CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Fauziah Nawi Kecewa Instafamous Jadi Anak Emas, Pelakon Veteran Diperdajal

29-10-2021 07:18 AM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 7192| Komen: 46|Original author: Oleh: LilRose

Description: “Saya tak nak dedahkan siapa produksi dan siapa anak seni mengadu tapi tolonglah, mengapa bersikap kejam sampai begitu!"
“Saya tak nak dedahkan siapa produksi dan siapa anak seni mengadu tapi tolonglah, mengapa bersikap kejam sampai begitu!"

Fauziah Nawi kecewa dengan soal bayaran tidak masuk akal diterima sesetengah penggiat seni.

Seniwati veteran berusia 58 tahun itu berkata, kadar upah sebanyak RM250 untuk sebuah episod projek drama adalah sangat tidak logik.


Kredit foto: FB

“Permasalahan itu bukan berlaku kepada saya. Berlaku kepada pemain seni muda dan mereka mengadu kepada saya. Budak-budak baharu, mereka tidak tahu apa-apa dan dengan gaji sebegitu, mereka nak makan apa?


“Tak baik aniaya orang seni sebegini dan memburukkan industri kita yang memang sudah sedia tenat.

“Zaman saya dahulu sekitar, 1980-an, sebuah episod boleh dapat bayaran RM800 kenapa sekarang turun sampai RM250? Kenapa ‘perdajal’ rezeki orang seni sampai tahap begini! Tak baik bagi cerminan buruk ini buat anak-anak yang baru nak kenal industri,” katanya kepada Kosmo! Online.




Kredit foto: FB

Dalam masa sama, dia mempersoalkan tindakan produksi drama yang kini lebih banyak mengamalkan sikap pilih kasih dengan melabur wang untuk pemengaruh media sosial.

“Kalau ‘instafamous’, mereka bersungguh-sungguh bayar sampai RM3000 hingga RM5000 satu episod. Orang yang ada ilmu seni dianiayai sampai bayaran tak masuk akal (RM250 satu episod).

“Budak-budak (pelakon) tambahan lagilah ada yang dibayar serendah RM80 satu babak atau episod. Itu belum tolak daripada ejen mereka. Entah-entah RM30 je masuk kocek.

“Alasan mereka bagi, sekarang zaman pandemik, semua kos terpaksa ditolak. Adakah itu bermaksud ambil kesempatan dalam kesempitan orang lain. Merosakkan industri dengan budaya kerja sebegini? Tolong fikir.

“Saya tak sampai hati apabila ada budak-budak baharu bersemangat untuk kenal industri mengadu menerima bayaran seperti apa yang saya sebutkan. Ada juga pelakon-pelakon lama dianiaya dengan bayaran ‘ciput’.

“Sampaikan saya fikir, di Malaysia ini, kalau kalian sudah tua, bersara sahajalah. Tak usah sibuk berlakon dan lupakan sahajalah industri sebab kalian semua akan dianiayai dan tak dihargai.


Kredit foto: FB

“Saya tak faham mana persatuan, perbadanan atau kementerian yang sepatutnya memperjuangkan nasib orang-orang seni sebab perkara ini tetap terus belaku sampai sekarang tidak terbela. Mana Seniman, Mana FDAM, mana PROFIMA dan lain-lain? Buatlah sesuatu,” getusnya.

Tegasnya, dia tidak mahu industri seni tanah air diburukkan dengan senario bekerja sebegini.



Kredit foto: FB

Fauziah berharap masa depan semua karyawan lebih baik dan terbela.

Amboi, berbeza betul ya kadar bayaran pelakon veteran dengan instafamous? - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote redz85 29-10-2021 07:54 AM
58 tahun? setahu aku dia baya mak aku
Quote supermum 29-10-2021 08:00 AM
Edited by supermum at 29-10-2021 08:02 AM

Wow instafamous sampai RM5k per episod. Jap lagi nak buat ig untuk anaklah kikikiki

Aku kalau drama yang instafamous berlakon, memang tak tengok. Takleh go rasanya, macam terlekat kat kerongkong gitu.
Quote umbut 29-10-2021 08:37 AM
Nak wat camner. Industri kita kecik. Cam hidup malu mati x mau. Lagilah skrg ramai x tgk tv.. Tgk drama filem luar online je. Kalau dulu terpaksa ngadap rtm tv3. No choice
Quote Fly_over 29-10-2021 08:43 AM
zek zaidi tu dia suka uruskan isu2 kontroversi. nampak la dia kedepan. retis mmg kena buat duit lain selain jd retis je.
Quote MatDeghem 29-10-2021 08:45 AM
yang nak jadi pelakon sangat apesal? Tarak orang paksa ko jadi retis.
Quote buragazz 29-10-2021 08:48 AM
Laa kenapa tadi aku baca Fauzi Nawawi aku dah standby nak kutuk dah.. sekali bukak ada gambau ibu Fauziah Nawi.. kero naw mata aku...
Quote Cik_jantung 29-10-2021 08:55 AM
Edited by Cik_jantung at 15-1-2022 02:50 PM

