CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Maaf Kalau Keterlaluan,"- Ayda Jebat Tak Sedia Bawa Bayi Jumpa Keluarga Dan Kawan

3-1-2022 05:40 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2930| Komen: 15

Description: Ayda Jebat memohon maaf andainya dia dan suami terpaksa bersikap keterlaluan kerana masih belum bersedia bertemu dengan ahli keluarga sendiri dan rakan-rakan berikutan keadaan semasa pandemik ketika i ...
 Ayda Jebat memohon maaf andainya dia dan suami terpaksa bersikap keterlaluan kerana masih belum bersedia bertemu dengan ahli keluarga sendiri dan rakan-rakan berikutan keadaan semasa pandemik ketika ini.


Apatah lagi dengan penemuan varian baharu Omicron selain peningkatan kes daripada mereka yang pulang dari luar negara turut menambahkan kerisauan mereka.

Kata Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat, 30, hatinya memang rindu untuk bertemu insan tersayang dan teman rapat, namun keselamatan dan kesihatan adalah lebih utama ketika ini.


Foto: IG

“Minta maaf kepada keluarga dan kawan-kawan kalau rasa saya dan suami keterlaluan tentang hal ini.


“Bukan tak nak jumpa. Hati memang dah rindu. Nak gelak ketawa bersama-sama. Nak bagi jumpa bayi kami tapi tanggungjawab nak jaga keselamatan dan kesihatan keluarga kita dan anda kami utamakan,” tulisnya dalam satu hantaran InstaStory.

Dalam hantaran yang dikongsi penyanyi lagu Parah Parah itu, dia memuat naik sebuah video sedutan sidang akhbar yang dilakukan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin beberapa hari lalu.



Menerusi video tersebut, Khairy memaklumkan bahawa penularan Covid-19 berlaku disebabkan ketidakpatuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan sewaktu melakukan kuarantin di rumah bagi mereka yang pulang dari mengerjakan umrah.

Disebabkan itu kata Ayda, dia dan suami masih belum bersedia untuk bertemu dengan orang lain buat masa ini memandangkan kes harian Covid-19 masih tinggi.



“Kami masih belum bersedia. Insya-Allah, satu hari nanti. Terima kasih kepada yang faham. Kami sayang kalian sangat dan rindu semua. Termasuk AJSCREAMER (kelab peminatnya). #StaySafeAll,” tulisnya lagi.

Sekadar info, Ayda baru sahaja menyambut ulang tahun pertama perkahwinannya dengan suami, Nabil Mahir pada 1 Januari lalu.




Pasangan yang berkahwin pada 1 Januari tahun lalu itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Ana Nayla yang dilahirkan pada 21 September lalu. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote margo20 3-1-2022 09:35 PM
Hmm baiklaaahhhhhhhhhhhh
Quote Perawankota 4-1-2022 04:50 AM
Belum bersedia utk Apa2 pon OK je kan.. Korg pon kaya..
Quote Sonneblume 4-1-2022 05:28 AM
Mata anak dia lawa.
Quote bedahmenjuyah 4-1-2022 06:29 AM
Menguap.      
Quote dudaberhias 4-1-2022 06:52 AM
Ewww takde sape kosser pun nak jumpa ko nyahhhh!!!! Takde sape hadap pun nak baca gosip dedua kapel yang perangai macam budak lambat akil baligh dan datang bulan masa tingkatan 6...

Nak paku pintu rumah tu dengan kayu pun di persilakan...

Nak katup pakai khemah sebesar padang bola pun tak heran.
Quote slyfynx 4-1-2022 07:11 AM
OK.
BTW, xde sape kesah pun aih
Quote prince_marhaen 4-1-2022 10:20 AM
Whateverrrr....simpanlah sekali laki terencat sideburn cukur licin laki ko tu AJ oiii...
Quote eyansss 4-1-2022 11:03 AM
tengok wayang boleh pulak…  hehehe…  ke yang pegi tu semua duduk serumah?
Quote nakkomenjugak 4-1-2022 11:57 AM
Dek nonnnn
Hanak koooo, suka ko laaa jaga acanerrr
Masing2 boleh pakai wasap kol kalau ghinduuu
Quote KelisaSilver 5-1-2022 11:14 AM
hmmm aku mmg tak berkenan ngan 2 org ni, tah kenapa. nak acah2 sweet manja gitu. semua nak tunjuk kat socmed. mcm org tak cukup umur pun ada..... sorry ya kpd peminat fanatik derang.
Quote laksmanabentan 5-1-2022 11:26 AM
dudaberhias replied at 4-1-2022 06:52 AM
Ewww takde sape kosser pun nak jumpa ko nyahhhh!!!! Takde sape hadap pun nak baca gosip dedua kapel  ...

iollllsss like komen macam nih... hahahahhahaa....


Quote asamfish 5-1-2022 11:32 AM
Don't be sorry AJ.  You both are doing the right thing! Gihhtewwww....tibeeee speking london haaaaa
Quote kembarsiti 5-1-2022 11:38 AM
eyansss replied at 4-1-2022 11:03 AM
tengok wayang boleh pulak…  hehehe…  ke yang pegi tu semua duduk serumah?

Laki die bayar 1 hall wayang tu.... Kayo namatee laki die
Quote eyansss 5-1-2022 05:23 PM
kembarsiti replied at 5-1-2022 11:38 AM
Laki die bayar 1 hall wayang tu.... Kayo namatee laki die

dia n bini dia je ke...  rasanya macam ada family dia join sekali kan...  tapi ada forumer kata, idok le mahal mana pun sebab deme pilih wayang yang kecik sajork...
Quote stingeritters 5-1-2022 05:31 PM
Adat org tengah kemaruk baru dapat cahaya mata.....over the top.....

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 07:36 AM GMT+8 , Processed in 0.146021 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top