CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Ajar Nyanyi Belakang Pentas" - Hattan

3-1-2022 05:36 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 7219| Komen: 56|Original author: tatod

Description: Mengemas kini status Facebook dan mendakwa kurang bersetuju dengan tindakan juri mengajar ketika siaran secara langsung.

Mengemas kini status Facebook dan mendakwa kurang bersetuju dengan tindakan juri mengajar ketika siaran secara langsung.

Dato Hattan dipercayai membuat hantaran berkenaan mengenai tindakan bunda Hetty Koes Endang yang selalu berkongsi teknik nyanyian kepada peserta Gegar Vaganza musim kelapan.



Dalam episod ketujuh Gegar Vaganza, Adibah Noor diberikan tugasan menyanyikan lagu Berdiri Bulu Romaku manakala Nikki Palikat menyampaikan lagu Rindu. Kedua-dua lagu berkenaan adalah nyanyian asal Hetty.

Sebaik saja penyanyi itu selesai menyampaikan lagu, Hetty naik ke pentas menunjukkan mereka cara betul menyampaikan lagu berkenaan.

Sebelum ini, penyanyi lagenda itu juga pernah berkongsi pendapatnya mengenai sesebuah lagu yang ditukar rentak sebagai salah satu cabaran kepada penyanyi yang bertanding. 

Bagi Hattan, tidak semua jenis lagu boleh ditukar kepada genre lain.



Di ruangan komen, ada segelintir netizen yang kurang bersetuju dengan pendapatnya. Malah, ada juga yang menyarankan Hattan supaya tidak menonton rancangan berkenaan andai ia tidak menepati citarasanya. 

Hattan kemudian membalas komen berkenaan dengan menyatakan dia perlu menonton program terbabit kerana dia sendiri adalah penyanyi.

Harapnya isu ini tidak diperbesarkan, selera masing-masing. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hyie 3-1-2022 06:33 PM
alah kalau tengok liga dangdut ke apa yang si shiha baby shima join kat indon tu, selamba je diorang bertekak kat atas stage live. Tu yang drag sampai 5-6jam, ke lebih entah namun itu memang konsep rancangan tu lah.

bab ibu hetty tu macam memang disengajakan je, sebab tu astro letak 2 lagu tu last masa perform. Why bother3x
Quote Adrif 3-1-2022 07:58 PM
rempah ratus perisa pedas drama dalam rancangan tv

kontroversi tu publisiti kekdahnya

panasss panass gitu

sok lusa suam, orang lupa la tu

pastu isu lain pulak. lagi dan lagi. sampai la AJM
Quote Pixie902 3-1-2022 08:01 PM
Ada ke masa juri nak komen belakang pentas pulak...habis pun dah lewat mlm...
Terhibur je tengok bunda hetty share ilmu berdasarkan pengalaman beliau yg luas dan lama dlm bidang nyanyian dgn pelbagai genre...memang nampak hetty layak komen dan selalunya komen membina dan bukan menghina...
Quote pinksarah 3-1-2022 08:05 PM
hattan punya anak sedara nyanyi sedap suaranya..

selalu live dkt starmaker..

peramah mcm pakcik dia jugak..hahaha
Quote exclusive_vvip 3-1-2022 08:18 PM
Ok sikit la ibu Hetty ajar teknik, dari acik oji dok ajar sebutan perkataan english masa jd juri AF dulu2
Quote Tunan 3-1-2022 08:39 PM
Sbg penonton ai okey je..
Tak boring pun
Quote selipar_hijau 3-1-2022 08:48 PM
Takyah nak sibuk lah dia ni
Quote Supersirap 3-1-2022 09:07 PM
Minat dengan hattan ni nak-nak lagu raya dia, menjadi halwa telinga
Quote domok 3-1-2022 09:10 PM
Bunda hetty penyeri GV ok... Boring gak kalau takde dia... & apa yang dia komen aku setuju je...
Quote Wayree 3-1-2022 09:26 PM
Ai hokkey je buk hetty ajar live dr dok kirim salam memnjang n pasal baju je..alah astro nih cam tk phm mnggu dpn jemput tok tan lah jd juri
Quote imanjannah 3-1-2022 11:17 PM
OK je cara buk hetty tu
Quote Orix 3-1-2022 11:20 PM
Apa masalah ko hattan oi. Ok la tu buk hetty ajar liveee lagi ko hadoo ?
Quote LoveSungmin 3-1-2022 11:22 PM
bagus la cara buk hetty tu.. lepas nyanyi terus komen and ajar, senang nak ingat.. tunggu kemudian memang lupa la jawabnya..
Quote beta_carotene 3-1-2022 11:27 PM
that is showbiz atok.. salah ke bunda ajar masa live? salah ke ilmu sheols bagi?

sbnrnya uols dengki je kannnn
Quote abadi84 3-1-2022 11:30 PM
Aku sbnrnya ok dgn cara Buk Hetty.
Cuma mmg ada gak trtanya Buk Hetty mmg x bg apa2 input ke sebelum mlm prtandingan. Bg idea cara nak cantikkn persembahan tu??
Quote annadonna 3-1-2022 11:31 PM
Aku okay aje. Terhibur lagi ada. Org nampaklah penyanyi pun kena ada ilmu. Tercabarlah tu hattan ek sebab ko tak mampu buat mcm ibuk hetty buat.
Quote miss_strangers 4-1-2022 12:16 AM
Toktan curik limelight ni sbb nak suruh astro panggil heols menjuri keeee
Quote MistrezHermanaz 4-1-2022 12:24 AM
Heols mampu menjuri suara viral ajoo
Quote soflala 4-1-2022 12:47 AM
Baguslah ajar live at least berbaloi astro bayar mahal2 kat dia sebab peserta2 dpt ilmu dan teknik nyanyian yg betul. Baru boleh jadi penyanyi yg versatil.. Mcm2 genre boleh bawa.

Cuba banding artis indon dgn Malaysia.. Memang jauh bakat tu seperti bola sepak juga. Takde kualiti berbanding indon. Tok tan nak bising buat apa

Lihat semua komen(56)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 06:33 PM GMT+8 , Processed in 0.054289 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top