CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

JKNJ Siasat Kes Kakitangan Curang

23-12-2021 09:30 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 10733| Komen: 131

Description: Pergolakan rumah tangga penjawat awam sebuah klinik kesihatan di Johor yang tular di media sosial sejak beberapa hari lalu kini dalam siasatan Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) kerana melanggar et ...
Pergolakan rumah tangga penjawat awam sebuah klinik kesihatan di Johor yang tular di media sosial sejak beberapa hari lalu kini dalam siasatan Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) kerana melanggar etika dan integriti kakitangan kerajaan.


Pengarah Kesihatan Negeri Johor, Datuk Dr Aman Rabu berkata, JKNJ memandang serius isu yang tular itu kerana ia melanggar Etika dan Integriti Penjawat Awam mengikut Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.


Gambar hiasan

"Sehubungan itu, JKNJ sedang menjalankan siasatan untuk tindakan lanjut. JKNJ juga memandang berat tindakan yang diambil oleh pihak pengadu dalam menyebarkan isu berkenaan di media sosial.


"JKNJ mengingatkan semua kakitangan untuk menggunakan saluran sedia ada dalam jabatan bagi menyampaikan semua isu atau aduan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sejak kelmarin isu membabitkan seorang pegawai kesihatan di sebuah klinik kesihatan di sebuah daerah di negeri ini tular di media sosial apabila isterinya yang juga seorang pegawai kesihatan mendedahkan kelakuan curang suaminya itu secara terbuka di media sosial.

Menerusi video yang tular berkenaan, isteri kepada pegawai kesihatan itu berjaya membongkar hubungan sulit suaminya dengan seorang wanita lain, sebelum dia mendakwa diceraikan di hadapan wanita itu.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 23-12-2021 09:35 AM
Ni kes Hanafi rambut sikat tepi cerai atas sofa. Very the hauk ye jantan ni dan PPK Raihan tu dah knp ngesek laki org?
Moga Dr wanita ini cekal yaach jgn rujuk balik
Quote krustykrab 23-12-2021 09:37 AM
KamikuP replied at 23-12-2021 09:35 AM
Ni kes Hanafi rambut sikat tepi cerai atas sofa. Very the hauk ye jantan ni dan PPK Raihan tu dah kn ...

Hahah baca komen chuol teringat incident sofa merah ongkaya dgn nyonya
Quote shernazz 23-12-2021 09:38 AM
Raihan.rasa apa sekarang?
Puas dak?
Quote KamikuP 23-12-2021 09:39 AM
krustykrab replied at 23-12-2021 01:37 AM
Hahah baca komen chuol teringat incident sofa merah ongkaya dgn nyonya

Sofa merah? Kes apa tu cuolls meolss tataw.. ekeke
Quote shernazz 23-12-2021 09:40 AM
Kasi.lagu.raihan iman mutiara.satu
Quote krustykrab 23-12-2021 09:40 AM
KamikuP replied at 23-12-2021 09:39 AM
Sofa merah? Kes apa tu cuolls meolss tataw.. ekeke

Nak mintak ajai cipta lagu bertemakan sofa merah sbg mengingati incident tersebut
Quote krustykrab 23-12-2021 09:41 AM
shernazz replied at 23-12-2021 09:38 AM
Raihan.rasa apa sekarang?
Puas dak?

Skg je malu...seminggu 2 lagi bila bangla jual.karpet meminang ok lah tu..
Lgpun bakal suami ku doktor katanya
Quote kelip2_07 23-12-2021 09:45 AM
cmne x viral..katanye dh report kt org ats tp xde tindakan
Quote shernazz 23-12-2021 09:45 AM
krustykrab replied at 23-12-2021 09:41 AM
Skg je malu...seminggu 2 lagi bila bangla jual.karpet meminang ok lah tu..
Lgpun bakal suami ku do ...

Hahahhaa
Tu.kalau bangla tu nak minang kan...
Kalau.jadi penyedap je...haruuuuu...
Tetibe masuk tiktok..."jangan persoalkan masa lalu saya"

Ah gituuuu
Quote zehra2 23-12-2021 09:48 AM
haaaa.. siasat laa ketiga2 nya.. jgn nak bubuh yg viralkan aje..
Quote shernazz 23-12-2021 09:50 AM
kelip2_07 replied at 23-12-2021 09:45 AM
cmne x viral..katanye dh report kt org ats tp xde tindakan

Pastu dah viral.baru nak.amek.tindakan..
Quote kelip2_07 23-12-2021 09:55 AM
shernazz replied at 23-12-2021 09:50 AM
Pastu dah viral.baru nak.amek.tindakan..

yee..begitulah situasi arinie..klu ikt kn blh amik tindakan sbb mmg terbukti dh berklawat bkn setakat curang jer..xtau lah cmne blh kata hal peribadi xleh cmpr
Quote Buritan 23-12-2021 10:06 AM
Kes abg long naza ngeseks dgn nyonya.. ade bideo.. aku just nmpk ponggong dia hitam aje.. nak tengok rasa tak selera sbb dah nmpk ponggong hitam.. k9te pun mesti lg hitam
Quote Buritan 23-12-2021 10:07 AM
zehra2 replied at 23-12-2021 09:48 AM
haaaa.. siasat laa ketiga2 nya.. jgn nak bubuh yg viralkan aje..

Rasanyaaa yg pi viral tuu je kena tutuh nanti.. kesian ko jihah
Quote Buritan 23-12-2021 10:09 AM
krustykrab replied at 23-12-2021 09:41 AM
Skg je malu...seminggu 2 lagi bila bangla jual.karpet meminang ok lah tu..
Lgpun bakal suami ku do ...

Huntonggg jd bini loktoooo wpun kena sedekah punai  dulu.. yg penting jd binik lokto.. ko ape tau
Quote hareeeesah 23-12-2021 10:12 AM
Malaysia ni saluran betul tak dilayan. Dah viral baru ada gerak.. tengok aje isu politician rasuah duit segala. Apa je la tindakan korang? Malaysia masih aman konsepnya
Quote Xim 23-12-2021 10:24 AM
Kalau baca post Asiah Jalil ada undang2 psl penjawat awam ni....silap2 tiga2 boleh kena tindakan....
Quote AbukRokok 23-12-2021 10:30 AM
bagi hanapi 20 dos
Quote Adrif 23-12-2021 10:30 AM
aku lost. ada sesape boleh bagi pencerahan, kepala ekor cerita Hanafi ni?
ketinggalan kereta api  

Lihat semua komen(131)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 07:49 AM GMT+8 , Processed in 0.239583 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top