CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tanah Mendap ‘Telan’ Lima Kereta Di Seri Kembangan

26-1-2022 08:15 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2680| Komen: 24

Description: "Kejadian berlaku agak pantas, saya dan beberapa rakan cuma sempat alih kereta yang mana sempat saja," demikian kata seorang saksi kejadian tanah mendap di Jalan LP1A/2 Lestari Perdana, Bandar Putra P ...
"Kejadian berlaku agak pantas, saya dan beberapa rakan cuma sempat alih kereta yang mana sempat saja," demikian kata seorang saksi kejadian tanah mendap di Jalan LP1A/2 Lestari Perdana, Bandar Putra Permai di Seri Kembangan, Selangor petang Selasa.


Alter Jasan, 48, berkata, kejadian kira-kira 6.30 petang itu bermula dengan rekahan kecil sebelum berlakunya pergerakan tanah.

"Memang nampak pergerakan tanah masa itu, saya cuma sempat alihkan beberapa buah kereta, itu pun dengan bantuan beberapa rakan.

"Sebelum itu hujan memang lebat, jadi secara tak langsung mengakibatkan keadaan tanah semakin mendap sekali gus mengakibatkan runtuhan," katanya memetik laporan Sinar Harian.


Foto: Sinar Harian


Katanya, ketika kejadian terdapat 13 buah kenderaan diletakkan di tepi jalan berkenaan.

"Saya dan rakan berjaya selamatkan lapan buah kenderaan sahaja, baki lima lagi memang tak lepas sebab tanah semakin mendap.

"Memang tak dapat nak buat apa-apa baki lima buah kereta lagi itu sebab keadaan cuaca pun masih hujan. Kami bimbang keselamatan, tambahan dengan arus yang agak deras parit berhampiran lokasi runtuhan ini," katanya.

Salah seorang mangsa, Mohd Nazir Mohd Ghazali, 46, hanya mampu melihat kereta miliknya yang jatuh ke dalam parit berhampiran lokasi runtuhan.

"Ketika kejadian saya dalam perjalanan dari tempat kerja menuju ke rumah, rakan yang maklumkan kejadian ini.

"Saya terus datang ke sini dan melihat kereta saya sudah tidak dapat diselamatkan lagi," katanya.

Mengakui sedih dengan keadaan tersebut, Mohd Nazir berkata, kereta Proton Wira miliknya itu mempunyai kenangan yang begitu berharga dalam hidupnya.

"Kereta tu merupakan kereta pertama saya, memang sedihlah bila jadi macam ini, tapi nak buat macam mana, saya reda.

"Saya juga difahamkan kereta-kereta yang terjatuh itu kena dialihkan menggunakan kren, apa-apa pun kena tengok keadaan dulu sebab masih hujan dan bimbang pergerakan tanah masih berlaku," katanya.

Dalam kejadian itu, sebanyak lima kenderaan yang diletakkan berhampiran rumah kedai di Jalan LP 1A/2 Lestari Perdana, Seri Kembangan rosak selepas tanah mendap berlaku di kawasan berkenaan.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, berlaku mendapan berhampiran longkang sehingga mengakibatkan lima kenderaan pelbagai jenis mengalami kerosakan.

Bagaimanapun katanya, tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam insiden itu. -CARI

Sumber: mStar/Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CARI-MRO 26-1-2022 08:51 AM

"Kejadian berlaku agak pantas, saya dan beberapa rakan cuma sempat alih kereta yang mana sempat saja," demikian kata seorang saksi kejadian tanah mendap di Jalan LP1A/2 Lestari Perdana, Bandar Putra Permai di Seri Kembangan, Selangor petang Selasa.
Quote AznieBunnie 26-1-2022 09:34 AM
macam ni ke nanti nasib Pangsapuri Indahria berhampiran kilang gula CSR, Batu Tiga Shah Alam tu?
Quote bulalof 26-1-2022 09:38 AM
terlalu byk pembangunan. struktur tanah pun jadi lemah. JKR, unit perancang bandar & sewaktu dgnnya semua tuli, buta & pekak.

so, apa tindakan selanjutnya dr mereka? takat tambak tanah? future development kat tempat lain camana pulak?
Quote mejaputih 26-1-2022 09:46 AM
Tak silap area lestari ni tambat dari kolam2/tasik2 perlombongan.
Quote kechikchomel 26-1-2022 09:52 AM
mejaputih replied at 26-1-2022 09:46 AM
Tak silap area lestari ni tambat dari kolam2/tasik2 perlombongan.

iolss teringat ayah iolss bagitau. kebanyakan area kat seri kembangan tu asalnya tapak lombong. pastu di tambak, buat rumah. kat cyber tu pun sama. pastu jual mahal2.

