CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Laki Bini Nak Beli Kucing Mahal Tapi Pakai Duit Palsu, Kan Dah Mendapat!

23-12-2021 05:58 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5156| Komen: 62

Description: Sepasang suami isteri mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Alor Gajah hari ini atas pertuduhan membeli dua ekor kucing parsi menggunakan wang palsu, dua minggu lalu.
Sepasang suami isteri mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Alor Gajah hari ini atas pertuduhan membeli dua ekor kucing parsi menggunakan wang palsu, dua minggu lalu.


Tertuduh, Mohammad Norkieflee Abdul Raheem, 22, dan isterinya, Nurul Farah Syafiqah Abdul Aziz, 24, membuat pengakuan itu sejurus pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Afizi Othman.


Mohammad Norkieflee Abdul Raheem dan Nurul Farah Syafiqah Abdul Aziz gagal membayar jaminan tersebut dan dihantar ke Penjara Sungai Udang, Melaka. - UTUSAN/DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA

Mengikut pertuduhan, tertuduh secara bersama-sama menggunakan wang palsu sebanyak 53 keping bernilai keseluruhan RM2,500 untuk membeli dua ekor kucing parsi.


Tindakan itu dilakukan tertuduh pada pukul 2.25 pagi di tepi jalan berhampiran Plaza Tol Ayer Keroh pada 11 Disember lalu.

Sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan hendaklah dikenakan denda mengikut Seksyen 489B Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 akta sama.

Terdahulu, Mohammad Norkieflee yang tidak diwakili peguam bagaimanapun merayu agar hukumannya dan isteri diringankan dengan alasan dia tidak mengetahui wang tunai terbabit adalah palsu, malah ia didapati hasil daripada permainan judi dalam talian.


Kucing Parsi dan wang palsu yang dirampas dua rakan. FOTO Ihsan Polis

Tambahnya, ketika kejadian dia turut membawa ketiga-tiga anaknya berusia antara 2 sehingga 5 tahun yang teruja untuk membela kucing berkenaan.

Selepas mendengar rayuan tersebut, mahkamah kemudian menolak pengakuan bersalah yang dibuat pasangan itu kerana ia telah menjadi pengakuan bersyarat.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Puteri Nur Nadia Mohamed Iqbal kemudian mencadangkan jaminan sebanyak RM20,000 dikenakan terhadap setiap seorang.

Afizi membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM15,000 setiap seorang dan menetapkan tarikh 28 Januari tahun hadapan sebagai sebutan semula kes. Tertuduh bagaimanapun gagal membayar jaminan tersebut dan dihantar ke penjara Sungai Udang. 


Sumber: K! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 23-12-2021 06:04 PM
Tak mampu bela jer ler kucing biasa banyak je orang buang dijalanan comel2 semua satu sen tak perlu bayar.
Quote Nenasketum 23-12-2021 06:05 PM
Scammer sekarang ni ramai melayu. Kawan aku polis citer, depa ni duk laki bini dalam condo yang tinggi2. Kebanyakkan pakai tudung labuh, grad kendian depa saspek siap tukau2 bini. Semoga seluruh ahli keluarga scammers mati dalam keadaan menjijikkan
Quote mbhcsf 23-12-2021 06:13 PM
hmm, dah ke penjara dek dua ekoq kucing fluffy felines ni.
Quote makadek 23-12-2021 06:51 PM
Dah tau miskin nk gak kucing mahal
Aku tk eran meow gebu2 ni
Kucing kg pn cukupla asal manja
Quote lasagnaklcc 23-12-2021 06:56 PM
Dia pon kena scam jgk. Tu bkn persian. Tu DLH. Jual mahal plak tu.
Quote TetapBitter 23-12-2021 07:02 PM
lasagnaklcc replied at 23-12-2021 06:56 PM
Dia pon kena scam jgk. Tu bkn persian. Tu DLH. Jual mahal plak tu.

kucen parsi yg idung penyet ke?
i pun ade DLH ni sekor kt rumah, mendiva je kojer nyer tp dtg manja dia mmg manja betui
tdo pun nk kt kelengkang je
Quote buapakperut 23-12-2021 07:15 PM
tak pasal2 terpaksa tinggal anak kecik2. Dahla duit palesu, dapat Dari main Judi lak tu
Quote edayildiz 23-12-2021 07:25 PM
kucenn jalanan free tamo pulakk...i thn dpn kot bela kucen jalanan sekoq..i nak transform heshe jd hensem mcm bsh..tunggu..tp skrg xbela lg sbb heshe dk warded..boss i jmpa kt kantin ofis kucen tu kritikap..nsb baikk dh slmt..pastu takde org nk bela..i la tkg bela..boss i tu ckp dia akan tanggung kucen tu..dun worry katanya
Quote kotakominami 23-12-2021 07:41 PM
Die nak beli kucing mahal nanti mentenen mahal pon tKde duit...bela saje kucing kg byk je comel..bg mkn RC sekali sekala gebu lah
Quote umbut 23-12-2021 07:45 PM
Nenasketum replied at 23-12-2021 06:05 PM
Scammer sekarang ni ramai melayu. Kawan aku polis citer, depa ni duk laki bini dalam condo yang ting ...

