CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ferrari Enzo RM14.26 Juta Hancur Mekanik Rempuh Pokok

21-1-2022 06:24 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1769| Komen: 10

Description: Malang nasib seorang mekanik apabila kereta Ferrari jenis Enzo bernilai £2.5 juta (RM14.26 juta) yang dipandunya untuk dihantar kepada pengedar kenderaan merempuh sebatang pokok, lapor laman berita M ...
Malang nasib seorang mekanik apabila kereta Ferrari jenis Enzo bernilai £2.5 juta (RM14.26 juta) yang dipandunya untuk dihantar kepada pengedar kenderaan merempuh sebatang pokok, lapor laman berita Metro UK semalam.



Kredit foto: IG EUROPEAN_CARSHOTS/Road And Track

Dalam kejadian di bandar Baarn, selatan Amsterdam, Belanda itu, pemandu berkenaan tidak cedera, namun dibawa ke hospital untuk menjalani pemeriksaan lanjut.

“Pengedar kenderaan tempatan itu berada hanya dua kilometer dari kawasan kejadian. Kereta itu adalah milik pelanggan.

“Ia melanggar tunggul pokok di tepi jalan sebelah penumpang. Saya tidak pasti bagaimana ia berlaku,’’ jelas seorang saksi kejadian,’’ jelas seorang saksi. 


Kredit foto: IG EUROPEAN_CARSHOTS/Road And Track

Hanya 400 Ferari jenis Enzo dikeluarkan antara tahun 2002 hingga  2004. Nilai kereta itu meningkat sejak awal pelancarannya yang bermula pada harga £450,000 (RM2.57 juta).

Pada Ogos tahun lalu, sebuah kereta Enzo keluaran 2003 dijual oleh rumah lelongan Sotheby’s pada harga £2,463,132 (RM14.06 juta). 


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Shazid 21-1-2022 07:20 AM
Pergh!!! Menjawabalah ko
Quote shernazz 21-1-2022 08:29 AM
Jual diri lah
Selama 10 tahun
Tu pung kalau laku lahhh

Nak speed2 sangat dgn kereta orang

Choi
Quote tumpanglalu74 21-1-2022 08:40 AM
Wow still RM14 jota..  Kalah rege banglo sedare aku.

Quote ninja9 21-1-2022 08:43 AM
nak seronot seronot last2 eksiden.. kereta orang plak.. mcm mn nak bayar
Quote Solokkk 21-1-2022 08:48 AM
Mekanik tuh merempit ke?
Quote dudaberhias 21-1-2022 09:05 AM
Nak test drive merempit la tu, orang baru merasa dapat naik kete sport kan.... Last2 cash, semoga ada insurance untuk owner claim.
Quote sukacactus 21-1-2022 10:13 AM
Dah melenjan reta org mmg lupa diri la
Quote supernaturalee 21-1-2022 10:46 AM
berkabus
mesti sejuk gila situ
Quote TeropongThaico 21-1-2022 11:04 AM
Macam mana nak bayar tu
Quote cmf_kunyit 21-1-2022 11:05 AM
tak leh claim insuran ke?

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 12:04 AM GMT+8 , Processed in 0.048051 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top