CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Berubah Lepas 2 Hari Hilang, Ibu Percaya Anak Disorok ‘Hantu Kopek’

22-11-2021 11:04 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1352| Komen: 25

Description: Seorang wanita percaya anaknya disorok ‘wewe gombel’ atau ‘hantu kopek’ selepas kanak-kanak itu hilang selama dua hari di Depok, Jawa Barat.
Seorang wanita percaya anaknya disorok ‘wewe gombel’ atau ‘hantu kopek’ selepas kanak-kanak itu hilang selama dua hari di Depok, Jawa Barat.


Dewi Indriani, 38, menceritakan anaknya menjadi pendiam dan sering gelisah selepas ditemukan dan dibawa pulang ke rumah.

“Anak saya enggan masuk ke dalam rumah, tidak benarkan saya memeluknya dan juga sering bercakap tentang perkara yang kami tidak fahami.



“Anak saya juga menunjukkan arah tempat dia ditemukan dan memberitahu dia mahu pulang ke tempat itu,” katanya.

Jelas Dewi, anaknya yang berusia enam tahun itu juga sering termenung dan sering tidur.

Terdahulu, Dewi menzahirkan kebimbangan selepas anaknya dilaporkan hilang dan tidak pulang ke rumah selama dua hari.

Dia dan penduduk kampung melakukan pencarian namun tidak menemui anaknya.

Selepas dua hari dan mendapatkan bantuan seorang ustaz, kanak-kanak lelaki itu akhirnya ditemukan di kawasan semak dalam keadaan lemah dan keliru.

Wewe gombel merupakan makhluk halus yang sering menyembunyikan kanak-kanak mengikut kepercyaan masyarakat Jawa.

Sementara itu, Dewi memaklumkan, keadaan anaknya semakin pulih dan ceria.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Tinot7 22-11-2021 11:06 AM
iols dpt bayangkan apa kaka cps bakalan tulis
Quote Samerosie 22-11-2021 11:26 AM
Pergi la bawa doctor check, takut kena liwat/rogol orang kampung.  Bila dah kecoh2 dia lepas kan budak tu.
Quote Adrif 22-11-2021 04:15 PM
Samerosie replied at 22-11-2021 11:26 AM
Pergi la bawa doctor check, takut kena liwat/rogol orang kampung.  Bila dah kecoh2 dia lepas kan bud ...

kan. I pun fikir benda sama  

takut diorang drugged budak tu berhari-hari
Quote Samerosie 22-11-2021 04:26 PM
Adrif replied at 22-11-2021 04:15 PM
kan. I pun fikir benda sama  

takut diorang drugged budak tu berhari-hari

tu lah kan.  bukan tak pernah terjadi.  Kesian si budak tu, baru 6 tahun, yg mak dia sibuk dgn hantu kopek.
Quote harkktuih 22-11-2021 04:47 PM
Edited by harkktuih at 22-11-2021 04:49 PM

i ada sorg cousin..budak pandai..top scorer..kira harapan skolah gak..one day gi main kat pantai hujung kampung..dia kutip botol bertutup kat tepi pantai, dlm botol ada isi.. and dia pi bukak botol tu sbb nak tgk content dia..then dia balik rumah lewat ptg camtu..masa dia smp rumah instead of terus bukak pintu, dia ketuk pintu je..mak dia bukak, then when bukak je pintu mak dia terasa ada angin seimbas je lalu kat muka masuk rumah.. mak dia siap ckp kat my cousin, mana ko pegi dah ptg br balik and apa yg ko "bawak balik" ni..sbb mak dia rasa mcm ada something..bdk tu x jwb pape, diam n terus masuk bilik..

since dr hari tu, my cousin yg jnis byk ckp, jd pendiam..x suka tgk org..keep terperuk dlm bilik..even dia xnk tgk cermin..sbb dia cakap nampak muka dia mcm monyet dlm cermin tu..

dr hari ke minggu ke bulan bawak ke tahun, bdk ni mmg totally berubah 360 darjah..dr budak pandai smp dia flop SPM..sekolah pun dia xnk pergi..sbb dia xnk jumpa org.. dah bwk jumpa doktor, berubat cara islam..semua x jalan..
lps kejadian tu, kalau nak bercakap dgn dia, dia serkup muka dgn kain..x pun sorok muka dia xnk bg org tgk...x tau kenapa..
Quote Belibis 22-11-2021 04:49 PM
Tinot7 replied at 22-11-2021 11:06 AM
iols dpt bayangkan apa kaka cps bakalan tulis

Mesti vokuru jadi mangsa serangan.
Quote Tinot7 22-11-2021 04:51 PM
Belibis replied at 22-11-2021 04:49 PM
Mesti vokuru jadi mangsa serangan.

plus ni citer dari indonesia
Quote kakikuDibibirmu 22-11-2021 05:07 PM
dengar ini bra, dengan bunyi bra, sebut betul bra, bacalah abata

coli besar:

7S4Nj_d.jpg

h2UbpAA_d.jpg
Quote kotakbaju 22-11-2021 05:14 PM
harkktuih replied at 22-11-2021 04:47 PM
i ada sorg cousin..budak pandai..top scorer..kira harapan skolah gak..one day gi main kat pantai huj ...

