CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dua Cucu, 15 Bulan Dan 3 Bulan Dalam Tab Mandi Diterbangkan Ribut

21-12-2021 10:29 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1627| Komen: 5

Description: Mayfield: Seorang nenek bersyukur selepas dipertemukan semula dengan cucunya yang 'diterbangkan' ribut di Kentucky, Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini.
Mayfield: Seorang nenek bersyukur selepas dipertemukan semula dengan cucunya yang 'diterbangkan' ribut di Kentucky, Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini.

Ketika kejadian, dua cucunya Kaden dan Dallas itu diletakkan di dalam tab mandi sebelum ribut memusnahkan rumah mereka.

Clara Lutz berkata kepada media tempatan, dia menjaga dua cucunya masing-masing berusia 15 bulan dan tiga bulan.

Foto: Agensi

Sebelum kejadian dia mengetahui ribut mungkin akan membadai kawasan kediamannya lalu membuat persediaan awal.

Dia meletakkan cucunya bersama selimut di dalam tab mandi berkenaan agar mereka mudah diselamatkan kelak.



"Saya rasa gemuruh dan rumah bergegar selepas angin kuat mula membadai.


"Ketika itu, angin terus menerbangkan tab mandi bersama cucu walaupun saya cuba untuk memeluk tab itu.

"Saya tidak mampu menahan pukulan ribut berkenaan sehingga tab mandi itu diterbangkan," katanya seperti dilaporkan agensi berita WFIE.

Akibat kejadian itu juga rumahnya mengalami kerosakan teruk dan peralatan rumah bertebaran dibawa ribut.

Dalam keadaan cemas, Lutz yang turut cedera di kepala akibat dihempap tangki air bergegas mencari cucunya.

Dia tidak menghiraukan kesakitan dan hanya mahu mencari cucunya yang sudah hilang dari pandangan.

Tidak lama selepas itu, pegawai polis pergi mendapatkan Lutz dan membawa bersama dua cucunya yang ditemui di halaman rumah.

Bayi berkenaan dalam keadaan baik dan tidak mengalami sebarang kecederaan serius.

"Saya masuk ke kereta polis yang berada di hujung jalan dan tidak lama selepas itu mereka membawa cucu saya," katanya.

Mereka bertiga kemudian dibawa ke hospital untuk rawatan dan disahkan sihat tanpa komplikasi serius. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Aikiko 21-12-2021 11:53 AM
Wow...amazing that her grandsons still safe
Glad to hear that
Quote mejaputih 21-12-2021 11:57 AM
dlm citer avengers pun ironman suh family masuk dlm tab mandi utk diterbangkan...

mmg amazing dorg masih selamat, sbb dorg tak boleh berpaut apa2 masa terbang tu..
Quote kelip2_07 21-12-2021 12:27 PM
comeynyee lutz
Quote KamikuP 21-12-2021 01:09 PM
Dlm siri 9-1-1 pun ada scene si bapak ni suruh anak berlindung dalam bath tub.. hujung2 bapak dia yg mnati
Quote Artemesiaa 21-12-2021 01:56 PM
Syukurlah semuanya selamat

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 04:58 AM GMT+8 , Processed in 0.381401 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top