CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Arab Saudi Benar Minuman Keras Untuk Tarik Minat Bekerja?

28-10-2021 10:26 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4805| Komen: 79

Description: Bandar raya moden dan futuristik, NEOM di Arab Saudi tidak menolak kemungkinan akan membenarkan penggunaan minuman keras, kata seorang pegawai kanan kepada AFP pada Rabu.
Bandar raya moden dan futuristik, NEOM di Arab Saudi tidak menolak kemungkinan akan membenarkan penggunaan minuman keras, kata seorang pegawai kanan kepada AFP pada Rabu.


Jika penggunaannya dibenarkan, ia mungkin menjadi titik perubahan untuk negara Islam yang amat konservatif.

Tidak seperti negara-negara Teluk yang mengehadkan warga-warga asing untuk minum minuman keras tetapi ketika ini Arab Saudi melaksanakan pengharaman penuh minuman yang mengandungi alkohol.


Kredit foto: ABC

Pakar-pakar menyatakan, larangan tersebut menghalang lawatan dan minat untuk bekerja di negara beraja tersebut.


Namun, negara itu kini sedang melalui pembaharuan ekonomi dan sosial serta membuka negaranya kepada dunia luar.

Bandar raya NEOM yang bernilai AS$500 bilion (RM2.07 trilion) dan dibina di tepi Laut Merah merupakan salah satu Visi 2030 yang dirancang Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Mohammed bin Salman untuk mempelbagaikan ekonomi negara bagi mengelak penggantungan ke atas pengeksportan minyak.

Ia akan beroperasi di bawah undang-undangnya yang tersendiri dan sedang dirangka.

Ketua Pegawai Eksekutif syarikat Tech and Digital Holding Company di NEOM, Joseph Bradley tidak dapat mengesahkan kebenaran meminum minuman keras di bawah undang-undang baharu di bandar raya itu.

Namun, beliau memberitahu 'setiap orang memahami' keperluan untuk menarik kehadiran bakat-bakat asing dan pelancong ke Arab Saudi.

"Kerap kali kami ditanya ialah adakah terdapat alkohol (di bandar raya NEOM)," katanya ketika diwawancara pada Inisiatif Masa Depan di Riyadh.

"NEOM bermakna menjadi kompetitif. Kami mahu yang paling bijak dan terbaik di dunia datang ke NEOM," ujarnya.

Bradley berkata, NEOM akan menggunakan robot dan teksi udara selain akan menyambut kedatangan penduduk dan bisnes menjelang tahun 2025.

Sebelum ini, seorang pegawai Arab Saudi memberitahu AFP bahawa cadangan membenarkan penggunaan minuman alkohol dalam bentuk yang terhad di kawasan-kawasan tertentu atau hanya dikhaskan kepada warga asing sedang dipertimbangkan. 


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 28-10-2021 10:31 PM
Tauke timah boleh dah tu eksport ke saudi arabia.
Quote edayildiz 28-10-2021 10:33 PM
kalau kt turki..muslim blh mnm kan..i tgk dorg mnm ..cuma time meninggal jer baru baca alfatihah mcm kita..dorg ikut mazhab mana..
i nak bela anjing ..kalau lah kat mesiaa ni blh bela..i nak sekoq
Quote sharlenetexas 28-10-2021 10:34 PM
Boleh perkenal arak taste arab yg ada rempah ratus kpd warga asing.
Quote edayildiz 28-10-2021 10:34 PM
blh jer nk bela kat mesia ni..slh ayat pulak
Quote gigahertz 28-10-2021 10:43 PM
edayildiz: kalau kt turki..muslim blh mnm kan..i tgk dorg mnm ..cuma time meninggal jer baru baca alfatihah mcm kita..dorg ikut mazhab mana..i nak bela anjing .. ...

u jangan sis. masa i hantar barang satu rumah kat Seputeh K.L ni ada penerima nama melayu.
rumah depan dia ada anjing berikat. anjing dia tu kalau kiut takpe la ni jenis anjing polis body besar
nasib baik jenis berikat. rumah pulak takde gate.

masa anak dia keluar tu i is sempat geleng-geleng kepala lepas tu i blah.

