CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Caprice Pentingkan Diri Sendiri Dulu Dan Move On!

3-1-2022 05:35 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1747| Komen: 6

Description: “Cara terbaik untuk move on dalam kehidupan adalah mula fokus terhadap diri sendiri.”
“Cara terbaik untuk move on dalam kehidupan adalah mula fokus terhadap diri sendiri.”

Demikian kata penyanyi rap dan aktivis kemanusiaan, Caprice atau nama sebenarnya, Ariz Ramli, 33, memberi nasihat kepada orang ramai.


Katanya, tidak menjadi suatu kesalahan untuk bersikap pentingkan diri kalau ingin ‘move on’ daripada perkara lampau dalam kehidupan.

Foto:Kosmo

“Fokus terhadap diri sendiri, fokus kepada benda anda suka buat dan teruskan buat.

“Jadi sedikit pentingkan diri. Tidak menjadi satu kesalahan menjadi pentingkan diri kalau ingin move on,” katanya menerusi satu sesi soal jawab rawak dalam Instastory.




Memaklumkan tentang azam bersempena tahun baharu yang baru memasuki hari ketiga bulan Januari, pelantun lagu Lenglui itu berkata, azamnya kekal sama setiap tahun setiap tahun iaitu ingin menjadi seorang yang lebih baik daripada tahun sebelumnya.

“Azam yang sama setiap tahun. Bagaimana nak jadi versi diri kita yang lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

“Abang yang lebih baik, usahawan yang lebih baik dan bapa yang lebih baik tahun ini, insya-Allah,” katanya.



Dalam pada itu, Caprice yang kini ingin dikenali dengan nama pentas baharu, Daddycap turut mendedahkan, single terbaharunya berjudul ‘Ayah’ yang sepatutnya dilancarkan dua tiga minggu lalu terpaksa ditangguhkan bagi menghormati mangsa-mangsa bencana banjir.

Tahun lalu, nama Caprice mengisi kepanasan selama berbulan-bulan bermula dengan konflik yang tercetus susulan misi kemanusiaan di Gaza, Palestian melibatkan pendakwah popular Ustaz Ebit Lew.




Konflik dalaman yang akhirnya merebak menjadi kontroversi tak berkesudahan tersebut menimbulkan pelbagai isu sehingga memaksa pihak polis membuka kertas siasatan terhadap Ebit berhubung kes gangguan seksual dan dihantar ke Pejabat Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Normabaru 3-1-2022 07:14 PM
Ni lg sekoq PENONGGENG ugama yang acah...
Aurat bini pon xblh control
Lg mau ngaku diri as Tiger Al Quds
Quote orangbiasaje 3-1-2022 09:56 PM
Nak ty, sbb tertinggal ketapi. Kenapa takleh guna nama caprice lagi?
Quote slyfynx 3-1-2022 10:27 PM
orangbiasaje replied at 3-1-2022 09:56 PM
Nak ty, sbb tertinggal ketapi. Kenapa takleh guna nama caprice lagi?

Sbb die skrg bapa terbaik dalam Malaysia ni.
So kene la bg tau die seorang bapa dgn nama Daddycap.
Quote matjerk 3-1-2022 11:42 PM
Bini dia ni sextly..dgn rambut blonde... kurus....bg aku sodap lah jugak mata memandang.. aku andaikan x pe lah.. maybe dah biasa penampilan gitu.. slow2 lah kepris bimbing dia... lagi pun kepris kan duta JIHAD kekdahnya..
Tp yg aku meluat psl bini dia ni..sekali berjoget kat tiktok... mcm bbnu titokers sgt zissssss..... nampak gaya perangai  ni mcm lambat lagi la kepriz nak berjaya bimbing... gelenya bertiktok...

Anak pulak.. terlebih manjanya dgn pak tiri..... anak kandung pun rasanya kalau dah masuk 6 tahun tak mengangkang atas badan apaknya gitu .....kokye dah memang budak tu jenis gitu... simpan utk sendiri2 udah lah keppp
Quote Jadooshar 4-1-2022 12:59 AM
Rengsa betul bila tengok topinasi ni bergambar selalu acah acah bad boy
Quote orangbiasaje 4-1-2022 09:56 AM
slyfynx replied at 3-1-2022 10:27 PM
Sbb die skrg bapa terbaik dalam Malaysia ni.
So kene la bg tau die seorang bapa dgn nama Daddycap. ...

Oh....igtkan kena banned ke nama itu...so kiranya setakat dia tak nak guna la, bukan tak boleh guna...

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 08:22 AM GMT+8 , Processed in 0.056885 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top