CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ibu Dera Kanak-kanak Dengan Kekasih Berdepan Hukuman Mati

5-1-2022 03:47 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1028| Komen: 0

Description: Wanita dan teman lelaki berdepan hukuman mati selepas didakwa secara bersama menyebabkan kematian seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun pada 24 Disember lalu.
Wanita dan teman lelaki berdepan hukuman mati selepas didakwa secara bersama menyebabkan kematian seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun pada 24 Disember lalu.


Sutha Murugan, 26, dan kekasihnya, Davandakumar Subramaniam, 28, didakwa di Mahkamah Majistret Klang kerana melakukan kesalahan itu terhadap Nithish Kogilan dekat sebuah rumah di Jalan Hulubalang 28, Taman Sentosa antara pukul 9.30 pagi hingga 5.30 petang pada hari berkenaan.


Wanita dan teman lelaki berdepan hukuman mati selepas didakwa secara bersama menyebabkan kematian seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun pada 24 Disember lalu.

Kedua-dua tertuduh kemudian mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan ke atasnya di hadapan Majistret Sarulatha Paramavathar.


Sutha dan Davandakumar yang tidak diwakili peguam itu didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang mana sabit kesalahan ibu kepada kanak-kanak meninggal dunia itu dan lelaki terbabit boleh dikenakan hukuman mati.

Mahkamah kemudian menetapkan 23 Mac untuk sebutan semula kes selepas Timbalan Pendakwa Raya, Nur’ain Madihah Zulkifli memaklumkan sedang menunggu laporan kimia, forensik dan patologi.

Terdahulu, kedua-dua tertuduh direman selama enam hari bermula 25 Disember lalu selepas Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan menerima laporan daripada seorang pegawai perubatan dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR).


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 09:56 AM GMT+8 , Processed in 0.091974 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top