CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Lelong Diri Kerana Gagal Dapat Kerja

29-10-2021 06:59 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1808| Komen: 3

Description: Polis agama Islam di utara Nigeria menangkap seorang lelaki yang menjual dirinya sebagai usaha melepaskan diri daripada kancah kemiskinan, kata seorang pegawai polis tempatan pada Rabu.
Polis agama Islam di utara Nigeria menangkap seorang lelaki yang menjual dirinya sebagai usaha melepaskan diri daripada kancah kemiskinan, kata seorang pegawai polis tempatan pada Rabu.


Lelaki itu, Aliyu Idris, 26, ditangkap pada Selasa lalu oleh polis moral di Kano selepas gambarnya di media sosial menunjukkan dia memegang plakad yang tertera ayat bahawa dirinya mahu dilelong pada harga AS$49,000 (RM203,644).


Kredit foto: LEGIT9JA

Kano ialah sebuah negeri yang terletak di utara Nigeria yang melaksanakan undang-undang syariah.


Seorang jurucakap polis agama, Lawal Ibrahim Fagge berkata, lelaki itu ditangkap kerana menjual diri yang merupakan kesalahan di bawah undang-undang syariah, lapor AFP.

Menurut Fagge, Idris meninggalkan kampungnya untuk pergi ke Kano bagi mencari pekerjaan tetapi tidak berjaya.

Lelaki itu kemudian memberitahu bahawa dia tidak dapat mencari pekerjaan termasuk kerja-kerja kasar menyebabkannya membuat keputusan untuk menjual diri, kata jurucakap tersebut.

Bagaimanapun, dia tidak dikenakan sebarang pendakwaan tetapi menurut polis agama tersebut, Idris diberikan kaunseling berhubung perbuatannya. 


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Carcosa 29-10-2021 09:58 AM
Mahal jugak kau jual diri kau dik [em:12:]
Tu harga mcm hantaran golongan kayangan dik
Quote nakkomenjugak 29-10-2021 10:53 PM
Slavery jenis rela?
Quote edayildiz 30-10-2021 08:53 PM
dah laku belum

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 01:28 AM GMT+8 , Processed in 0.051641 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top