CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

2 Pasang Pengantin Randuk Banjir Demi Sesi Fotografi, Tak Kesian Butik Pengantin Ke?

5-1-2022 04:30 PM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 2939| Komen: 10|Original author: LilRose

Description: Banjir tidak menghalang dua pasang pengantin ini meraikan hari bahagia mereka. Tetap tersenyum bahagia meranduk banjir demi melangsungkan majlis perkahwinan.
Banjir tidak menghalang dua pasang pengantin ini meraikan hari bahagia mereka. Tetap tersenyum bahagia meranduk banjir demi melangsungkan majlis perkahwinan.


Pun begitu, tindakan mereka mendapat kecaman selepas video peristiwa bersejarah itu tular.


Kredit foto: TikTok

Masakan tidak, ramai yang risaukan nasib busana pengantin disarung mereka, apatah lagi butik tempat persalinan itu disewa.

Pun begitu, salah seorang pengantin, Nor Hanani Ghapar atau Nanie menjelaskan mereka sudah mendapatkan keizinan daripadap pemilik butik pengantin terlebih dahulu sebelum sesi fotografi.



Nanie (depan)
Kredit foto: TikTok

Menurut mStar, majlis itu dilangsungkan di Kampung Pengkalan di Alor Gajah, Melaka membabitkan suaminya, Jovi Darwitafmel, 27, dan adik lelaki Nanie, Muhammad Lizam Ghapar, 21, serta isteri, Norazwani Redzuan, 23.




Akuinya, kos keseluruhan kesemua busana disewa hampir RM2,000 dan sesi fotografi itu tidak mencacatkan busana mereka dengan kesan lumpur melainkan hanya basah.


Kredit foto: TikTok

"Bagi kami, ini adalah rezeki apabila kami dapat butik pengantin yang memahami dan sporting. Lepas sesi fotografi, kami tukar baju dan mak andam hantar baju ke kedai dobi," katanya kepada mStar

Nasib baiklah dapat pemilik butik yang sporting. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kucingitam 5-1-2022 04:51 PM
harap2 baju2 ni bukan jenis dry clean..
Quote Mulotkoyak 5-1-2022 04:52 PM
Biaq pi laaa depa. Reporter pun.
Quote KirazMevsimi 5-1-2022 04:54 PM
demi kelainan, memacam perangai keluar. alih alih, kena kecam
Quote jiji85 5-1-2022 04:58 PM
kalau baju sendiri okla..kalau baju dr butik bridal memang menagis bridal tengok ni.
Quote mama_cat 5-1-2022 05:16 PM
rahsia bridal, kain tu kain murahan ja...tak gaduh dry clean pun,. tapi seksanya nak cuci manik koran tu....kalau aku, mmg suruh depa hantaq dry clean baru bagi balik
Quote Normabaru 5-1-2022 05:26 PM
Rare betul gambar ni..blh hantar masuk contest..klu buat takat nk fyp...xguna dik

Apepun barakallahulakum yang free hair tu dh mcm tizzy tp versi rempit
Quote jazaa100 5-1-2022 08:08 PM
Knp laki dia nama pelik....

Org rohingya ke nepal?
Quote krustykrab 6-1-2022 09:00 AM
Setjah semak tak nk komen apa2 ke?
Quote dekmieDandy 6-1-2022 04:08 PM
ouu ok, tapi baju kelabu merah tu sarat sangat lar, mesti makandam purba kala yang buat ni
Quote Artemesiaa 6-1-2022 04:43 PM
Songkit mesin mungkin sebab tu tokey tak kesah atau pun baju tu dari koleksi lama jadi dia tak ralat sangat.

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 05:51 PM GMT+8 , Processed in 0.054159 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top