CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2108|Reply: 30

Pulak dah!!! WHO jangka Covid-19 berakhir beberapa bulan lagi

[Copy link]
Post time 24-1-2022 11:03 PM | Show all posts |Read mode

ORANG RAMAI berbaris di luar sebuah farmasi di Paris untuk mendapatkan ujian antigen Covid-19 pada 6 Januari lalu. - AFP



WHO jangka Covid-19 berakhir beberapa bulan lagi

PARIS – Varian Omicron menggerakkan pandemik Covid-19 ke dalam  fasa baharu dan mungkin akan berakhir di Benua Eropah, kata Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)  rantau Eropah, Hans Kluge kelmarin seperti laporan akhbar South China Morning Post.

“Ada kemungkinan Eropah bergerak ke arah pengakhiran pademik,” kata Kluge kepada agensi berita AFP dalam satu wawancara kelmarin sambil menambah, varian Omicron diramal menjangkiti 60 peratus warga Eropah menjelang Mac ini.

Menurutnya, sebaik sahaja gelombang Omicron yang melanda Eropah reda, komuniti global akan berada dalam fasa imuniti kelompok selama beberapa minggu atau bulan.

“Ini disebabkan sama ada kemajuan vaksinasi atau ramai orang mempunyai imuniti kerana telah dijangkiti koornavirus.

“Kami menjangkakan akan ada tempoh senyap sebelum Covid-19 mungkin muncul kembali menjelang akhir tahun ini tetapi tidak semestinya sebagai pandemik,” kata Kluge.

Pandangan optimis itu dikongsi oleh saintis kanan Amerika Syarikat (AS), Anthony Fauci kelmarin.

Beliau memberitahu rancangan bual bicara terbitan saluran ABC News, This Week bahawa kes Covid-19  semakin menurun walaupun bukan mendadak di sebilangan kawasan di AS dan ‘situasi kelihatan semakin baik’.

Biarpun meminta semua pihak supaya jangan terlalu optimis, Fauci berkata,  terdapat penurunan bilangan kes di beberapa kawasan seperti timur laut AS

“Saya percaya anda akan melihat perubahan besar di seluruh negara (AS),” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, pejabat serantau WHO di Afrika menyatakan, kes Covid-19 menurun mendadak dan angka korban juga susut untuk kali pertama sejak gelombang keempat Covid-19 sampai ke kemuncaknya  di benua tersebut yang didorong penularan varian Omicron.

Varian Omicron,  yang menurut kajian adalah lebih mudah berjangkit berbanding Delta tetapi menyebabkan jangkitan kurang teruk dalam kalangan mereka sudah divaksin, telah memberikan harapan bahawa Covid-19 telah berubah daripada pandemik kepada fasa endemik.

Bagaimanapun, Kluge memberi amaran bahawa adalah terlalu awal untuk memikirkan tentang fasa endemik  Covid-19.

Sementara itu, di Eropah yang merangkumi  53 negara termasuk sebilangan negara di Asia Tengah,  Omicron mewakili 15 peratus kes baharu Covid-19 setakat 18 Januari lalu berbanding 6.3 peratus seminggu sebelumnya. – Agensi

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/01 ... eberapa-bulan-lagi/

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-1-2022 11:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Yeayyy!!!

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-1-2022 11:04 PM | Show all posts
so XPYH AMBIL BOOSTER LA?????
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2022 11:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Memang wujudlah imuniti kelompok? Kj kata hari tu takde. Kenapa bercanggah?

Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2022 11:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Jangan beri harapan palsu.

Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2022 11:18 PM | Show all posts
bergantung kpd siapa menguasai snat US nanti
klu republikan menang.... mgkin varian baru kluar
klu berakhir mcm mana impian saintis isle prffttzer nak buat cocok setiap tahun jadi kenyataan?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-1-2022 08:51 AM | Show all posts
heran pula...
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2022 09:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Harap covid kt malaysia pn akn berakhir jgk la...skrg kj dh bole start cari tmpt utk kambus stok vaksin expired
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-1-2022 09:06 AM | Show all posts
saja nak bagi manusia lalai dan tetiba kes bertambah dgn varian baharu.
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2022 09:07 AM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 24-1-2022 11:05 PM
Memang wujudlah imuniti kelompok? Kj kata hari tu takde. Kenapa bercanggah?

