CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Leonardo Dicaprio Bogel Dalam Kereta Panaskan Badan Lepas Selamatkan Dua Anjing

23-12-2021 09:24 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2735| Komen: 10

Description: Leonardo DiCaprio terjun ke dalam tasik untuk menyelamatkan dua anjing peliharaannya semasa penggambaran filem terbaharu Don't Look Up di Boston, Amerika Syarikat.
Leonardo DiCaprio terjun ke dalam tasik untuk menyelamatkan dua anjing peliharaannya semasa penggambaran filem terbaharu Don't Look Up di Boston, Amerika Syarikat.


Pemenang Oscar berusia 47 tahun itu mengimbau kembali detik ketika dia mempertaruhkan nyawa untuk menyelamatkan dua ekor anjing jenis Husky iaitu Jack dan Jill daripada lemas di dalam tasik.


Kredit foto: BuzzFeed/Perez Hilton

"Pada mulanya, salah seekor daripada anjing saya yang terjatuh ke dalam tasik. Kemudian, seekor lagi melompat ke dalam tasik untuk menyelamatkan anjing tersebut.

"Akhirnya, kedua-dua anjing saya jatuh ke dalam tasik. Saya tidak faham apa yang mereka lakukan di tasik tersebut," kata Leornado semasa segmen Entertainment Weekly's Around the Table, lapor GEO TV.

Leornado seterusnya berkata, dia dan dua anjingnya berada di dalam air tasik yang sejuk.

Dalam pada itu, pelakon gandingannya, Jennifer Lawrence mendedahkan bahawa Leornado berbogel di dalam kereta untuk memanaskan badan setelah berjaya menyelamatkan kedua-dua anjingnya daripada lemas.


Kredit foto: Pinkvilla

Ini bukan kali pertama Leornado berani terjun ke perairan untuk menyelamatkan nyawa.

Bintang Wolf of Wall Street itu juga pernah menyelamatkan seorang lelaki yang terjatuh dari kapal layar di St. Barts pada 2019. 


Sumber: mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 23-12-2021 09:33 AM
Bagus Leonardo ni. Air dan beliau berpisah tiada
Quote Buritan 23-12-2021 10:22 AM
Bab ni aku respek dgn omputih.. sggup slmtkan binatang.. aku pun dah mula terjebak srlamat  binatang binatang ni semua..
Quote lasagna 23-12-2021 10:24 AM
fuhhh hebat! anjing dia pun husky breed, iols ada kwn anjing jenis breed ni, udahnya hilang org curik. dulu heols ni kurus jer, tak sangka dah tua punya mengelebar body transition dia. xpe janji muka ensem.
Quote doubleharmonic 23-12-2021 05:31 PM
mana gambar bogel?
Quote delia3003 23-12-2021 07:45 PM
lasagna replied at 23-12-2021 10:24 AM
fuhhh hebat! anjing dia pun husky breed, iols ada kwn anjing jenis breed ni, udahnya hilang org curi ...

Rajin pulak I google umur LD, baru 47 tahun ka, Hugh Jackman dan Daniel Craig lagi tua tapi tetap mantap. Ingatkan dulu phase je badan mengembang bila takde projek baru, sekali maintain pulak kembang.
Quote Lagubestbest 23-12-2021 07:54 PM
pengalaman dia beku dalam air masa titanic karam dulu tu nampaknya berguna sampai sekarang..
Quote umbut 23-12-2021 09:21 PM
Filem2 acik leo semua best2 lakonan pun best.. antara pelakon kanak2 yg menjadi sampai tua xhanyut cam pelakon home alone
Quote helicornia 24-12-2021 07:53 AM
Ye la.kertunya muka dia n gemuk pulak.padahal baru 47.sayang betul. Dia berlakon once upon a time tak gemuk lagi.btw dia ni masih single kan
Quote lasagna 24-12-2021 08:20 AM
delia3003 replied at 23-12-2021 07:45 PM
Rajin pulak I google umur LD, baru 47 tahun ka, Hugh Jackman dan Daniel Craig lagi tua tapi tetap  ...

mostly pelakon US ni dah tua baru nmpk kematangan n mantap, tp bab LD ni trkecuali laa sbb mengelebar. sib baik ada rupa. kalau dia kuruih kan sket body mcm si Jonah Hill mesti ramai ppuan hurung vontot heols.

Quote Shazid 24-12-2021 10:20 AM
Wow, hebat!!!

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 06:34 PM GMT+8 , Processed in 0.054828 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top