CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Minum Air Lopak, Makan Bangkai- Saintis Bingung Lelaki Kekal Sihat Walau Tak Mandi 67 Tahun

21-1-2022 08:20 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1356| Komen: 18

Description: Teheran, Iran– Saintis-saintis keliru setelah mendapati seorang lelaki di Iran berada dalam keadaan sihat walaupun tidak mandi selama 67 tahun dan hidup dengan memakan bangkai haiwan di jalanan, lapo ...
Teheran, Iran– Saintis-saintis keliru setelah mendapati seorang lelaki di Iran berada dalam keadaan sihat walaupun tidak mandi selama 67 tahun dan hidup dengan memakan bangkai haiwan di jalanan, lapor akhbar Mirror UK.


Amou Jaji, 87, mendakwa bahawa dia tidak mandi selama beberapa dekad kerana percaya perbuatan itu akan menyebabkan dirinya bernasib malang dan membunuhnya.

Pemakanan lelaki itu terdiri daripada haiwan-haiwan yang terbunuh di jalan raya seperti landak. Dia turut meminum air daripada lopak jalan untuk menghilangkan dahaga.


Foto: Mirror UK

Gaya hidup yang dipilih oleh Jaji menyukarkannya untuk berkawan atau mencari teman wanita, jelas lapor akhbar Daily Star.  


Jaji dipinggirkan disebabkan aktiviti kegemarannya pada masa lalu kerana suka menghisap rokok paip yang diisi dengan najis haiwan.

Penduduk di kampung Dejgah, Iran yang prihatin terhadap gaya hidup Jaji malah membina sebuah pondok kecil sebagai ganti kepada lubang yang dijadikan tempat berteduh.

Pakar-pakar perubatan yang melawat pondoknya mendapati lelaki itu sangat sihat dan tidak mempunyai penyakit serius atau bakteria. 

Bukan itu sahaja, mereka mengesahkan bahawa Jaji tidak mempunyai parasit pada badan walaupun kurang menjaga kebersihan.

Profesor Dr. Gholamreza Molavi yang menjalankan ujian kesihatan tersebut mendakwa bahawa lelaki itu kekal sihat kerana mempunyai sistem imunisasi badan yang sangat kuat. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 21-1-2022 08:36 AM
Itulah namanya natural imuniti.

Sebab itulah juga sangat sombong sangat dengan Sains. Sama macam agama, it doesn't explain everything.
Quote Mooverine 21-1-2022 08:38 AM
macam mana la bau orang ni kan..
Quote dua_chzy 21-1-2022 08:39 AM
https://www.google.com/amp/s/www ... from-puddles/851136

Uncle ni tak kacau sesiapa pun, manusia lain sibuk kacau dia lempar things kat dia.
Quote tumpanglalu74 21-1-2022 08:46 AM
Mooverine replied at 21-1-2022 08:38 AM
macam mana la bau orang ni kan..

Kalo bawak masok, boley la nurse tolong mandikan..
Quote batmana 21-1-2022 08:47 AM
Mesti kuat dari covid ni..so, antivaksin dh bole start mkn bangkai,minum air lopak cm warna Milo,pstu jangan mandi sampai 60tahun..mesti makin kuat imuniti badan.
Quote ninja9 21-1-2022 08:48 AM
banyak ilmu tentang kesihatan manusia sudah kedengaran cacat disebabkan kejadian ini..
Quote helicornia 21-1-2022 09:39 AM
org gile kat tepi jalan tu elok je sihat walaupun tk mandi, makan pun ntah hapa2
badan dah kebal dgn virus kuman
Quote sambaldurian 21-1-2022 10:02 AM
Sbb dh imun la tu, ibarat yg ko suntik mcm2 vaksin dari baby tu, benda tu semua dari kuman/bakteria yg dilemahkan. Biar sel badan x pelik eh sapa pulak ni (virus/bakteria), mcm kenal . Ala buat donno jela. Gitu . Badan pun aman.

Quote rikuren 21-1-2022 10:36 AM
helicornia: org gile kat tepi jalan tu elok je sihat walaupun tk mandi, makan pun ntah hapa2badan dah kebal dgn virus kuman


kannn..... ahli syurga Allah pelihara kat dunia lagi kot..
Quote KamikuP 21-1-2022 10:47 AM
Mohon ritrud dan sohai ikut cara hidop pokcik Iran ni.. tak pon pindah sana
Quote umbut 21-1-2022 11:06 AM
Badan dah imun
Quote Dwdrum 21-1-2022 11:21 AM
Issue lama.. Badan dia sudah immune dengan kotor... Sama seperti orang gila makan sampah tetapi masih sihat...
Quote kakikuDibibirmu 21-1-2022 11:55 AM
Kelopak tersenyum sinis
Quote rikiruj 21-1-2022 03:49 PM
Apasal taik dijadikan pengganti tembakau? Macam kopi luwak agaknya..
Quote Artemesiaa 21-1-2022 03:57 PM
Orang gila duduk tepi jalan kat tanahair ni pun sama je macam beliau sihat je sistem imun semulajadi memang yang terbaik
Quote sharlenetexas 21-1-2022 04:14 PM
helicornia replied at 21-1-2022 09:39 AM
org gile kat tepi jalan tu elok je sihat walaupun tk mandi, makan pun ntah hapa2
badan dah kebal dgn ...

Adakah sebab ketidakseimbangan kimia pada otak yg membuatkan mereka kebal?

Quote sharlenetexas 21-1-2022 04:15 PM
Tak ketibus ke pakcik?

Quote intan244 21-1-2022 07:28 PM
iran tp bukan islam kah. makan bangkai bagai

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 05:21 AM GMT+8 , Processed in 0.056224 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top