Quote selipar_hijau 26-1-2022 09:57 AM
tak intebiu ke kakak yg jerit omaigod omaigod tu
Quote chandrahusin 26-1-2022 10:52 AM
pemaju & sekutu buat untung
rakyat tanggung lah bila ada kerosakkan
atas nama bencana alam
pdhal over development
Quote chinta89 26-1-2022 10:52 AM
kechikchomel replied at 26-1-2022 09:52 AM
iolss teringat ayah iolss bagitau. kebanyakan area kat seri kembangan tu asalnya tapak lombong. pa ...

omg mcm tu ke.. mmg x beapa selamat lah. kena btl2 tambun tanah bagi mampat, itu pun mkn masa lamaaa... kalau tak, jd mcm ni la.
Quote chandrahusin 26-1-2022 10:53 AM
pemaju & sekutu buat untung
rakyat tanggung lah bila ada kerosakkan
atas nama bencana alam
pdhal over development
Quote kechikchomel 26-1-2022 10:57 AM
chinta89 replied at 26-1-2022 10:52 AM
omg mcm tu ke.. mmg x beapa selamat lah. kena btl2 tambun tanah bagi mampat, itu pun mkn masa lama ...

tasik dekat mines tu bekas lombong la tu. kat tempat iolss ni ada bekas tapak pelupusan sampah. pastu dorg tambak, jual tanah tu, buat kedai.
buat masa ni ok lagi. tak tau la lepas ni
Quote najib888 26-1-2022 11:10 AM
Bukanka lestari perdana ni dulu tapak perlupusan sampah?
Quote DayangKirana 26-1-2022 11:41 AM
my fren duduk dekat area2 ni..katanye dh lama jugak ade kesan mendapan.. but they just put up batu kuning supaya org x parking situ. but yet, ppl still park there apparently. yang pelik nya, await Majlis setakat letak batu gitu je, takde nak follow up and do something to stop it..
Quote Adrif 26-1-2022 11:56 AM
selipar_hijau replied at 26-1-2022 09:57 AM
tak intebiu ke kakak yg jerit omaigod omaigod tu

saya suggest adik wartawan Haziq ular sawa untuk menemu ramah mangsa kali ini
Quote kucingitam 26-1-2022 12:03 PM
Adrif replied at 26-1-2022 11:56 AM
saya suggest adik wartawan Haziq ular sawa untuk menemu ramah mangsa kali ini

hahhah..mengah2 dia satgi...
Quote haznor 26-1-2022 12:10 PM
kalau kes macam ni, insurans dapat cover kerosakan kereta tu tak?
Quote pyropura 26-1-2022 12:45 PM
Projek zaman Mat Taib kan
Quote buragazz 26-1-2022 01:11 PM
haznor replied at 26-1-2022 12:10 PM
kalau kes macam ni, insurans dapat cover kerosakan kereta tu tak?

KLu dia ada include special perils tu ada ler klu tak.. berdaghah aje la mata.. macam kes ni boleh ke claim dengan pihak berkuasa tempatan ek..
Quote mejaputih 26-1-2022 01:14 PM
kechikchomel replied at 26-1-2022 09:52 AM
iolss teringat ayah iolss bagitau. kebanyakan area kat seri kembangan tu asalnya tapak lombong. pa ...

Aah sbb iols dulu suka ronda2 tgk rumah under construction kat area puchong seri kembangan..jd nmpk byk la tempat masih lombong dan ada tu tgh tambak dgn tanah.
Quote cmf_PariS 26-1-2022 01:16 PM
SK tu kawasan hutan la dan tmpt pelupusan sampah... lombong2 nun kt puchong dan cyberjaya...

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 10:26 AM GMT+8 , Processed in 0.055349 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top