CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Selepas Tak Dapat Makan Daging Babi, Vietnam Merungut Terpaksa Makan Nasi Bungkus

21-12-2021 11:07 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2340| Komen: 17

Description: JAKARTA: Jurulatih Vietnam, Park Hang Seo masih berterusan ‘membebel’ dan membantah tentang makanan nasi bungkus selepas pasukan Golden Star Warriors layak ke separuh akhir Piala AFF 2020 (Piala AFF ...
Jakarta: Jurulatih Vietnam, Park Hang Seo masih berterusan ‘membebel’ dan membantah tentang makanan nasi bungkus selepas pasukan Golden Star Warriors layak ke separuh akhir Piala AFF 2020 (Piala AFF 2021).


CNN Indonesia melaporkan, Vietnam disahkan layak ke separuh akhir selepas menewaskan Kemboja pada perlawanan terakhir Kumpulan B, semalam.

Kemenangan itu menjadikan Vietnam layak ke separuh akhir Piala AFF sebagai naib juara Kumpulan B.


Park Hang Seo, Foto: Utusan Online

Namun, biarpun sudah layak ke separuh akhir, Hang Seo tetap merungut kerana makanan nasi bungkus sepanjang Piala AFF yang dianggap kekurangan nutrisi pemain.

“Selepas datang ke sini, setiap perlawanan kami perlu mencuba yang terbaik. Namun, masalah pemakanan masih belum selesai sepenuhnya. Pemain Vietnam masih makan dengan nasi bungkus. Persekutuan Bola Sepak Vietnam telah memberikan bantuan, tetapi ia tidak mencukupi,” kata Park dipetik daripada 24h.com.

Sejak bermulanya Piala AFF 2020, Vietnam menjadi pasukan yang paling banyak merungut tentang makanan.

Selain merungut mengenai mutu perkhidmatan makanan pada Piala AFF, Vietnam turut membantah mereka tidak boleh makan daging babi pada acara dwitahunan itu.

Sebaliknya, Hang Seo tidak kisah pasukannya kurang masa rehat berbanding Thailand yang bakal menjadi lawan di separuh akhir. -CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Samerosie 21-12-2021 11:10 AM
Edited by Samerosie at 21-12-2021 11:18 AM

Team vietnam ni dah kenapa.  Kau nak bersukan ke jjcm? Kau bawak lah chef kau sendiri ni tak harap org kasi yeam kau makan sedap baik depa masak lagi elok bg team negara dia makan dari team kau.
Quote dua_chzy 21-12-2021 11:47 AM
Bila ada kes begini akak baru tau babi adelah protein penting untuk Vietkong.
Quote KamikuP 21-12-2021 12:40 PM
Suruh Noreen supply sandwich kat puak vietkong nih
Quote Artemesiaa 21-12-2021 12:49 PM
Perang psyco je tu nak bagi pihak lawan ingat mereka dah lemah sebab makan tak sedap
Quote Suchi 21-12-2021 02:04 PM
Selagi tak dapat makan selagi tula dia merempan


Quote stingerboss 21-12-2021 02:17 PM
vietnam bakal dijinakkhen oleh thailand dlm peringkat semis over the two leg....kedua duanya pemakan daging babs tegar....

the other semis will pit indon vs spore....which will see spore edging indons for the final berth
Quote Simunggu 21-12-2021 04:05 PM
Malaysia makan mcm mcm...bagi mcm mcm pun main mcm fondan...kalah dgn vietnam & Indonesi...bangga menang dgn laos & kemboja...low standrd betul
Quote bulalof 21-12-2021 04:07 PM
yucks. makan babi utk kuat main bola. stupido.
Quote dudaberhias 21-12-2021 04:07 PM
KamikuP replied at 21-12-2021 12:40 PM
Suruh Noreen supply sandwich kat puak vietkong nih

jangan supply noreen... tapi bagi je terus noreen tu dekat theyolss...sebab tak herlokkkkk pun kalau nak simpan...

tak silap kaka orang vietnam ni semua benda di makannya macam ummah mainland...
kerusi dan meja je tak boleh sebab keras katanya..



Quote Simunggu 22-12-2021 02:22 PM
terbaik....Malaysia semua dapat, duit, nama, mcm artis...main mcm sial...kalah memanjang cuma menang dgn Laos, apa kelas Laos nak dibanggakan...khahhhpui
Quote doubleharmonic 22-12-2021 03:01 PM
ko dah kenapa noreen? tak habis2 meroyan sebab tak dapat makan daging noreen jah?
Quote buragazz 22-12-2021 03:49 PM
Tgk muka jurulatih pun dah ala2 khinz... seram...
Quote Simunggu 27-12-2021 08:23 AM
Indon masuk final jumpa Thailand...hebat...malaysia gaya shj lebih....jaguh kampung
Quote Supersirap 27-12-2021 12:34 PM
Player Vietnam ni suka makan rupanya, asyik komplen je
Quote TomyamPuteh 27-12-2021 01:23 PM
Noreen di mana mana.
Quote umbut 27-12-2021 01:45 PM
Vietnam makin mendunia ye. Semakin majùuuu. Dulu miskin sebab perang. Diorang bangkit majukan negara. Malaysia camni je lah. Spore dah berdekad tinggalkan. X lama lagi indon thai pun pintas..
Quote matseh 27-12-2021 02:08 PM
Game 2nd Semi Indo vs Spore paling best. Semua ada.
Red card, penalti x masuk. X dapat penalti. " What A Game"
Kalau Team Malaysia main mcm singapore main mlm tu. Mungkin ada yg bogel dr Tanjung Pagar sampai, Kelana Jaya.

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 06:51 AM GMT+8 , Processed in 0.059559 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top