Bila x bertudung dikata jahat. Yg bertudung je baik. Walhal yg bertudung ni byk munafik hipokrit penunggang bersembunyi disebalik tudung cam scammer dan pk raihan romen laki org..hahaha
Quote Belibis 23-12-2021 08:34 PM
buapakperut: tak pasal2 terpaksa tinggal an ...

Tu mungkin sebagai alasan jer..
Seb baik tak bayar ikat jamin guna duit pelesu jugak..
Quote TetapBitter 23-12-2021 08:37 PM
kotakominami replied at 23-12-2021 07:41 PM
Die nak beli kucing mahal nanti mentenen mahal pon tKde duit...bela saje kucing kg byk je comel..bg  ...

ye kucen kg atau stray tu hantar pegi spay/neuter
pstu bagi cukup kasih syg, vax, cukup nutrien, mandi sebulan sekali
confirm gebussss dan dia flip bulu je tgk kucen2 stray yg lain lepas dimanjakan sebegitu
Quote me12345 23-12-2021 09:05 PM
22 tahun dah buat jenayah dan menipu eh...famaknye bersepah duit palsu gi beli shopping kt kedai biasa, pasar etc
Quote Decaffeinated 23-12-2021 09:49 PM
Tambahnya, ketika kejadian dia turut membawa ketiga-tiga anaknya berusia antara 2 sehingga 5 tahun yang teruja untuk membela kucing berkenaan.


umur baru 22 anak siapa yang ko bawa tu dek?

Quote miu84 23-12-2021 09:56 PM
Uii umo 17 tahun si suami ni da dpt anak
Quote bakingsoda 23-12-2021 10:03 PM
yg semekin camni biasanya bela kucing mahal utk dikerah tenaga jadi income generator. jd aku syak tujuan dibeli (curi sbb guna duit pelesu) sbb nak buka ladang ternakan. hidup kucing gini mmg sedih berbanding kucing stray yg orang kutip bela. orang berduit dan keje professional yg aku personally kenal elok jah bela kucing stray, tapi dimandulkan dan hidup mcm boss makan tido 24 jam takyah buat kerja pape nak dapat upah. sebaliknya kucing mahal ni kena kekal produktif beranak 2-3 kali setahun utk suap tuan pemalas dorang. diberi makan elok bukan sbb disayangi tapi semata2 nampak presentable utk content/tarik pembeli dan cukup sihat untuk memastikan boleh beranak sebanyak/sekerap mungkin. tapi kebanyakan kena humban dalam sangkar mcm reban ayam jah sbb yg penting baka utk menghasil anak2 gebu, ye la yg nak dijual anak2 tu khenn. yang dapat layanan lagi buruk tinggal dlm reban panas ni biasanya yg baka mixed sbb jual pon lagi murah, yg purebreed ni kasta atas sikit ada yg letak dlm ac (bakalan diselit dlm kos jual hokeh) tapi tetap la dua2nya dibabukan sampai sakit/mati. breeders = noreen
Quote doubleharmonic 23-12-2021 10:11 PM
ko punya hantaran mas kahwin semua pakai duit pelesu jugak ke hah noreen? senang jah keja main judi dalam talian? gdbet333 sangat ko ni kan noreen lepas tu play victim claim tak tahu kena tipu bagai? apa noreen sangat perangai ko ni?
Quote TeropongThaico 23-12-2021 10:13 PM
Camne dia dpt duit dr mesin judi tu. Duit palsu lak tu.... Kalau bank in confirm tulen. Ke dia main dkt pusat judi

Ai inesen bab2 ni
Quote TeropongThaico 23-12-2021 10:14 PM
edayildiz replied at 23-12-2021 07:25 PM
kucenn jalanan free tamo pulakk...i thn dpn kot bela kucen jalanan sekoq..i nak transform heshe jd h ...

Lain macam punya baik boss u tu

Lihat semua komen(62)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 04:29 PM GMT+8 , Processed in 0.209625 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top