CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Terlalu Awal BN Nak Gerak Solo - KJ

22-11-2021 11:06 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 415| Komen: 4

Description: Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berpandangan masih terlalu awal Barisan Nasional (BN) untuk memutuskan bergerak secara solo pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berpandangan masih terlalu awal Barisan Nasional (BN) untuk memutuskan bergerak secara solo pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.


Beliau berkata, meskipun parti itu memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, namun BN perlu mengkaji lebih mendalam statistik 65 peratus pengundi yang keluar mengundi sebelum memutuskan sama ada akan bergerak secara solo atau sebaliknya pada PRU akan datang.


Kredit foto: The Vibes

“Kita kena terima hakikat bahwa PRN Melaka purata hanya 65 peratus sahaja keluar mengundi dan 35 peratus tidak keluar mengundi. Dalam apa jua keputusan yang akan dibuat, kita kena fikirkan soal sama ada Melaka ini adalah representasi kepada PRU atau tidak,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan pemberian aset di Pejabat Kesihatan Daerah Rembau di sini pada Ahad.


Khairy seterusnya mengucapkan tahniah kepada jentera parti BN yang dipimpin Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan serta Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dan Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali, atas kemenangan 21 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRN Melaka pada Sabtu.

“Secara keseluruhannya pematuhan prosedur operasi standard (SOP) berjalan lancar walaupun ada beberapa kes lain, tetapi boleh tahan… sederhana (pematuhan SOP). Setakat ini semua parti berjaya menyesuaikan diri dengan kempen yang baharu, ini adalah satu model untuk PRN Sarawak nanti,” jelasnya. 


Sumber: Bernama

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Simunggu 22-11-2021 02:33 PM
siapa cakap??? boleh apa....tak caya??? BN UMNO sudah kuat...
Quote white_musk 22-11-2021 02:35 PM
Booster tak terlalu awal ke
Quote rashiman 22-11-2021 02:39 PM
betullah tu, terlalu awal...mengikut keadaan negeri-negeri....sebelah pantai timur, mungkin PAS pulak mahu bergerak secara solo...ada yg mungkin kena bergerak secara bersama....jadi pakar2 strategik BN kena buat kajian dulu.....
Quote aint 22-11-2021 02:58 PM
Dah goyang ke KJ? ... takot tak dicalon atau takut kena lawan kt kubu kuat PH ...

Lihat semua komen(4)

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

2-12-2021 10:46 AM GMT+8 , Processed in 0.241688 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top