Ada benda ngacau ke? Apa jadi dah dengan cousin uols tu sekarang?
Quote harkktuih 22-11-2021 05:18 PM
kotakbaju replied at 22-11-2021 05:14 PM
Ada benda ngacau ke? Apa jadi dah dengan cousin uols tu sekarang?

tak tahu lah ada benda ngacau ke tak...bawak berubat pun tapi xde berubah pun..cuma skang better lah..but still dia byk habiskan masa dalam bilik je x keluar..kalau kitorg dtg rumah dia pun, dia xkan keluar dr bilik..
Quote kotakbaju 22-11-2021 05:29 PM
harkktuih replied at 22-11-2021 05:18 PM
tak tahu lah ada benda ngacau ke tak...bawak berubat pun tapi xde berubah pun..cuma skang better l ...

Semoga cousin uols kembali sembuh seperti sediakala
Quote wikedsaikel 22-11-2021 05:43 PM
Aku stress betul layout cari sekarang yg keluar thumbnail kat main page settiap bod; gambar yg org post dalam thread. Terkejut aku tgk gmbar poch cong tadi.
Quote ulamalu 22-11-2021 06:33 PM
harkktuih replied at 22-11-2021 04:47 PM
i ada sorg cousin..budak pandai..top scorer..kira harapan skolah gak..one day gi main kat pantai huj ...

Cousin u lelaki ke perempuan?  Dia perasan muka mcm monyet kot tu dia tutup muka.  Semoga dapat berjumpa perawat yg serasi.

Betul juga kot org tua ckp hati2 kalau jumpa benda kat laut atau hutan, selalu tpt org buang benda2 x elok.
Quote chazey 22-11-2021 07:06 PM
ulamalu replied at 22-11-2021 06:33 PM
Cousin u lelaki ke perempuan?  Dia perasan muka mcm monyet kot tu dia tutup muka.  Semoga dapat be ...

Kalau jumpa coin pun jangan kutip, lagi2 jika jumpa di kapal terbang. Urang nusantara yang pegi umroh/haji selalu tinggalkan saka/belaan meka dalam plane melalui duit syiling kata SIL aiol yang keja stewardess. Dan sheol hada third eye. Sheol kata kat plane banyak hantu. No wonder ai pernah alami menda mistik2 masa flight.
Quote Rogue98 22-11-2021 09:26 PM
harkktuih replied at 22-11-2021 04:47 PM
i ada sorg cousin..budak pandai..top scorer..kira harapan skolah gak..one day gi main kat pantai huj ...

Dia yg cerita ke pasal jumpa botol tu?
Siannye ...harap ada insan yg dapat ubatkan dia...
Quote keane.somewhere 22-11-2021 10:13 PM
Bawak gi jumpa mbah dukun
Quote Suchi 22-11-2021 11:54 PM
harkktuih replied at 22-11-2021 04:47 PM
i ada sorg cousin..budak pandai..top scorer..kira harapan skolah gak..one day gi main kat pantai huj ...

Kesian dan seram terutama part tutup muka tu. Terbayang cerita seram yg tutup muka guna guni tu.
Kisah kazen uols mengingatkan iols kat satu kisah benar kat teganu.
Ada masuk porem gak, mamat tu hilang gak. Sejak dh balik dia takmo jejak tanah langsung.
Tak ingat detail cerita dia tp dia mmg tanak turun dr rumah.
Hanya dia jelaa tahu kenap gitu, sian gak life terus dah berubah kan.
Quote harkktuih 23-11-2021 09:09 AM
ulamalu replied at 22-11-2021 06:33 PM
Cousin u lelaki ke perempuan?  Dia perasan muka mcm monyet kot tu dia tutup muka.  Semoga dapat be ...

cousin i lelaki..
Quote asfaz 23-11-2021 02:00 PM
harkktuih replied at 22-11-2021 04:47 PM
i ada sorg cousin..budak pandai..top scorer..kira harapan skolah gak..one day gi main kat pantai huj ...

Kesianya cousin u.
Teringat yg viral 2/3 tahun lepas yg budak bukak botol dia jumpa. Lastnya kerasukkan sampaikan berubat kata dlm badn ada banyak jin tu. Budak tu tak nak makan bagai. Tak tahu apa cerita sekarang sebab dah tenggelam dgn kes covid

Lihat semua komen(25)

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

2-12-2021 11:58 AM GMT+8 , Processed in 0.081077 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top