CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kad Pokemon Pikachu Paling Mahal, Cecah RM6.84 Juta!

21-1-2022 06:43 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1255| Komen: 6

Description: Kad-kad keluaran satu siri permainan komputer dari Jepun, Pokemon dianggarkan bernilai sehingga £1.2 juta (RM6.84 juta), lapor akhbar Mirror UK kelmarin.
Kad-kad keluaran satu siri permainan komputer dari Jepun, Pokemon dianggarkan bernilai sehingga £1.2 juta (RM6.84 juta), lapor akhbar Mirror UK kelmarin.

Siri permainan komputer yang tertumpu kepada dunia fantasi itu memerlukan pemain menangkap dan melatih raksasa animasi itu untuk berlawan antara satu sama lain  dalam acara pertarungan.


Gambar hiasan/Unsplash

Kad permainan itu pula dilancarkan pada 1996 dengan penjualan sebanyak 34.1 bilion kad di seluruh dunia. 

Perkara tersebut dimaklumkan menerusi laman web kewangan, Money.co.uk yang bertindak menganalisis harga penjualannya di sebuah laman penjualan dalam talian, eBay.


“Kad-kad Pokemon telah berkembang pesat sebagai pelaburan alternatif yang terkenal.

“Permainan yang mempunyai nostalgia tersendiri ini menarik imaginasi ramai peminat disebabkan gabungan watak yang ikonik sehingga mereka sanggup membelanjakan wang untuk mengumpulkannya,’’ jelas pakar kewangan Money.co.uk, Salman Haqqi. 

Antara harga kad yang disenaraikan adalah watak Pikachu berharga £1.2 juta (RM6.84 juta), Kangaskhan £350,000 (RM1.99 juta), Blastoise dan Venusaur £185,868 (RM1.06 juta), Rayquaza £73,062 (RM416,804) serta Ivysaur £54,797 (RM312,606).


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote adm7 21-1-2022 06:48 AM
Bodoh. Tu je nak cakap
Quote Shazid 21-1-2022 07:15 AM
Sape sangka kad mcm ni boleh jd mahal...ke cuma hoax je ni
Quote VioletsAre_Blue 21-1-2022 09:12 AM
Pokemon ni apa yang bestnya? Anime pun bosan dulu2 tengok setiap episod lawan team rocket. Game pun bosan style budak2 sangat kalau main kat switch
Quote tumpanglalu74 21-1-2022 09:31 AM
Last2 jadi bodow..  Kad cabok pon nak keluor duit berjota2.

Quote Chairman 21-1-2022 12:49 PM
acaner kad ni bole jd mahal yer hargenye? limited edition ke guane? xleh ke producer kad tu produce je lg kad yg sama barang 4-5 keping lg...untung berganda2
Quote kakikuDibibirmu 21-1-2022 12:51 PM
Pika! Pika!

Pikachu.jpg

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 06:07 PM GMT+8 , Processed in 0.120397 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top