..........
Quote princessmiang 29-10-2021 09:00 AM
sebab tu keknik kekrol keksop keksa kekbik keksenah segala kek instafemes nih gigih meniaga anak kat ig... mana tau sangkut utk shooting drama/iklan...payment 2 jam da bleh tanggung hidup marhaen 2 bulan
Quote chandrahusin 29-10-2021 09:30 AM
keja kat fast food restoran je lah
kenapa semua nak jadi pelakon
bukan best pun korang berlakon
yg best plk feeling gred A
tak habis2 perasan
Quote kakuzu 29-10-2021 09:40 AM
dulu zaman muda.. zaman sedang famous.. berapa bayaran dia dapat?
skarang dah veteran.. orang dah tak pandang
so, mmg patutlah dapat bayaran sikit
lagipun, kalau taknak job tu takpe.. ada ramai lagi yang nak
Quote Carcosa 29-10-2021 09:54 AM
Merempannnnn je diorang ni [em:10:]
Tulah, dulu org suruh sekolah belajar rajin2, kau nak jadi pelakon. Nak glamour, bakat seni mengalir dalam darah katanya. PUIIIII
Nah, ambik ko. Gaji sikit. Hadap jelah. [em:3:]
#meolsModeZolimPagiNi
Quote Carcosa 29-10-2021 09:55 AM
buragazz replied at 29-10-2021 08:48 AM
Laa kenapa tadi aku baca Fauzi Nawawi aku dah standby nak kutuk dah.. sekali bukak ada gambau ibu Fa ...

Hahaha haritu, meols terbalik pulak
Bila post pasal Fauzi Nawawi, meols baca Fauziah Nawawi
Tak masal meols berburuk sangka kat org tua ni
Quote jejaka_hensem 29-10-2021 09:56 AM
Tak nak dedahkan produksi mana,tapi up kat media sosial?apoi..
Korang ada persatuan,kan?pegi je lah report kat dorang.ni pegi heboh kat media sosial tapi tak gitau sapa.????????????
Ni ajak org fitnah,tuduh orang ramai2 ya acik????
Quote syabee 29-10-2021 09:57 AM
industri filem kita bkn mcm hollywood sana tuh...lg tua lagi mahal...

terima jer la. tak selamanya kita di atas.. idup ni berputar... nanti bila instafemes tu dah tua2 dibyr murah gakkk
Quote ketupatnasi 29-10-2021 11:13 AM
Bergantung la berapa kali acik interprem dalam drama tu. Kalau muka sipi2 dengan skrip  2-3 lines pastu sekadar kelek bakul pegi kedai beli sayur dah terang benderang pukul 10 pagi (which nampak sangat la pelik for real kalau kat kampung), takan nak bayar 5K.

Quote takayama 29-10-2021 12:09 PM
Fauziah Nawi sebenarnya menyatakan luahan rs pelakon br kan bkn dia ckp ttg diri dia
jd bebdk br berlakon yg tertindas dgn kehadiran insatapemes gitulah ek
rm80 utk pelakon tambahan sgt sikit, dulu kaka jd pak pacak tahun 90an pun leh dpt rm50 satu scenes, klu bbrp scene lg tinggi dan klu tetiba ada dialogue dptlah rm150 utk hr tu
tahun 90an rm50 ke rm150 utk satu scenes mmg dah tinggi
sekrg dpt rm80 aje aduh sedih
Quote NazRysha 29-10-2021 12:11 PM
Cik_jantung replied at 29-10-2021 08:55 AM
Jual nasi lemak lagi mewah. Kenapa nk merungut. Ada pilihan kan

betul kan
lagi2 artis ramai org kenai
mesti laku punya
Quote AshkieLa 29-10-2021 12:15 PM
syabee replied at 29-10-2021 09:57 AM
industri filem kita bkn mcm hollywood sana tuh...lg tua lagi mahal...

terima jer la. tak selamanya  ...

kan.. silap2 one hit wonder je..
lepas tu berkubur...
diorg ni komplen kadang mcm tak pernah muda....
Quote chikumanis 29-10-2021 12:25 PM
princessmiang replied at 29-10-2021 09:00 AM
sebab tu keknik kekrol keksop keksa kekbik keksenah segala kek instafemes nih gigih meniaga anak kat ...

isssshhh...memandai je u ni. mana ada semua kek's jual anak dekat ig. anak² diorang comel ok (bak kata benak's). semua admire ok dengan anak² diorang. fefeling ajar, didik n displin kan anak dengan kudrat sendiri, padahal bs yg buat..

yang pergi lengkwee tu naiik hephepli tu pun, gigih ok angkut 2org sebab tak boleh nak handel anak². tu yg kena tayanggggg sebab asyuukkk. berlakon haukksszz punn takpe.. the best never rest gitchewwww



Lihat semua komen(46)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 01:32 PM GMT+8 , Processed in 0.233852 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top