View: 1240|Reply: 6
|
Pucat Dan Lemah Di Rumah Pengasuh, Bayi 4 Bulan Maut
[Copy link]
|
|
Seremban: Bayi perempuan berusia empat bulan meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital selepas dilaporkan lemah ketika berada di rumah pengasuhnya di Taman Tuanku Jaafar, Senawang di sini, petang semalam.
Terdahulu, pengasuh itu menghubungi ibu bayi berkenaan pada 4.50 petang yang memintanya supaya segera ke rumahnya kerana bayi berkenaan dalam keadaan lemah.
Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, berdasarkan laporan daripada ibunya bayi berkenaan yang berusia 24 tahun, sebaik tiba di rumah itu didapati anaknya berada dalam keadaan pucat dan tiada tindak balas ketika cuba dikejutkan.
Foto Hiasan
"Bayi itu kemudiannya dikejarkan ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) untuk mendapatkan rawatan dan diberikan bantuan pernafasan (CPR)," katanya ketika dihubungi hari ini.
Nanda berkata, wanita itu kemudiannya dimaklumkan oleh petugas hospital bahawa anaknya gagal diselamatkan dan disahkan meninggal dunia selepas kira-kira 30 minit diberi rawatan.
"unca kematian belum diketahui dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) sehingga keputusan bedah siasat diperoleh," katanya. -CARI
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Innalillah..Semoga dipermudahkan segala urusan semua pihak..harap dpt siasat betul2..walaupun byk kes pengasuh cuai, tapi kekadang ada jugak masa dihantar ke rumah pengasuh tu mmg baby tu x sihat dah pagi tu tapi parents tetap hantar.. |
|
|
|
|
|
|
|
Baby kalau tersedak sampai biru, jantung terhenti kejap, oxygen supply cut petanda autism
Biar ada dua adult dalam rumah tu for any emergency. Takkan nak suruh budak buat emergency call |
|
|
|
|
|
|
|
innalillah, takziah pd keluarga.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ibu muda. Anak sulung ke? Takziah kepada keluarga |
|
|
|
|
|
|
|
bnda2 mcm ni takut betul dgr
muda lagi ibu ni. bertabah ya |
|
|
|
|
|
|
| |
|