CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tembak Mati Anak Menantu Sebab Dendam Dengan Anak Perempuan

24-12-2021 11:18 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3192| Komen: 13

Description: Seorang bapa dilaporkan menembak mati anak perempuan dan menantunya sebelum menghantar jarinya yang dipotong kepada bekas isterinya, lapor akhbar New York Post semalam.
Seorang bapa dilaporkan menembak mati anak perempuan dan menantunya sebelum menghantar jarinya yang dipotong kepada bekas isterinya, lapor akhbar New York Post semalam.


Osman Shaptafaj membunuh anak perempuannya, Lindita Musai, 25 dan menantu, Veton, 29, kerana berasa tidak dihormati selepas pasangan itu  enggan memaklumkan kepadanya bahawa mereka sudah berkahwin.


Kredit foto: Daily Mail

Lelaki itu dikatakan menakut-nakutkan ahli keluarganya sepanjang kehidupan mereka sebelum insiden tembakan itu berlaku pada malam Tahun Baru 2019 di Yarraville, barat Melbourne, Australia.

Pasangan itu ditembak pada jarak dekat di belakang kepala ketika berada di anjung rumah keluarga mereka.

Lindita meninggal di tempat kejadian manakala Venton bertarung nyawa sehingga keesokan harinya, lapor akhbar Mail Online.

Suspek cuba membunuh diri dengan melepaskan dua das tembakan pada kepalanya, namun dilaporkan terselamat.


Shaptafaj

Menerusi kenyataan di mahkamah pada Selasa lalu, lelaki itu dikatakan mengancam keluarganya selama bertahun-tahun sebelum berjaya melepaskan diri pada 2008.

Arben Shaptafaj, abang Lindita yang turut menjadi mangsa memberitahu mahkamah bahawa bapanya mahu membalas dendam terhadap anak perempuannya selama bertahun-tahun.

Menurut Daily Mail, Shaptafaj rasa tidak dihormati apabila tidak dimaklumkan mengenai perkahwinan anaknya itu.

Ketika kejadian, pasangan itu baru sahaja pulang daripada menyambut ulang tahun pertama perkahwinan mereka. 

Osman berdepan hukuman penjara seumur hidup tanpa parol, manakala Hakim Andrew Tinney yang mengetuai perbicaraan memberi amaran bahawa dia akan mati di penjara.


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote airmineral 24-12-2021 01:20 PM
org ape ni? lain mcm dendamnya
Quote Shazid 24-12-2021 02:25 PM
OMG!!! setan betul!
Quote musangbodoh 24-12-2021 02:54 PM
hahaha...terbaik
Quote jazaa100 24-12-2021 03:05 PM
Cantik ank dia.....

Yg cantik, yg baik...ramai dah pergi dulu, yg tinggal muka ramai yg muka tak brp siap mcm friska trisna....
Quote Aikiko 24-12-2021 04:34 PM
Keturunan muslim kan...nama osman tapi[em:6:]
Quote Artemesiaa 24-12-2021 04:38 PM
Terlalu marah boleh buat orang hilang pertimbangan
Quote gbam 24-12-2021 10:21 PM
orang asal Albania ni
Quote CikYaYaYa 24-12-2021 11:33 PM
omg psikoo ke jantann nie.
Quote tumpanglalu74 24-12-2021 11:41 PM
22832712-10334455-The_couple_were_found_on_the_front_porch_of_their_house_with_g.jpg
52085757-10334455-Lindita_Musai_left_had_been_trying_to_start_a_new_life_away_fr.jpg
Quote tikusmontok 25-12-2021 08:01 AM
jazaa100 replied at 24-12-2021 03:05 PM
Cantik ank dia.....

Yg cantik, yg baik...ramai dah pergi dulu, yg tinggal muka ramai yg muka tak br ...

Nak gelak
Quote Suchi 25-12-2021 08:32 AM
Dah macam Michael Myers Halloween tu asik duk dendam ngn kakak dia bertahun2.
Yg ni dendam ngn anak.
Quote genUmi 25-12-2021 08:59 AM
nama osman x semestinya islam


btw pada aku pasangan ni cantik dan hensem sangat
Quote nononcrux 28-12-2021 01:30 PM

sama cantik sama padan.. RIP

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 02:51 PM GMT+8 , Processed in 0.056652 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top