CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

'Memang Balasan Allah, Tapi Jangan Lupa Banjir Berpunca Dari Tangan Kita Juga' - Iwan Syahman

22-12-2021 07:07 PM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 3658| Komen: 15|Original author: LilRose

Description: Iwan Syahman mengingatkan golongan fanatik agama bahawa bencana banjir yang sedang melanda Malaysia kini bukan saja ujian daripada Allah SWT, malah ia turut berpunca daripada manusia sendiri.
Iwan Syahman mengingatkan golongan fanatik agama bahawa bencana banjir yang sedang melanda Malaysia kini bukan saja ujian daripada Allah SWT, malah ia turut berpunca daripada manusia sendiri.



Kredit foto: BH/Kosmo

Memetik Kosmo Online, Raja Dangdut Malaysia yang kini bergelar seorang pendakwah itu memandang serius dakwaan segelintir pihak fanatik agama bahawa bencana banjir yang sedang dihadapai rakyat Malaysia adalah balasan daripada Allah.

“Setiap apa yang terjadi, ada hikmah di sebaliknya. Setiap apa yang terjadi juga memang ujian daripada Allah SWT.

“Tapi, jangan kita lupa dan alpa bahawa, setiap apa yang terjadi juga berpunca daripada tangan-tangan kita (manusia) itu sendiri,” katanya kepada Kosmo! Online.

Iwan atau nama sebenarnya Wan Syahman Wan Yunus berkata demikian ketika ditemui pada majlis pernikahan anaknya, Oktovia Manrose malam tadi.


Kredit foto: Trending Sangat

“Sebenarnya, untuk mendapatkan keberkatan dan menjauhkan kemurkaan Allah, kita kena berpegang teguh dengan ajaran agama.

“Nak capai apa-apa kejayaan dan hilangkan segala bentuk bencana, kita perlu berbalik kepada perintah Allah dan sunnah Rasullullah. Tanya diri adakah kita jaga hubungan sesama makhluk?" ujarnya.

Iwan juga menegaskan bahawa Allah maha pengampun jika hambanya melakukan dosa, namun sekiranya dosa sesama makhluk, sampai kiamat kita kena cari untuk memohon ampun.

Jika dilihat hantaran dan komen di laman sosial, segelintir pihak menyalahkan bencana banjir berpunca akibat kealpaan manusia pada Sang Pencipta dan sering bergelumang dengan maksiat. - CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote awenda507 22-12-2021 07:13 PM
setuju sgt dgn wan
Quote pinksarah 22-12-2021 07:21 PM
"Tanya diri adakah kita jaga hubungan sesama makhluk?"

statement Iwan yg ni sgt deep...

bawa2 lah berfikir..

jgn tau nak menuduh je
Quote dino 22-12-2021 09:30 PM
pinksarah replied at 22-12-2021 07:21 PM
"Tanya diri adakah kita jaga hubungan sesama makhluk?"

statement Iwan yg ni sgt deep...

tepat skali apa iwan sbut tu.. ni skit2 maksiat
hari2 manusia diuji.. takyah tunggu buat maksiat…

point utama kena tgk.. pembangunan tak terkawal… rasuah… manusia buang sampah merata… dan jauh skali sbb kutuk sohai kepam bodo laki bini tu
Quote Hoola 22-12-2021 09:34 PM
Deep.......halus ...smoothhh
Quote dudaberhias 22-12-2021 09:35 PM
Setuju sangat, ni baru jawapan betul untuk segala musibah. Semua patut revert balik pada diri sendiri, tak main la acik pakcik mat rempit & cikki sekolah agama darjah 1 pun tak lepas yang gigih membalakan itu ini. Tapi diri sendiri sembahyang pun tunggang langgan, baca quran pun tak pernah, muqadam pun baru habis separuh. Dekat ig pulak follow jantan2 dan pompuan seksi. Sekadar sembang takut bala tapi hanya waktu banjir, waktu2 lain terkinja2 jugak kehulu kehilir.
Quote OyaTonggek 22-12-2021 09:56 PM
itulah tu..asik2 ckp manusia bnyk buat maksiat..meols x boleh brain laa tgk komen2 acah2 terpalinggg..
Quote doubleharmonic 22-12-2021 10:06 PM
bukan acik2 porem jugak ke yang suka cash kan orang lah allah bayar cash lah bagai?
Quote umbut 22-12-2021 10:51 PM
Balik2 bala dosa maksiat. Yes.. Kita semua pendosa. Dah tu negara kapir yg xda bencana camner pulakkkkk.. Peringatan juga jgn buang sampah merata.. Parit longkang sumbatt. Pembangunan sana sini tarah sana sini tapi bab perparitan dan sistem amaran kawalan bencana tak buat betul2.
Quote one_piece 22-12-2021 10:57 PM
baru tau oktovia tu anak dia..
Quote BartholomewKuma 23-12-2021 05:30 AM
Setuju benar pandapat yang ni
Quote gideoncross 23-12-2021 10:36 AM
Panas juboq lah Suhaimi Saad bca ni hahahaha.
Quote byz_87 23-12-2021 10:46 AM
buang sampah merata, dalam parit, longkang, sungai sampai tersumbat sistem perparitan

bila orang tebang hutan marah, tp sendiri masuk hutan bawa sampah, pastu tinggalkan melonggok dalam hutan, mcm kes kat sungai pisang tu, should be reminder to self juga
Quote NFBZCantik 23-12-2021 03:51 PM
**thumbs up**
Quote addamnor 23-12-2021 04:13 PM
doubleharmonic replied at 22-12-2021 10:06 PM
bukan acik2 porem jugak ke yang suka cash kan orang lah allah bayar cash lah bagai?

Acik2 forum pun ramai yang Allah cash kan mereka dengan bala banjir di shah alam & klang + pahang.. padan muka mereka yang mulut jahat di forum Allah taala turunkan bala rumah hancur rosak tenggelam dek lumpur. Lihat forum tak berapa nak meriah dngn komen bukan?  masing2 tengah menggelupor sental lumpur setebal lima nam kaki.. metaphor kepada tebalnya dosa gigih menyebar fitnah dan cashkan orang di forum
Quote hotmak 23-12-2021 04:14 PM
iwan ni duduk mana skrg

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 06:51 PM GMT+8 , Processed in 0.109405 second(s), 60 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top