Suchi 25-1-2022 09:15 AM
primarikey replied at 25-1-2022 09:00 AM
Harap covid kt malaysia pn akn berakhir jgk la...skrg kj dh bole start cari tmpt utk kambus stok vak ...

“Ada kemungkinan” so benda tak pasti malas nak caya
Sat gi tau2 kuar varian lain pulok.

Org pun mcm dah tak takut covid dah dia mcm gasaklaa i don't care anymore..
Quote domestobot 25-1-2022 09:18 AM
nanti KJ suruh lagi rakyat Malaysia cucuk booster ke-6. pastu walaupun PM Mail Bera kata takde PKP, nanti tahun 2024 pun masih lagi kena beratur kat balai polis minta pelepasan rentas negeri dan PKP time raya.
Quote asudau 25-1-2022 09:21 AM
wow, boleh le pi melancong obersea tahun ni kan
Quote primarikey 25-1-2022 10:15 AM
Suchi replied at 25-1-2022 09:15 AM
“Ada kemungkinan” so benda tak pasti malas nak caya
Sat gi tau2 kuar varian lain pulok.


Tu la...klu covid berakhir...berakhir jgk la bisnes vaksin dorg..mane maunya dorg
Quote lurve82 25-1-2022 10:29 AM
so blh la travel tanpa kuarantin..cepat bukak semua negara...
Quote Radzor 25-1-2022 10:55 AM
kan... omicron kan lemah. mudah menjangkiti adalah seduatu yg baik sebab lg ramai kena maka lagi ramai dapat imuniti tapi tanpa simptom yang teruk. dari awal2 jumpa omicron lagi mcm tu la cerita nya.

tp sini masih ditakutkan dgn omicron.. nampak sangat nak habiskan 87 juta vaxin. sekarang baru berapa juta je cucuk... cucuk la lagi nnt rugi plak
Quote cmf_PariS 25-1-2022 10:59 AM
bagus!! jgn amik yg expired tu
Quote Agent13k 25-1-2022 06:19 PM
Varian Omicron memabwa pandemik Covid-19 ke fasa baharu dan mungkin akan berakhir di Benua Eropah menurut Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) rantau Eropah, Hans Kluge kelmarin.


kredit foto: UN News




"Ada kemungkinan Eropah bergerak ke arah pengakhiran pandemik" kata Kluge kepada agensi berita AFP dalam satu wawancara yang dipetik Kosmo.


Beliau menambah bahawa varian Omicron diramal menjangkiti 60 peratus warga Eropah menjelang Mac ini.


kredit foto: WHO/Europe



Menurutnya, sebaik sahaja gelombang Omicron yang melanda Eropah reda, komuniti global akan berada dalam fasa imuniti kelompok selama beberapa minggu atau beberapa bulan. Ini disebabkan sama ada kemajuan vaksinasi atau ramai orang mempunyai imuniti kerana telah dijangkiti Covid-19.



kredit foto: EWN



Kluge juga berkata, dia menjangkakan akan ada tempoh senyap sebelum Covid-19 mungkin muncul kembali menjelang akhir tahun ini, tetapi tidak semestinya sebagai pandemik.



Anthony Fauci memberitahu bahawa situasi kelihatan semakin baik di beberapa tempat di Amerika Syarikat.


Kredit foto: Al-Jazeera



Dalam perkembangan berkaitan, pejabat serantau WHO di Afrika menyatakan, kes Covid-19 menurun mendadak dan angka korban juga menurun untuk kali pertamanya sejak gelombang keempat Covid-19.

Perlu diingatkan, Kluge memberi amaran bahawa adalah terlalu awal untuk memikirkan tentang fasa endemik. - CARI
Quote darkness 25-1-2022 06:20 PM
Aminnn3....
Quote Kitty_catz 25-1-2022 06:24 PM
so tapaya la booster dohhh

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 06:42 AM GMT+8 , Processed in 0.057325 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top