CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pucat Dan Lemah Di Rumah Pengasuh, Bayi 4 Bulan Maut

8-12-2021 12:25 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1729| Komen: 6

Description: Seremban: Bayi perempuan berusia empat bulan meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital selepas dilaporkan lemah ketika berada di rumah pengasuhnya di Taman Tuanku Jaafar, Senawang di sini, p ...
Seremban: Bayi perempuan berusia empat bulan meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital selepas dilaporkan lemah ketika berada di rumah pengasuhnya di Taman Tuanku Jaafar, Senawang di sini, petang semalam.



Terdahulu, pengasuh itu menghubungi ibu bayi berkenaan pada 4.50 petang yang memintanya supaya segera ke rumahnya kerana bayi berkenaan dalam keadaan lemah.

Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, berdasarkan laporan daripada ibunya bayi berkenaan yang berusia 24 tahun, sebaik tiba di rumah itu didapati anaknya berada dalam keadaan pucat dan tiada tindak balas ketika cuba dikejutkan.


Foto Hiasan


"Bayi itu kemudiannya dikejarkan ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) untuk mendapatkan rawatan dan diberikan bantuan pernafasan (CPR)," katanya ketika dihubungi hari ini.

Nanda berkata, wanita itu kemudiannya dimaklumkan oleh petugas hospital bahawa anaknya gagal diselamatkan dan disahkan meninggal dunia selepas kira-kira 30 minit diberi rawatan.

"Punca kematian belum diketahui dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) sehingga keputusan bedah siasat diperoleh," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote exclusive_vvip 8-12-2021 01:48 PM
Innalillah..Semoga dipermudahkan segala urusan semua pihak..harap dpt siasat betul2..walaupun byk kes pengasuh cuai, tapi kekadang ada jugak masa dihantar ke rumah pengasuh tu mmg baby tu x sihat dah pagi tu tapi  parents tetap hantar..
Quote KIM.K 8-12-2021 01:58 PM
Baby kalau tersedak sampai biru, jantung terhenti kejap, oxygen supply cut petanda autism

Biar ada dua adult dalam rumah tu for any emergency. Takkan nak suruh budak buat emergency call
Quote Cassieopeia 8-12-2021 02:14 PM
innalillah, takziah pd keluarga..
Quote amyainsamad 8-12-2021 03:27 PM
sedihnya
Quote awanearisu 8-12-2021 03:34 PM
Ibu muda. Anak sulung ke? Takziah kepada keluarga
Quote I.K.A888990 9-12-2021 12:07 AM
bnda2 mcm ni takut betul dgr
muda lagi ibu ni. bertabah ya

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:17 PM GMT+8 , Processed in 0.089127 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top