CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Fahmi Ilyas Upah Bodyguard Jaga Keselamatan Isterinya, Nynaa Harizal

21-1-2022 07:49 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2554| Komen: 15|Original author: Tatod

Description: Ahli perniagaan, Mohamed Fahmi Mohamed Ilyas sanggup mengupah dua pengawal peribadi bagi menjaga keselamatan isterinya, Nynaa Harizal.


Ahli perniagaan, Mohamed Fahmi Mohamed Ilyas sanggup mengupah dua pengawal peribadi bagi menjaga keselamatan isterinya, Nynaa Harizal.

"Kalau ada orang keluarkan pistol, saya terpaksa ada pengawal peribadi," katanya kepada Mstar.

Tahun lalu, rumah tangga pasangan itu dilanda badai apabila Nynaa dilarikan oleh bapa kandungnya sendiri dan terpisah selama 24 hari. Malah, dalam tempoh itu juga wanita berkenaan sempat memfailkan permohonan cerai.



Dalam insiden itu, bapa Nynaa, Mejar Harizal Hashim mengacukan sepucuk pistol pada perut pengawal peribadi Nynaa dan mengugut akan melepaskan tembakan sekiranya dihalang untuk mengambil anaknya.

Kejadian itu menyebabkan Fahmi mengambil langkah berkenaan agar kejadian sama tidak berulang pada kemudian hari.

Mengulas insiden berkenaan, Nynaa mengakui masalah yang timbul ada kaitan dengan keluarganya.



"Kejadian itu bagaikan mimpi ngeri. Sejak awal pembabitan dalam industri seni, saya tidak pernah ada kontroversi seperti ini. Tidak sangka ia akhirnya berlaku ke atas diri saya.

"Benar, ia ada kaitan dengan masalah keluarga dan perkara itu adalah normal. Lama-kelamaan nanti semuanya akan baik semula," katanya.

Sementara itu, kata Fahmi pula, dia sebagai suami sanggup melakukan apa saja demi mempertahankan perkahwinan mereka bertahan.

Dia juga menyifatkan konflik yang terjadi itu adalah perkara yang memalukan.



"Ia sangat rumit kerana babitkan ramai pihak. Bagaimanapun, kami menjalani kehidupan seperti biasa.

"Kami memahami bidang kerja masing-masing dan tahu batasan sebagai suami isteri," katanya. -  CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote selipar_hijau 21-1-2022 07:56 AM
perghh famili jenis acu² pistol kalah filem hollywood. manakala vvip lain dlm Msia ni kelahi guna mulut je
Quote VirusDetected 21-1-2022 08:12 AM

Bang...Bang...Bang

Bang...Bang...Bang

Quote hareeeesah 21-1-2022 08:23 AM
Kalah taikun billionaire segala bodyguard bagai [em:24:]
Quote matjerk 21-1-2022 08:41 AM
Tgk igs dua laki bini ni boringnya.. pose2.. senyum2.. sama je template nya.... laki dia ni mcm obses betul ke bini.. bini plak.. sama je pose nya.. mcm mana ntah..susah nak describe...
Quote Tembikaigoreng 21-1-2022 08:56 AM
selipar_hijau replied at 21-1-2022 07:56 AM
perghh famili jenis acu² pistol kalah filem hollywood. manakala vvip lain dlm Msia ni kelahi guna m ...

Wkwkwkwk Kan...drama bethol
Quote pjade 21-1-2022 09:19 AM
Pilem Tamil nya
Quote kotakominami 21-1-2022 09:42 AM
Memang nampak sgt laki dia sayang kat dia...huntung org cantik...
Quote mendeluk 21-1-2022 11:46 AM
kotakominami replied at 21-1-2022 09:42 AM
Memang nampak sgt laki dia sayang kat dia...huntung org cantik...

Suami dia mestila sayang dia. Cantik yang jenis lemah lembut. Tambah lagi mesti dpt belaian
Quote winky1 21-1-2022 03:17 PM
kotakominami replied at 21-1-2022 09:42 AM
Memang nampak sgt laki dia sayang kat dia...huntung org cantik...

Yak semestinya sbb cantik sahaja. Takkan fahmi tak pernah jumpa lain yg cantik2... Mereka bukan caras each other dari org lain. Both families pun restu masa nikah. Ini jodoh... Ramai je yg cantik perangai kureng. Dan ada yg kureng cantik perangai lagi kureng.. Yg kureng cantik perangai sgt elok pun ada... Nyna pun maybe ramai yg kaya2 nak... Tapi si fahmi juga pilihan hati... Haha gitu.... Beauty lies in the eye of the beholder..
Quote MarryPottet 21-1-2022 05:13 PM
Dulu dah ada sorang pengawal peribadi, tehtap kena acu pestol
Now ada 2 pengawal peribadi, takut akan di acu 2 pestol pulak
Quote kotakominami 21-1-2022 06:47 PM
winky1 replied at 21-1-2022 03:17 PM
Yak semestinya sbb cantik sahaja. Takkan fahmi tak pernah jumpa lain yg cantik2... Mereka bukan ca ...

Ye la..tapi bayangkan kalau dia ni tak brpe cantik....buat pulak drama tamil nih..agak agak fahmi sanggup ke usaha sampai macam tu nak ambik balik dia.....
Quote LoveSungmin 21-1-2022 07:02 PM
sampah
Quote auntyonion 21-1-2022 07:08 PM
Ciss..mcm xde kesan apa pon eh isu lepas
Quote CurangLagi 21-1-2022 07:08 PM
part berubat tu Fahmi mcm bitter Sgt. hahaha
Quote Incanto 21-1-2022 07:11 PM
kenapalah tak habis habis lagi pami ni mencapub

duk dendiam , happy happy dgn bini cantik udahlah

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 04:17 AM GMT+8 , Processed in 0.107901 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top