Quote cmf_premierleag 28-10-2021 10:49 PM
angkat gelas tinggi2 dan jerit yaaaammmmmsenggggg
Quote lola0311 28-10-2021 10:53 PM
gigahertz replied at 28-10-2021 10:43 PM
u jangan sis. masa i hantar barang satu rumah kat Seputeh K.L ni ada penerima nama melayu.
rumah de ...

kenapa u geleng2 ?
Quote edayildiz 28-10-2021 10:57 PM
gigahertz replied at 28-10-2021 10:43 PM
u jangan sis. masa i hantar barang satu rumah kat Seputeh K.L ni ada penerima nama melayu.
rumah de ...

i suka anjing yg jln kedek2 kecik mcm arnab tu..comelll

aah la nape uols geleng..
terkejut tgk anjing bsr sgt ke apa
Quote Timortimur 28-10-2021 11:04 PM
Siapa kata kat sana takde alcohol
My friends ada je yg tak pernah mnum alcohol kat Malaysia tup tup bila kja kat sana mnum alcohol
Quote MeghanK 28-10-2021 11:07 PM
gigahertz replied at 28-10-2021 10:43 PM
u jangan sis. masa i hantar barang satu rumah kat Seputeh K.L ni ada penerima nama melayu.
rumah de ...

kenapa geleng2 kepala..tuan rumah tu bela german shepperd obviously bukan untuk buat pet..kalau nak buat pet baik bela poodle jah
Quote MeghanK 28-10-2021 11:08 PM
edayildiz replied at 28-10-2021 10:33 PM
kalau kt turki..muslim blh mnm kan..i tgk dorg mnm ..cuma time meninggal jer baru baca alfatihah mcm ...

bela je la tapi diam2 jangan bagtau orang
Quote zacEfron 28-10-2021 11:12 PM
benarkan utk org bukan islam..

Quote edayildiz 28-10-2021 11:13 PM
MeghanK replied at 28-10-2021 11:08 PM
bela je la tapi diam2 jangan bagtau orang

mmg tgh usha pun..mak i ok jer ...tp ayah i confirm i kena carut ngn heols
Quote MeghanK 28-10-2021 11:16 PM
edayildiz replied at 28-10-2021 11:13 PM
mmg tgh usha pun..mak i ok jer ...tp ayah i confirm i kena carut ngn heols

bela anjing virtual je uols..anggap anjing2 comel kat socmed tu anjing uols sendiri
Quote edayildiz 28-10-2021 11:19 PM
MeghanK replied at 28-10-2021 11:16 PM
bela anjing virtual je uols..anggap anjing2 comel kat socmed tu anjing uols sendiri

boleh la khenzz drp takde
Quote nakkomenjugak 28-10-2021 11:47 PM
So apa kata survey?

TAKEBEERRRR!!

Liberal/open world - 1
Isle - 0
Quote akies 29-10-2021 12:02 AM
Akan kembali ke zaman arab jahiliyah ke ni
Quote DARSITA 29-10-2021 12:11 AM
Tunggu jer lah anak dia naik jadi raja ... harus jadi Arabwood la nanti Saudi.
Quote Kangkung1M 29-10-2021 12:24 AM
Edited by Kangkung1M at 28-10-2021 12:44 PM
edayildiz replied at 28-10-2021 10:57 AM
i suka anjing yg jln kedek2 kecik mcm arnab tu..comelll

aah la nape uols geleng..

You suka yg kedek2, pendek ketot macam bawah ni, ke? Comel, kan.

[ig]https://www.instagram.com/p/CU_xY_rltM2/[/ig]
Ustaz Dr. Mohammad Nidzam Abdul Kadir ada ulas topik Muslim membela anjing di radio IKIM 2 minggu lepas. Segala hujah beliau berpandukan nas Al-Quran dan hadis. Sesiapa yg punya keinginan utk bela anjing, boleh la dengar perkongsian beliau ini. Semoga bermanfaat.

[youtube]JL5L9MdJIjY[/youtube]








Lihat semua komen(79)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

30-4-2024 01:26 PM GMT+8 , Processed in 0.061331 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top