KJ tu PENIPU
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2022 09:15 AM From the mobile phone | Show all posts
primarikey replied at 25-1-2022 09:00 AM
Harap covid kt malaysia pn akn berakhir jgk la...skrg kj dh bole start cari tmpt utk kambus stok vak ...

“Ada kemungkinan” so benda tak pasti malas nak caya
Sat gi tau2 kuar varian lain pulok.

Org pun mcm dah tak takut covid dah dia mcm gasaklaa i don't care anymore..
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2022 09:18 AM | Show all posts
nanti KJ suruh lagi rakyat Malaysia cucuk booster ke-6. pastu walaupun PM Mail Bera kata takde PKP, nanti tahun 2024 pun masih lagi kena beratur kat balai polis minta pelepasan rentas negeri dan PKP time raya.
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2022 09:21 AM | Show all posts
wow, boleh le pi melancong obersea tahun ni kan
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2022 10:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Suchi replied at 25-1-2022 09:15 AM
“Ada kemungkinan” so benda tak pasti malas nak caya
Sat gi tau2 kuar varian lain pulok.


Tu la...klu covid berakhir...berakhir jgk la bisnes vaksin dorg..mane maunya dorg
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2022 10:29 AM | Show all posts
so blh la travel tanpa kuarantin..cepat bukak semua negara...
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2022 10:55 AM | Show all posts
kan... omicron kan lemah. mudah menjangkiti adalah seduatu yg baik sebab lg ramai kena maka lagi ramai dapat imuniti tapi tanpa simptom yang teruk. dari awal2 jumpa omicron lagi mcm tu la cerita nya.

tp sini masih ditakutkan dgn omicron.. nampak sangat nak habiskan 87 juta vaxin. sekarang baru berapa juta je cucuk... cucuk la lagi nnt rugi plak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-1-2022 10:59 AM | Show all posts
bagus!! jgn amik yg expired tu
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2022 06:19 PM | Show all posts

WHO Menjangkakan Covid-19 Berakhir Beberapa Bulan Lagi

Varian Omicron memabwa pandemik Covid-19 ke fasa baharu dan mungkin akan berakhir di Benua Eropah menurut Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) rantau Eropah, Hans Kluge kelmarin.


kredit foto: UN News




"Ada kemungkinan Eropah bergerak ke arah pengakhiran pandemik" kata Kluge kepada agensi berita AFP dalam satu wawancara yang dipetik Kosmo.


Beliau menambah bahawa varian Omicron diramal menjangkiti 60 peratus warga Eropah menjelang Mac ini.


kredit foto: WHO/Europe



Menurutnya, sebaik sahaja gelombang Omicron yang melanda Eropah reda, komuniti global akan berada dalam fasa imuniti kelompok selama beberapa minggu atau beberapa bulan. Ini disebabkan sama ada kemajuan vaksinasi atau ramai orang mempunyai imuniti kerana telah dijangkiti Covid-19.



kredit foto: EWN



Kluge juga berkata, dia menjangkakan akan ada tempoh senyap sebelum Covid-19 mungkin muncul kembali menjelang akhir tahun ini, tetapi tidak semestinya sebagai pandemik.



Anthony Fauci memberitahu bahawa situasi kelihatan semakin baik di beberapa tempat di Amerika Syarikat.


Kredit foto: Al-Jazeera



Dalam perkembangan berkaitan, pejabat serantau WHO di Afrika menyatakan, kes Covid-19 menurun mendadak dan angka korban juga menurun untuk kali pertamanya sejak gelombang keempat Covid-19.

Perlu diingatkan, Kluge memberi amaran bahawa adalah terlalu awal untuk memikirkan tentang fasa endemik. - CARI
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2022 06:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Aminnn3....
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2022 06:24 PM | Show all posts
so tapaya la booster dohhh
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 06:47 AM GMT+8 , Processed in 0.092572 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list