CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Belum Dapat Bantuan, Linda Rafar Sewa Penginapan Airbnb

22-12-2021 06:17 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 13515| Komen: 87

Description: Pelakon dan penyanyi, Linda Rafar memaklumkan dia juga merupakan antara mangsa banjir yang teruk terkesan sehingga terpaksa menyewa penginapan dalam talian, Airbnb.
Pelakon dan penyanyi, Linda Rafar memaklumkan dia juga merupakan antara mangsa banjir yang teruk terkesan sehingga terpaksa menyewa penginapan dalam talian, Airbnb.


Linda atau nama sebenarnya, Azlinda Rafar, 43, berkata, dia dan keluarga yang menetap di Seksyen 13, Shah Alam, Selangor bagaimanapun reda dengan ujian Allah SWT.


Kredit foto: IG Linda

“Hari pertama banjir pukul 12 tengah hari, air dah mula naik. Beberapa jam selepas itu, bekalan elektrik terputus dan lif tak boleh pakai. Kami naik turun tangga dah empat hari.

“Memang sedih tapi kami fikir positif sahaja. Allah uji sebab sayang dan sebab Dia nak kita lagi dekat dengan-Nya,” katanya kepada Kosmo! Online.


Ditanya jumlah kerugian yang terpaksa ditanggung disebabkan bencana banjir yang melanda, ahli kumpulan Elite itu bagaimanapun tidak mahu mendedahkan tentang perkara tersebut.

“Apa yang saya boleh saya cakap, saya reda dengan apa yang berlaku. Tidak ada bantuan daripada pihak kerajaan mahupun mana-mana badan kebajikan setakat sekarang.

“Rumah masih belum okey. Masih tiada bekalan air dan lif rosak. Sekarang ini, saya sewa penginapan dalam talian, Airbnb,” ujarnya.



Kata pemilik jenama LR Hijab itu lagi, apa yang berlaku merupakan teguran daripada Allah. Semua pihak perlu berlapang dada, muhasabah diri dan berhenti menuding jari siapa salah, siapa benar.

“Semua diuji. Besar periuk, besarlah kerugian. Sederhana periuk, sederhanalah kerugian dan kecil periuk, maka kecillah kerugian.

“Apa-apapun, tetap sama diuji oleh Allah dengan musibah banjir dan perkara lain,” katanya.



Terdahulu, banjir kilat sekali lagi melanda beberapa kawasan di Shah Alam berikutan hujan lebat sejak malam tadi.

Menurut akaun Twitter rasmi @plustrafik, setakat pukul 9.15 pagi tadi, banjir kilat telah menyebabkan penutupan beberapa lorong di tol plaza Shah Alam di Lebuhraya Elite. 


Sumber: K! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Orix 22-12-2021 02:37 PM
mcm iols aritu kowserrr kena pkpd 2 mggu xleh keluar, cepat2 cabut duk airbnb 2 mggu... sehari rm58 je..
Quote laksmanabentan 22-12-2021 02:40 PM
dia duduk service apartment acapella kannn....
bersabar la yaa....
Quote Trumpettt 22-12-2021 03:18 PM
Semoga tabah...in a way periuk dia besar ye.
Quote naina 22-12-2021 03:47 PM
Oh ingat rumah landed house
At least taklah teruk sangat setakat takda letrik, air dan lif rosak. Banding orang lain semua musnah.
Quote kelip2_07 22-12-2021 03:48 PM
ooo igt dduk umah teres
Quote cheezel 22-12-2021 03:51 PM
Oo patutla xbg org post gembira kt medsoc rupanya dia kena banjir gak
Quote princessmiang 22-12-2021 04:01 PM
untungla mampu dok airbnb..... orang lain yg tak mampu dok PPS bersesak baring atas lantai sajorkkkkkk.. ko mampoo dok sofa
Quote neve4881 22-12-2021 04:04 PM
sejak bile sheols duk acapella tu? setahu iols umah dia kt seksyen 9, dkt dgn restoran cili merah tu...ke tu rumah org lain?
Quote suka2 22-12-2021 04:25 PM
neve4881 replied at 22-12-2021 04:04 PM
sejak bile sheols duk acapella tu? setahu iols umah dia kt seksyen 9, dkt dgn restoran cili merah tu ...

Umah seksyen 9 tu umah parents sheols...
Quote bottombikini 22-12-2021 04:26 PM
neve4881 replied at 22-12-2021 04:04 PM
sejak bile sheols duk acapella tu? setahu iols umah dia kt seksyen 9, dkt dgn restoran cili merah tu ...

weh ..ada lagi ke resto cili merah tu
aritu cari kat sek18 dah totop
aiyoo teringat laksa dia yg sodap
plus bihun sup utara yg meriah dgn dagin

Quote neve4881 22-12-2021 04:27 PM
bottombikini replied at 22-12-2021 04:26 PM
weh ..ada lagi ke resto cili merah tu
aritu cari kat sek18 dah totop
aiyoo teringat laksa dia yg s ...

wujud lagi uols...harga da makin yahudi n da x sesedap doluuuu
Quote bottombikini 22-12-2021 04:30 PM
neve4881 replied at 22-12-2021 04:27 PM
wujud lagi uols...harga da makin yahudi  n da x sesedap doluuuu

gitiewww..semua feeling niaga kat tel aviv ya

yelah cerita iols tu pun pada kurun hujung 90an

Quote tasha 22-12-2021 04:31 PM
Aritu tunjuk cm landed property...mybe kurang job kot
Quote hareeeesah 22-12-2021 04:42 PM
Trumpettt replied at 22-12-2021 03:18 PM
Semoga tabah...in a way periuk dia besar ye.

Tula macam menyempat nak selit indirect way kan… tp atleast rumah dia atas tu tak affected la kot kan kereta kayangan mungkin..
Quote Loh_83 22-12-2021 04:44 PM
haah kan. Kadang2 perasan IG dia update rumah dia mcm landed house.

Quote AbukRokok 22-12-2021 04:50 PM
Orix replied at 22-12-2021 02:37 PM
mcm iols aritu kowserrr kena pkpd 2 mggu xleh keluar, cepat2 cabut duk airbnb 2 mggu... sehari rm58  ...

senyap2 je ehhhh.. klu tau dek raykat meroyan mureka hari tu

Quote Orix 22-12-2021 04:54 PM
AbukRokok replied at 22-12-2021 04:50 PM
senyap2 je ehhhh.. klu tau dek raykat meroyan mureka hari tu

ala, iols duk airbnb tu pun ibarat pkpd jugek, duk je terperuk siang wfh, malam layan netflix cuma bebas la nak ke sana ke sini bila rs nk keluar tu...
Quote neve4881 22-12-2021 04:59 PM
Loh_83 replied at 22-12-2021 04:44 PM
haah kan. Kadang2 perasan IG dia update rumah dia mcm landed house.

haaa...selama ni kalo sheols up rumah mmg landed property...memati la iols ingat tu rumah dia...yg seksyen 9 tuuu...rupanya
Quote awex^returns 22-12-2021 05:07 PM
princessmiang replied at 22-12-2021 04:01 PM
untungla mampu dok airbnb..... orang lain yg tak mampu dok PPS bersesak baring atas lantai sajorkkkk ...

jangan sebut sofa dan dia ni
terus aku teruingat cik tek dia ngan edry
euwwwww

Lihat semua komen(87)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 07:21 PM GMT+8 , Processed in 0.058798 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top