CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ditikam Berkali-kali Dengan Gunting Sebab Tak Bagi Suami Duit Beli Dadah

21-1-2022 06:56 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1650| Komen: 16

Description: Seorang lelaki menikam isterinya ekoran tidak diberikan wang untuk membeli dadah dalam kejadian di Kampung Tanjung Labian kelmarin.
Seorang lelaki menikam isterinya ekoran tidak diberikan wang untuk membeli dadah dalam kejadian di Kampung Tanjung Labian kelmarin.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Rohan Shah Ahmad berkata, mangsa berusia 21 tahun cedera di lengan kanan selepas ditikam beberapa kali menggunakan gunting dalam kejadian kira-kira pukul 7 malam itu.


Gambar hiasan

“Akibat kejadian terbabit, mangsa yang merupakan warga Filipina terpaksa menerima tiga jahitan.

“Manakala suspek yang juga suami mangsa berusia 25 tahun menyerah diri di Balai Polis Desa Kencana kira-kira jam 12.30 tengah hari tadi.


“Siasatan awal mendapati, pasangan berkenaan berkahwin sejak lima tahun lalu dan mempunyai dua anak berusia dua dan tiga tahun.

“Suspek berkelakuan sedemikian ke atas isterinya selepas berang tidak diberikan wang yang dipercayai mahu digunakan untuk membeli dadah,” katanya dalam kenyataan akhbar.

Rohan Shah berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun atau dengan denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman berkenaan. 


Sumber: K! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Shazid 21-1-2022 07:13 AM
Mudanya depa ni kahwin. Malang si isteri dpt suami mcm ni...klu isteri yg mmg mencari nafkah mintak cerai je klu dppt laki mcm bangsat ni. Nk buat ape ditanggung lg
Quote saviour_09 21-1-2022 07:55 AM
takde ke loyer nak bela penagih dadah ni?

buat crowd funding utk jamin dia?

penagih dadah kan patut disayangi dibelai dimanja

jangan sesekali sentuh @ mandi jenazahkan depa
Quote darkness 21-1-2022 08:00 AM
Bangsa P lagi
Quote Mooverine 21-1-2022 08:02 AM
Dadih lagi.. apa la silapnya negara kita ni..
Hukuman dadih antara yang paling strict di dunia..
yet, melambak pendadih di negara ni
Quote batu kikir 21-1-2022 08:42 AM
Lelaki bangsat mcm ni........bila time mengawan dulu2.....punyalah lembut bila bercakap,  mendayu-dayu dia punya ayat.  Pompuanpun lentok dengar ayat2 temberang dia.  
Quote tumpanglalu74 21-1-2022 08:59 AM
Shazid replied at 21-1-2022 07:13 AM
Mudanya depa ni kahwin. Malang si isteri dpt suami mcm ni...klu isteri yg mmg mencari nafkah mintak  ...

16 taon kot kawen..

Quote twins 21-1-2022 09:07 AM
antara sebab menyumbang kepada statistik ramai perempuan tak kawin .... daripada dapat laki macam ni.. lebih baik la hidup sendiri... tak pening kepala... tak risau kena pukul dengan laki.. kena tanggung laki... penat2 kerja tngh mlm laki balik dari melepak kena servis laki pulak.... baik la single....
Quote tumpanglalu74 21-1-2022 09:33 AM
twins replied at 21-1-2022 09:07 AM
antara sebab menyumbang kepada statistik ramai perempuan tak kawin .... daripada dapat laki macam ni ...

Below U..

Quote Skuau 21-1-2022 09:40 AM
Mooverine replied at 21-1-2022 08:02 AM
Dadih lagi.. apa la silapnya negara kita ni..
Hukuman dadih antara yang paling strict di dunia..
yet ...

undang2 strict vs penguatkuasaan undang2 yg lemah...sb tu dadah,pelacuran,judi,scammer,money laundering dll....berleluasa kt Msia ni...
Quote brownstone 21-1-2022 09:47 AM
Mooverine replied at 21-1-2022 08:02 AM
Dadih lagi.. apa la silapnya negara kita ni..
Hukuman dadih antara yang paling strict di dunia..
yet ...

Senang dapat kot. Benda cam rokok seludup bole beli di kedai....

Cukup bulan dapat gaji, kes tak setel apa ada hal? Buat balai cam disko pun x kena pecat.
Quote jas7512 21-1-2022 02:49 PM
Penagih dadah hukum mati sama mcm pengedar especially yg jenis penagih tegar  ..krg demand  krglah supply nya
Quote haruslah 21-1-2022 03:18 PM
Kalau kat fb
"Perempuan x penah salah"
Quote Artemesiaa 21-1-2022 04:15 PM
Banyak pulak kes yang lebih kurang sama sejak dua menjak ni
Quote KamikuP 21-1-2022 04:36 PM
Mohon penagih tegar di serata Malaysia berkuntum di rumah loyar sbb loyar loyar buruk ni jah yg sayang sgt kat penagih ni.. silahkan
Quote ninja boy 21-1-2022 04:50 PM
Penagih dadah patut dibunuh humban dlm sungai ikat  dgn batu,  X rugi bunuh penagih
Quote meow_tompok 21-1-2022 05:17 PM
ninja boy replied at 21-1-2022 04:50 PM
Penagih dadah patut dibunuh humban dlm sungai ikat  dgn batu,  X rugi bunuh penagih

maaf kurang setuju.
pencemaran sungai.
kandang buaya kan ada, campak situ biar buaya kasik settle






Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 02:40 AM GMT+8 , Processed in 0.063629 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top