CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Caca Sedih Dengar Penduduk Jerit Minta Tolong

23-12-2021 10:19 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3029| Komen: 12

Description: Mendiami antara lokasi paling teruk dilanda banjir iaitu Taman Sri Muda di Seksyen 25, Shah Alam, pelawak Caca sedih mendengar penduduk menjerit meminta tolong pada waktu malam gara-gara bantuan lamba ...
Mendiami antara lokasi paling teruk dilanda banjir iaitu Taman Sri Muda di Seksyen 25, Shah Alam, pelawak Caca sedih mendengar penduduk menjerit meminta tolong pada waktu malam gara-gara bantuan lambat sampai ke kawasan perumahan itu.


Caca atau nama sebenar, Abdul Halim Abdul Malek yang juga bekas peserta musim keempat program realiti, Raja Lawak menetap di Flat Mediterranean di Taman Sri Muda, sejak 1995.

"Jika tidak silap, kali terakhir banjir di kawasan ini adalah pada 1995. Namun, ketika itu, paras air tidak tinggi... Setakat pinggang.

"Berbeza kali ini, air mencecah tingkat pertama flat saya. Rumah saya di tingkat empat.... Alhamdulillah. Rumah saya selamat cuma ada kebocoran akibat hujan lebat.

"Namun, kereta saya tenggelam dan gerai yang diusahakan di bawah rumah juga rosak. Barang-barang perniagaan semuanya hanyut dibawa arus.


"Namun, itu bukan masalah yang dianggap terlalu besar buat saya. Saya lebih sedih melihat keadaan sekeliling yang menghadapi ujian lebih berat daripada saya," katanya kepada BH Online.



Caca berkata, insiden kedai runcit dipecah masuk paling menyentuh hatinya. Dakwa Caca, perlakuan itu dipercayai berpunca daripada pihak yang terdesak gara-gara bantuan makanan lambat tiba.

"Bantuan lambat sampai dan ramai yang tidak boleh bersabar. Apabila malam, boleh dengar mereka menjerit minta tolong.

"Itu yang membuatkan saya terlalu sedih. Kita faham mereka ada anak kecil, ada yang tiada makanan, susu dan sebagainya," katanya.

Caca mendakwa bantuan makanan kepada penduduk Taman Sri Muda tiba lambat.

"Tiada bantuan sampailah hari ketiga, baru betul-betul ada stok makanan. Itu pun selepas air surut, baru bantuan makanan sampai.

"Bantuan diagihkan ke kawasan rumah teres di bahagian belakang rumah pangsa ini. Di flat ini, tiada bantuan diterima.

"Namun, hari ini, banyak wakil dari pertubuhan bukan kerajaan (NGO) datang beri bantuan," katanya.

Caca berterima kasih kepada semua pihak yang prihatin dengan nasib mereka termasuk pihak yang tidak lelah berulang-alik menghulurkan barangan keperluan.

"Semoga Allah membantu segala kebaikan mereka. Terima kasih menjadikan klip video Taman Sri Muda viral kerana sebelum ini, kurang mendapat perhatian," katanya.

Caca berkata, usaha membersihkan Taman Sri Muda dianggap sangat penting.

"Jika ada sukarelawan yang tampil membantu, Alhamdulillah. Kalau mahu mengharapkan kami, memang tidak mampu sebab terlalu teruk," katanya.

Caca berkata, selepas empat hari banjir melanda, dia lega melihat air makin surut. Namun, hujan lebat mulai jam 4 pagi tadi menggusarkan dirinya.

"Air sudah mula naik tetapi tidaklah pada paras bahaya... Hanya sampai betis," katanya.



Bagaimanapun, Caca berdoa agar hujan dapat membersihkan sisa lumpur yang melekat.

Ketika dihubungi, Caca memberitahu bateri telefon pintarnya berada pada tahap kritikal dan rumahnya terputus bekalan elektrik.

"Bekalan elektrik masih tiada. Saya bergantung kepada 'power bank' yang dipinjam daripada kawan," katanya.

Cada berkata, penduduk sedar Tenaga Nasional Berhad (TNB) bimbang andai bekalan elektrik disambung akan berlaku pintasan elektrik dan sebagainya.

"Kami mohon buatlah yang terbaik untuk kami. Apabila tiada bekalan elektrik, banyak hubungan terputus. Kita tidak tahu mungkin ada yang sakit dalam rumah," katanya.


Sumber: BH Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 23-12-2021 10:24 AM
Tu pun nak bukak benang? Lain la caca marba ni berguling2 dalam hujan macam movie pompuan dan dot dot dot. Cam sial je gosip2 skrg ni
Quote kelip2_07 23-12-2021 10:30 AM
caca= abdul halim???

jauh larinyeeee
Quote dudaberhias 23-12-2021 10:41 AM
ingatkan caca maembong kopok losong tu...
Quote Thunderclouds 23-12-2021 11:53 AM
dudaberhias: ingatkan caca maembong kopok losong tu...


Ntahnye. ..Gigih bkk tered nk baca. Clickbait sajork

Quote doubleharmonic 23-12-2021 01:14 PM
ko bubuh nama caca sempena ropa sendu kau yang macam caca tu ke hah noreen?

maksud caca:

Quote cikatilia 23-12-2021 04:34 PM
caca who?

ini pon jadi topic ka apooo
Quote Belibis 23-12-2021 05:10 PM
Ingatkan caca mambong.
Quote faraway1 23-12-2021 05:16 PM
Kenapa caca?


Ianya tahi kalau kat sini
Quote umbut 23-12-2021 07:37 PM
Caca..tukarler nama lain..x seiring ngan muka..
Quote sukacactus 23-12-2021 07:40 PM
Oh ingatkan adik timoh dah td
Quote Mikaella 27-12-2021 08:31 AM
nasib baik aku duduk Bukit Bintang. dulu ramai cerca aku duduk kawasan mahal. sebab aku tahu kawasan murah memang banyak risiko bencana alam, jenayah & sosial.
Quote Cik_jantung 27-12-2021 11:46 AM
Edited by Cik_jantung at 16-1-2022 07:24 PM

............

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 03:05 AM GMT+8 , Processed in 0.047849 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top