CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

SMART Tunnel Berjaya Elak "KL Tenggelam", Jasa Tun M Di Puji Netizen

21-12-2021 11:21 AM| Diterbitkan: bubuk_bearbear| Dilihat: 4101| Komen: 11

Description: KUALA LUMPUR - Banjir besar yang melanda di beberapa kawasan di Lembah Klang pada 18 Disember 2021 terutamanya Klang, Shah Alam, Sepang dan Hulu Langat telah memusnahkan banyak harta benda.



KUALA LUMPUR - Banjir besar yang melanda di beberapa kawasan di Lembah Klang pada 18 Disember 2021 terutamanya Klang, Shah Alam, Sepang dan Hulu Langat telah memusnahkan banyak harta benda.

Selepas hampir sehari banjir di kawasan-kawasan tersebut, sesetengah kawasan di Kuala Lumpur pula mula dinaiki air. 

Namun tindakan pantas pihak berwajib telah berjaya mengawal situasi banjir di ibu kota dengan mengalihkan 5 juta meter padu air menggunakan terowong SMART (Stormwater Management And Road Tunnel) yang juga menjadi laluan alternatif untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas antara pusat bandar Kuala Lumpur dan Lebuhraya Sungai Besi (walaupun tol RM3).


Memetik Astro Awani, Ketua Setiausaha Kementerian Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Ir Dr Zaini Ujang berkata, 5 juta meter padu air (menyamai kapasiti air dalam 2,000 kolam renang saiz Olimpik) berjaya dilencongkan pada Sabtu lalu (18 Disember) selepas Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengaktifkan lencongan banjir dalam usaha mengurangkan impak hujan lebat.

Lencongan SMART diaktifkan hingga Mod 4 pada jam 7.45 petang hingga 12 tengah hari, 19 Disember.

Menurut Ir Dr Zaini, ini kali pertama Terowong SMART digunakan untuk tujuan melencong air melebihi tiga jam sejak siap dibina dan dibuka pada 2007 yang mana proses lencongan air berlarutan selama 22 jam.

Beliau percaya banjir di tengah ibu kota akan bertambah buruk jika air sebanyak 5 juta meter padu tidak dapat dilencongkan.

Jika tidak dilencongkan air sungai Klang akan masuk ke Kuala Lumpur dan bergabung di Masjid Jamek. Walaupun SMART mengalir keluar 5 juta meter padu, tetapi air masih pada paras bawah jambatan.

Bayangkan 5 juta meter padu air itu tidak dilencongkan, kalau ikut pengiraan memang Kuala Lumpur akan tenggelam," katanya.


Rata-rata netizen memanjatkan kesyukuran kepada hadrat Ilahi dan mengucapkan terima kasih atas jasa bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di atas cetusan ideanya untuk membina terowong tersebut.


Terdahulu, setiap kali berlaku banjir kilat di Kuala Lumpur, ramai yang menggunakan media sosial menyatakan ketidakpuasan hati dan mempersoalkan fungsi Smart Tunnel yang dianggap membazirkan duit rakyat. - CARI



1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rastaf 21-12-2021 11:32 AM
Tun memang bagus kalau tak sibuk rebut kuasa..kalau dia jadi cam pak Lah..bersara dari politik mesti ramai sayang.. zaman Tun dah berakhir. kena bagi muka lain pula.
Quote ekselen 21-12-2021 11:33 AM
Edited by ekselen at 21-12-2021 11:35 AM

bukan semua tempat ada smart tunnel.. sbb tu la tpt lain tenggelam kalini sbb hujan lebat berterusan.. pak mail kena amik ikhtibar lah dr giat lantik penasihat x berpenghujung dan membazir, buat la sesuatu utk kurangkan risiko banjir pd masa akan dtg... boleh je amik idea smart tunnel ni dan implement kt tpt lain plk especially yg kawasan berisiko tinggi tu...takkan xboleh buat..prn boleh buat sethn byk kali...
Quote wnwa05 21-12-2021 11:38 AM
bukan nak minta bukan2 tapi aku dapat rasa banjir besar ni akan berterusan di masa hadapan memandangkan global warming dan cuaca dunia dah mula tak menentu.dengan ais kutub makin mencair paras air laut makin naik..semua kena ambil iktibar dan siap siaga bila hujan lebat lebih 2 3 jam..kerajaan pun kena fikirkan sesuatu terutamanya siren amaran awal dan cara nak bagi bantuan cepat agar kes mangsa banjir duduk atas bumbung 12 jam dengan anak kecil semua tak berulang
Quote Normabaru 21-12-2021 11:49 AM
Dia kayakan ank Dan kroni berbillion kot . xpyh nk terima kasih sgt.Dh Itu kerja dia kot lainla klu buat kerja xamik upah la xde timbal balas ka apa

Choiiii
Quote watatakut 21-12-2021 12:16 PM
Normabaru replied at 21-12-2021 11:49 AM
Dia kayakan ank Dan kroni berbillion kot . xpyh nk terima kasih sgt.Dh Itu kerja dia kot lainla klu  ...


idea2 dia tu yang mahal.. banyak bagi manfaat sampai sekarang. kayakan kroni anak tu semua pun sama lah bagi lah kat siapa pun isu ni tetap timbul dari yang tak suka kan seseorang tu jadi pemerintah tapi kalau orang yg dia suka, isu kroni liwat jubo semua ni tak timbul

Quote KamikuP 21-12-2021 12:39 PM
Jadi kami semua kene sokong Tun balik ke maacmamana ni?
Quote Normabaru 21-12-2021 12:40 PM
watatakut replied at 21-12-2021 02:16 PM
idea2 dia tu yang mahal.. banyak bagi manfaat sampai sekarang. kayakan kroni anak tu semua pun sa ...

Yeke idea dia?U sure bukan org kt JPM?

Putrajaya tu Pon bkn idea dia..tp dia dpt Nama..

Org xmarah klu xsusah..ni dh la taraf hidup makin teruk..pastu bergasak naik turun jawatan mcm budak2..if dia xturun2 LPs PRU14 Itu hari..benda ni semua xjadi xde sapa plak sembang..rakyat msia ni dpt bunga taik ayam pon syukur sgt..pdhl org yang sama tabur najis dlm pinggansudahla
Quote bottombikini 21-12-2021 12:49 PM
masa dia buat projek tunnel tu mesti rakyat jelata tak percaya kan
feeling2 KL ni tanah tinggi, takkan tenggelam walau dilanda badai
Quote Artemesiaa 21-12-2021 12:53 PM
Kena bina lagi dua seumpamanya untuk flow banjir yang lebih baik lagi
Quote anakjiran 22-12-2021 10:52 AM
#rinduzamantun
Quote lurve82 22-12-2021 01:47 PM
Agak2 weken ni kl banjir tak? Nk shopping baju anak dkt sogo…

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 10:39 PM GMT+8 , Processed in 0.063597 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top