CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Juruterbang Tempur, Pegawai Sistem Senjata Lebih Berisiko Hidap Kanser

29-10-2021 06:58 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1976| Komen: 5

Description: Satu kajian mendapati juruterbang pesawat tempur lebih berisiko menghidap penyakit kanser testis dan prostat.
Satu kajian mendapati juruterbang pesawat tempur lebih berisiko menghidap penyakit kanser testis dan prostat.

Lapor Daily Mail, Markas Tentera Udara menerbitkan satu kajian secara besar-besaran membabitkan hampir 450,000 peserta pada Mei lalu.

Kajian itu menunjukkan 29 peratus juruterbang pesawat tempur dan pegawai sistem senjata berisiko menghidap kanser testis.



Gambar hiasan
Kredit foto: Popular Mechanics

“Sebanyak 24 peratus berkemungkinan didiagnosis melanoma, manakala 23 peratus berisiko mempunyai kanser prostat,” jelas laporan itu.


Walaupun penemuan itu tidak mengejutkan kerana ramai pakar tentera udara dan orang dalaman menyedari peningkatan kes tersebut dalam kalangan juruterbang pesawat tempur, namun ia masih mencetuskan kebimbangan.

Setakat ini, tidak dapat ditentukan punca juruterbang berisiko tinggi menghidap kanser tersebut.

“Juruterbang pesawat tempur digalakkan untuk membincangkan mengenai laporan ini dengan pakar bedah penerbangan atau penjaga kesihatan mereka.

“Ini termasuk topik seperti perlindungan sinaran ultraungu, kesan terhadap vitamin D, gaya hidup mencegah kanser serta pemeriksaan kulit melanoma dan kanser prostat,” kata perunding perubatan bagi tentera udara, Mejar Brian Huggins.

Pasukan penyelidik tentera udara mengumpul data daripada 34,679 juruterbang jet tempur dan pegawai sistem senjata serta 411,998 juruterbang yang tidak menerbangkan pesawat sepanjang tempoh 30 tahun dari 1970 hingga 2004.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 29-10-2021 07:41 AM
Orang yang pakai baju uniform.ni automatik jadi hensem hahaa
Tp bila pakai spek.laaaa
Quote hashashes 29-10-2021 10:44 AM
shernazz replied at 29-10-2021 07:41 AM
Orang yang pakai baju uniform.ni automatik jadi hensem hahaa
Tp bila pakai spek.laaaa

Khuenzz... dulu masa aku muda2 naif lagi aku suka tengok abang2 askar navy ke tudm ke pakai uniform diorang pastu kawan aku cakap aku cringe
Quote kelapaparut 29-10-2021 10:48 AM
hashashes replied at 29-10-2021 10:44 AM
Khuenzz... dulu masa aku muda2 naif lagi aku suka tengok abang2 askar navy ke tudm ke pakai unifor ...

kalu zmn 90an dulu, gayah2 and pukis2 zmn tu suke tgk uniform polis thailand gitu, polis negare lain xminat..
Quote shernazz 29-10-2021 03:33 PM
hashashes replied at 29-10-2021 10:44 AM
Khuenzz... dulu masa aku muda2 naif lagi aku suka tengok abang2 askar navy ke tudm ke pakai unifor ...

Hahhaa
Dolu iols teringatkan tom cruise dalam.cite.apa tah..top gun ek.yang dia.jadi.pilot.tu..
Hahahahaha
Pastu pegi la.pameran.tudm..nampak la.habang pilot neh..skali depa.buka.spek..
Haha...
Quote nakkomenjugak 29-10-2021 10:52 PM
Heheh teringat cite buli afdlin shoki tak muat masuk jet sebab gundu

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

1-5-2024 08:19 AM GMT+8 , Processed in 0.051268 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top