CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"RM10 Pun Tak Ada Nak Makan, Dah 3 Hari Pakai Baju Sama"

21-12-2021 10:04 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1940| Komen: 5

Description: Dengkil: "Saya keluar rumah tidak bawa apa-apa, duit walaupun RM10 pun saya tiada untuk makan," kata Hotijah Hadrawi, 45.
Dengkil: "Saya keluar rumah tidak bawa apa-apa, duit walaupun RM10 pun saya tiada untuk makan," kata Hotijah Hadrawi, 45.

Dia yang menetap di Kampung Sri Tanjung di sini berkata, selama tiga hari bencana banjir itu berlaku, dia dan suaminya Sumbre Ali, 50, terpaksa 'tebalkan muka' untuk meminta makanan di surau atau masjid terdekat.

"Kejadian banjir itu berlaku terlalu cepat, kami hanya sempat menyelamatkan diri dan tidak membawa apa-apa. Baju yang dipakai ini pun sudah tiga hari kami pakai. Mujurlah ada individu yang baik hati datang kepada kami dan memberikan sehelai baju lain untuk dibuat ganti.

"Tetapi untuk makan kami terpaksa ikat perut dan tebalkan muka untuk minta kepada orang lain. Jika ada makanan, kami makan. Jika tiada, kami berusaha hari lain pula, tetapi selalunya ada makanan lebihan di masjid," katanya yang sudah 12 tahun bekerja di negara ini.

Foto: Harian Metro

Hotijah berkata, setiap hari, dia datang bersama suaminya untuk melihat keadaan rumah, namun air hanya surut sedikit sahaja, tetapi dia masih tidak berani untuk meredah kerana takutkan adanya arus elektrik.

"Saya baru sebulan menetap di rumah ini, sebelum ini duduk di kampung berdekatan, namun tahun lalu rumah berkenaan turut banjir. Jadi kami pindah ke sini kerana difahamkan sini tidak kena banjir.

"Namun, mungkin sudah ditakdirkan bila kami menetap di sini, inilah pertama kali berlaku banjir di kawasan ini. Keadaan masa itu sangat kelam kabut, kami cepat-cepat keluar rumah kerana kawasan ini berhadapan dengan sungai. Risau berlaku apa-apa yang tidak diingini, kami terus keluar dari rumah, apa yang saya fikir ketika itu cuma nyawa saya dan suami," katanya.

Sementara itu, Shafry Md Yunos, 52, yang juga pemilik rumah yang disewa oleh Hotijah itu berkata, kejadian ini sekali gus menjejaskan sumber pendapatannya.

"Bukan sahaja rumah saya terjejas banjir, tetapi lima lagi rumah sewa saya juga mengalami nasib sama. Sudah 40 tahun saya menetap di sini, inilah bencana paling teruk saya pernah alami.

"Selalunya kalau banjir di Dengkil ini, kawasan kami selamat. Cuma kali ini nasib malang menimpa kami, tiada apa yang mampu selamatkan pada masa kejadian. Saya ada letakkan segala dokumen yang dibalut dengan plastik dan diletakkan di tempat tinggi dalam rumah, harapnya masih selamat," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Samerosie 21-12-2021 10:13 AM
Kesian warga asing.  Ni mesti sewa rumah kayu dkt sungai.  Jambatan depan pasar awam dengkil pun dah pecah dua.  

c777cf8d-b6a3-498d-a1aa-e20d8f9d48ae.jpg
Ni jalan nak masuk Dengkil.
Quote kotakbaju 21-12-2021 10:19 AM
Sekarang ni tak boleh dah nak kata semua tempat selamat dari banjir. Tempat yang tak penah kena banjir pon lama2 boleh kena juga satu hari nanti. Tak banjir kang kena bencana lain pulak
Quote Artemesiaa 22-12-2021 01:21 PM
Harap pusat yang ada lambakan pakaian dan makanan tu salurkan juga benda2 tu ke kawasan lain yang terjejas banjir sama.  
Quote Samerosie 22-12-2021 01:24 PM
Harap2 akak dan suami ni dah jumpa pps kw.  
Quote cmf_premierleag 22-12-2021 01:33 PM
kotakbaju replied at 21-12-2021 10:19 AM
Sekarang ni tak boleh dah nak kata semua tempat selamat dari banjir. Tempat yang tak penah kena banj ...

iya.kalo x banjir,mesti tanah runtuh
so hidup je la secara minimalis

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 09:15 AM GMT+8 , Processed in 0.051189 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top