CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1115|Reply: 3

Studio Animasi Kita Bakal Pamer Kehebatan Di Ekspo 2020 Dubai

[Copy link]
Post time 23-12-2021 08:01 AM | Show all posts |Read mode
Peneraju ekonomi digital, Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) bakal mengetuai delegasi Malaysia ke Ekspo 2020 Dubai pada 9 hingga 15 Januari 2022 ini sebagai sebahagian daripada program Minggu Ekonomi Digital Malaysia.







Selain memberi tumpuan untuk meneroka peluang perniagaan dan menjalin kerjasama menerusi syarikat dari industri Kandungan Kreatif Digital Malaysia yang sedang berkembang pesat, Minggu Ekonomi Digital Malaysia di Ekspo 2020 Dubai berhasrat mempamerkan pencipta kandungan digital terbaik Malaysia di pentas global.  

Sebanyak 20 syarikat akan menyertai Pavilion Malaysia di Ekspo berkenaan termasuklah empat studio animasi ternama di negara ini.





Kredit foto: https://www.expo2020dubai.com/



Selaras dengan objektifnya untuk meneroka bidang kerjasama dan peluang perniagaan baharu di Timur Tengah serta 192 negara yang mengambil bahagian, Ekspo itu mensasarkan untuk menjana RM300 juta potensi peluang perdagangan dan pelaburan menerusi Memorandum Persefahaman (MoU) perkongsian perniagaan.

“Industri Kandungan Kreatif Digital adalah sektor penting bagi Malaysia. Melalui inisiatif seperti Geran Dana Kandungan Digital, MDEC telah membantu memupuknya menjadi industri bernilai RM7 bilion.

“Ekspo 2020 Dubai adalah peluang untuk kita pamerkan pencipta kandungan digital terbaik Malaysia di pentas global, selaras dengan  matlamat Pelan Tindakan Ekonomi Digital Malaysia (MyDIGITAL) untuk mempromosikan Malaysia sebagai kandungan kreatif digital hab,” kata Ketua Pegawai Eksekutif MDEC, Mahadhir Aziz.







Jom lihat studio animasi mana yang akan menyertai Expo 2020 Dubai. Bukan calang-calang studio tau!


1. Durioo

Ditubuhkan pada 2021 oleh pengasas dan minda kreatif dari Digital Durian, penerbit siri kartun popular Omar & Hana dan Didi & Friends mengumpul lebih 8 bilion tontonan dan 10 juta pelanggan di YouTube.







Siri itu juga dialih suara ke dalam 10 bahasa berbeza dan disiarkan di lebih 25 negara.

Berhasrat untuk menjadi platform pilihan untuk kanak-kanak Islam di seluruh dunia, Durioo menyasarkan untuk mencipta kartun intipati Islam berkualiti tinggi dan permainan mesra kanak-kanak, Durioo Games dan Durioo+ yang bakal dilancarkan tahun ini.


2. Zappy Production

Zappy Production yang bermula sebagai studio animasi grafik gerakan pada 2015 kini berada dalam industri pengiklanan dan pemasaran dengan menjadi agensi pengeluaran kreatif pelbagai disiplin yang bercabang kepada pelbagai perkhidmatan seperti  Augmented Reality atau AR, acara maya, platform dalam talian serta pelbagai multimedia interaktif.







Selain Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), Zappy Production juga bekerjasama dengan syarikat multinasional seperti PETRONAS, Shell, Pico, dan Amway.







Selain itu, Zappy Productions menghasilkan visual pelancaran majlis perasmian Sukan Sea KL 2017 serta kandungan pemetaan unjuran untuk acara itu sendiri.


3. The R&D Studio

The R&D Studio yang diasaskan pada 2011 telah menghasilkan kandungan untuk rakan kongsi seperti Disney, WarnerMedia, Sistem Penyiaran Tokyo, Astro, Primeworks, RTM serta untuk pelanggan korporat termasuk siri televisyen, telemovie, filem pendek, dokumentari, video muzik dan iklan.

Pencapaian ketara bagi studio itu adalah penghasilan sitkom televisyen aksi langsung, Disney's Wizards of Warna Walk (2018) - siri televisyen jangka panjang pertama oleh Disney di Asia Tenggara.







Batik Girl, filem pendek animasi pertama mereka dibuat untuk penonton peringkat global serta meneroka tema suka dan duka melalui dunia visual asli yang diilhamkan dari kraf tekstil batik Asia Tenggara.

Mereka juga menghasilkan filem pendek animasi, The Dalang’s Tale yang menyentuh tema keganasan rumah tangga melalui visual yang diilhamkan wayang kulit dan mendapat pengiktirafan dengan menjadi pilihan rasmi dalam lebih 60 festival filem di seluruh dunia serta memenangi pelbagai anugerah. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-12-2021 08:15 AM | Show all posts
Terbaik...tahniah!!!
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2021 01:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Eh tak payahlah habiskan duit rakyat dengan benda ni. Sebenarnya 90% untuk free holiday dan shopping je.
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2021 01:55 PM | Show all posts
Industri Animasi kita makin berkembang makin banyak negara suka meontonnya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 02:39 AM GMT+8 , Processed in 0.049733 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list