CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Studio Animasi Kita Bakal Pamer Kehebatan Di Ekspo 2020 Dubai

23-12-2021 08:01 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3494| Komen: 3|Original author: Kandungan Tajaan

Description: Peneraju ekonomi digital, Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) bakal mengetuai delegasi Malaysia ke Ekspo 2020 Dubai pada 9 hingga 15 Januari 2022 ini sebagai sebahagian daripada program Minggu ...

Peneraju ekonomi digital, Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) bakal mengetuai delegasi Malaysia ke Ekspo 2020 Dubai pada 9 hingga 15 Januari 2022 ini sebagai sebahagian daripada program Minggu Ekonomi Digital Malaysia.

 

 

 

 


Selain memberi tumpuan untuk meneroka peluang perniagaan dan menjalin kerjasama menerusi syarikat dari industri Kandungan Kreatif Digital Malaysia yang sedang berkembang pesat, Minggu Ekonomi Digital Malaysia di Ekspo 2020 Dubai berhasrat mempamerkan pencipta kandungan digital terbaik Malaysia di pentas global.  

 

Sebanyak 20 syarikat akan menyertai Pavilion Malaysia di Ekspo berkenaan termasuklah empat studio animasi ternama di negara ini.



Kredit foto: https://www.expo2020dubai.com/

 

Selaras dengan objektifnya untuk meneroka bidang kerjasama dan peluang perniagaan baharu di Timur Tengah serta 192 negara yang mengambil bahagian, Ekspo itu mensasarkan untuk menjana RM300 juta potensi peluang perdagangan dan pelaburan menerusi Memorandum Persefahaman (MoU) perkongsian perniagaan.

 

“Industri Kandungan Kreatif Digital adalah sektor penting bagi Malaysia. Melalui inisiatif seperti Geran Dana Kandungan Digital, MDEC telah membantu memupuknya menjadi industri bernilai RM7 bilion. 


“Ekspo 2020 Dubai adalah peluang untuk kita pamerkan pencipta kandungan digital terbaik Malaysia di pentas global, selaras dengan  matlamat Pelan Tindakan Ekonomi Digital Malaysia (MyDIGITAL) untuk mempromosikan Malaysia sebagai kandungan kreatif digital hab,” kata Ketua Pegawai Eksekutif MDEC, Mahadhir Aziz. 



 

Jom lihat studio animasi mana yang akan menyertai Expo 2020 Dubai. Bukan calang-calang studio tau!

 

 

1. Durioo

 

Ditubuhkan pada 2021 oleh pengasas dan minda kreatif dari Digital Durian, penerbit siri kartun popular Omar & Hana dan Didi & Friends mengumpul lebih 8 bilion tontonan dan 10 juta pelanggan di YouTube.

 



Siri itu juga dialih suara ke dalam 10 bahasa berbeza dan disiarkan di lebih 25 negara.

 

Berhasrat untuk menjadi platform pilihan untuk kanak-kanak Islam di seluruh dunia, Durioo menyasarkan untuk mencipta kartun intipati Islam berkualiti tinggi dan permainan mesra kanak-kanak, Durioo Games dan Durioo+ yang bakal dilancarkan tahun ini.

 

 

2. Zappy Production 

 

Zappy Production yang bermula sebagai studio animasi grafik gerakan pada 2015 kini berada dalam industri pengiklanan dan pemasaran dengan menjadi agensi pengeluaran kreatif pelbagai disiplin yang bercabang kepada pelbagai perkhidmatan seperti  Augmented Reality atau AR, acara maya, platform dalam talian serta pelbagai multimedia interaktif.



 

Selain Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), Zappy Production juga bekerjasama dengan syarikat multinasional seperti PETRONAS, Shell, Pico, dan Amway.



 

Selain itu, Zappy Productions menghasilkan visual pelancaran majlis perasmian Sukan Sea KL 2017 serta kandungan pemetaan unjuran untuk acara itu sendiri.

 

 

3. The R&D Studio

 

The R&D Studio yang diasaskan pada 2011 telah menghasilkan kandungan untuk rakan kongsi seperti Disney, WarnerMedia, Sistem Penyiaran Tokyo, Astro, Primeworks, RTM serta untuk pelanggan korporat termasuk siri televisyen, telemovie, filem pendek, dokumentari, video muzik dan iklan.

 

Pencapaian ketara bagi studio itu adalah penghasilan sitkom televisyen aksi langsung, Disney's Wizards of Warna Walk (2018) - siri televisyen jangka panjang pertama oleh Disney di Asia Tenggara.



 

Batik Girl, filem pendek animasi pertama mereka dibuat untuk penonton peringkat global serta meneroka tema suka dan duka melalui dunia visual asli yang diilhamkan dari kraf tekstil batik Asia Tenggara. 

 

Mereka juga menghasilkan filem pendek animasi, The Dalang’s Tale yang menyentuh tema keganasan rumah tangga melalui visual yang diilhamkan wayang kulit dan mendapat pengiktirafan dengan menjadi pilihan rasmi dalam lebih 60 festival filem di seluruh dunia serta memenangi pelbagai anugerah. - CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Shazid 23-12-2021 08:15 AM
Terbaik...tahniah!!!
Quote LadyCarefree 23-12-2021 01:48 PM
Eh tak payahlah habiskan duit rakyat dengan benda ni. Sebenarnya 90% untuk free holiday dan shopping je.
Quote Artemesiaa 23-12-2021 01:55 PM
Industri Animasi kita makin berkembang makin banyak negara suka meontonnya

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

1-5-2024 05:38 AM GMT+8 , Processed in 0.168964 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top