CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dipaksa Pengurus Kongsi Habuan, Pelayan Dipecat Lepas Dapat Tip Besar

23-12-2021 10:50 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2820| Komen: 12

Description: Dua pelayan di Arkansas telah menerima tip sebanyak $4,400 (RM18,561), namun salah seorang daripadanya dipecat selepas pengurusnya menyuruh pelayan itu untuk berkongsi tip tersebut dengan kakitangan l ...
Dua pelayan di Arkansas telah menerima tip sebanyak $4,400 (RM18,561), namun salah seorang daripadanya dipecat selepas pengurusnya menyuruh pelayan itu untuk berkongsi tip tersebut dengan kakitangan lain.


Pemberian itu diterima daripada Grant Wise iaitu seorang ahli perniagaan yang makan di restoran Oven and Tap yang berpuas hati dengan servis dua pelayan berkenaan.

Menurut laporan Fox 59, pada masa itu, Ryan Brandt dan seorang lagi pelayan lain sedang mengendalikan pesta untuk lebih 40 orang di restoran Oven and Tap di Bentonville.


Grant Wise (kiri) dan Ryan Brandt (kanan)

Grant Wise memberitahu, dia tahu para pelayan benar-benar terjejas akibat pandemik Covid-19 dan bermurah hati untuk membantu mereka dengan memberikan tip itu.

Namun, pengurus restoran mengarahkan Brandt untuk berkongsi tip itu dengan kakitangan lain yang tidak mengendalikan pesta tersebut.

Perkara seperti itu belum pernah terjadi selama tiga tahun wanita itu bekerja di sana.

“Saya diberitahu untuk memberikan wang tip kepada pengurus syif restoran dan saya akan membawa pulang 20 peratus,” katanya.

Apabila Wise yang memiliki syarikat hartanah bernama Witley mengetahui tindakan bos restoran itu, dia meminta restoran terbabit mengembalikan tip tersebut sebelum menyerahkan $2,200 (RM9,280) terus kepada Brandt.



Tetapi, Brandt telah dipecat pada hari berikutnya melalui telefon, setelah hampir empat tahun bekerja di sana.

Dalam satu kenyataan, Oven and Tap berkata, Brandt dipecat atas sebab yang tidak berkaitan dengan insiden pemberian tip itu.

Restoran itu mendakwa ia ‘menghormati sepenuhnya’ permintaan pemberi tip yang bermurah hati untuk memberi ganjaran kepada dua pelayan mereka semasa di pesta itu.

“Selepas pesta itu, kumpulan tetamu ini meminta tip mereka diberikan kepada dua pelayan yang telah melayan mereka.

“Kami menghormati penuh permintaan mereka,” kata restoran itu.

Sementara itu, restoran itu juga tidak menyatakan sebab sebenar kenapa Brandt dipecat.

“Pelayan yang diberhentikan beberapa hari selepas pesta itu tidak diberhentikan kerana dia memilih untuk menyimpan tip,” katanya.


Kredit foto: Daily Mail

Menurut pengurusan restoran itu, seorang lagi pelayan wanita yang menerima tip besar pada petang itu daripada syarikat Witley masih lagi menjadi pekerjanya.

Sebagai tindak balas, Grant Wise memulakan pengumpulan dana GoFundMe untuk Brandt yang kini berjaya mengumpul lebih daripada $8,700 (RM36,700) pada pagi Isnin lalu. 


Sumber: Suara Merdeka

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kelip2_07 23-12-2021 10:52 AM
dengki ke??
Quote faraway1 23-12-2021 10:58 AM
Aiyo tips kan hak pelayan tu, napa kena kongsi pula, sebab banyak? Kalau 10 dollars, sure tak heran
Quote Skuau 23-12-2021 11:12 AM
"kalau dia bg terus kt ko...tip tu ko punya la...kalo letak kat buku..tu tips kita semua la"-pengurus
Quote 234126 23-12-2021 12:08 PM
Bagus berbenti je dari kerja tempat toxic. 4 tahun dia tahan kesian nya [em:8:]
Quote Skuau 23-12-2021 12:12 PM
234126 replied at 23-12-2021 12:08 PM
Bagus berbenti je dari kerja tempat toxic. 4 tahun dia tahan kesian nya [em:8:]


satgi....pemalas... lu takmok...manggala mok...itu kalo...kek Msia...
Quote hareeeesah 23-12-2021 12:15 PM
Yihh.. banyak tu. Rezeki betul. Semoga dapat kerja lain
Quote Artemesiaa 23-12-2021 12:37 PM
Ada yang cemburu tak dapat bahagian gaknya
Quote doubleharmonic 23-12-2021 12:43 PM
Tetapi, Brandt telah dipecat pada hari berikutnya melalui telefon, setelah hampir empat tahun bekerja di sana.

Dalam satu kenyataan, Oven and Tap berkata, Brandt dipecat atas sebab yang tidak berkaitan dengan insiden pemberian tip itu.


apa noreen sangat perangai ko ni? dah kalau bukan sebab tip tu apesal ko pecat dia hari esok tu hah noreen? dah la main pecat dalam talipon jah?
Quote imanamsyar 23-12-2021 03:46 PM
doubleharmonic replied at 23-12-2021 12:43 PM
apa noreen sangat perangai ko ni? dah kalau bukan sebab tip tu apesal ko pecat dia hari esok tu ha ...

hahaaaa..ape cite semua nama jadi noreen ni..i is tertinggal ketapi ke..
Quote dua_chzy 23-12-2021 03:59 PM
Tips hak sepenuhnya pelayan ya. Koser la bos tu. Dengki sangat. Pekerja lain (jika hada yang menghasut) pun sama.
Quote doubleharmonic 23-12-2021 05:00 PM
imanamsyar replied at 23-12-2021 07:46 AM
hahaaaa..ape cite semua nama jadi noreen ni..i is tertinggal ketapi ke..

noreen = babik


[CariVideo]202112up_16397310493[/CariVideo]


[CariVideo]202112up_1639730691146[/CariVideo]
Quote AKAZ85 23-12-2021 05:26 PM
Eh.. Rezeki orang tu dapat tips lebih yang bos dia pi dengki paksa kongsi dengan yg xde kena mengena tu dah kenapa??

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 07:30 AM GMT+8 , Processed in 0.055311 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top