CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Britain Naikkan Harga Rokok Kepada Rm77.60 Satu Pek

29-10-2021 06:41 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2834| Komen: 22

Description: Harga rokok di Britain dinaikan sebanyak 88 peratus kepada £13.60 (RM77.60) bagi pek 20 batang rokok bermula 6 petang (waktu tempatan) semalam, lapor akhbar Daily Star semalam.
Harga rokok di Britain dinaikan sebanyak 88 peratus kepada £13.60 (RM77.60) bagi pek 20 batang rokok bermula 6 petang (waktu tempatan) semalam, lapor akhbar Daily Star kelmarin.


Harga baharu itu diumumkan Canselor Rishi Sunak menerusi pembentangan Bajet 2021 petang semalam, susulan kadar cukai tembakau yang turut dinaikkan pada hari dan waktu yang sama.


Gambar hiasan

Kenaikan terakhir bagi harga rokok di Britain dibuat pada November 2020, di mana pek rokok 20 batang dinaikkan harga sebanyak 20 peratus dan 65 peratus bagi 30 batang rokok.


Selain rokok, Rishi turut mengumumkan kenaikan harga minuman keras sebanyak 30 peratus.

Menurutnya, sistem duti alkohol di Britain adalah ‘ketinggalan zaman’, justeru beliau mengumumkan lima pelan langkah untuk mengubah keadaan itu yang dibuat berdasarkan kuantiti alkohol dalam sesebuah minuman.

“Lebih kuat (kandungan alkohol), lebih tinggi harganya,” katanya.

Dalam pembentangan bajet kedua kerajaan Britain tersebut, Rishi berjanji bahawa belanjawan itu dapat meningkatkan pertumbuhan ekonomi, menambah peluang pekerjaan dan menurunkan kadar hutang. 


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Samerosie 29-10-2021 07:15 AM
Perokok tegar tetap akan beli.  
Quote saviour_09 29-10-2021 08:30 AM
malaysia otw letteewww

mujur dah praktis hisap pod
Quote stingersteady 29-10-2021 08:35 AM
Samerosie replied at 29-10-2021 07:15 AM
Perokok tegar tetap akan beli.

Tahu takpa...
Quote stingersteady 29-10-2021 08:37 AM
saviour_09 replied at 29-10-2021 08:30 AM
malaysia otw letteewww

mujur dah praktis hisap pod

The tax generated from the sales of tabacco related products ko rasa?

Quote saviour_09 29-10-2021 08:43 AM
stingersteady replied at 29-10-2021 08:37 AM
The tax generated from the sales of tabacco related products ko rasa?

from rm15 up to rm20 la kot sebatang pod lepas ni
Quote stingersteady 29-10-2021 08:44 AM
saviour_09 replied at 29-10-2021 08:43 AM
from rm15 up to rm20 la kot sebatang pod lepas ni

You cant stop them...join them....win win situation maaaaa

Kahkahkahkahkah
Quote musangbodoh 29-10-2021 09:35 AM
buy pirate yeayyyy...
Quote matseh 29-10-2021 10:08 AM
Kat malaysia lagi mahal. RM17.50
So pakat hisap rokok seludup. murah . Kerajaan malaysia patut kurangkan harga, supaya dapat kutip lebih byk cukai. Cth jadikan harga RM10 sekotak. Ramai akan berenti beli rokok seludup.
Quote nakkomenjugak 29-10-2021 10:50 PM
Kalau kat malaya ni mau protes agaknyaaa

#bukanperokoksoidontcare  
Quote Jitu 29-10-2021 11:56 PM
hisap rokok daun je lah
Quote Decaffeinated 30-10-2021 12:02 AM
matseh replied at 29-10-2021 10:08 AM
Kat malaysia lagi mahal. RM17.50
So pakat hisap rokok seludup. murah . Kerajaan malaysia patut kuran ...

ko buat lah parti baru kasi manifesto hari ini menang esok harga rokok dunhill turun rm10

ramai mesti pileyy



Quote TeropongThaico 30-10-2021 12:20 AM
Samerosie replied at 29-10-2021 07:15 AM
Perokok tegar tetap akan beli.

Pastu siap pelawa kengkawan sebatang dua
Quote CikYaYaYa 30-10-2021 12:38 AM
Mahai mcm mana pon perokok tetap akan beli.. Kat Malaysia niee ramai yg duk.beli rokok seludup jaa  
Quote derp 30-10-2021 07:40 AM
ok la...belom $100 lagi...
Quote stingerpranks 30-10-2021 09:31 AM
TeropongThaico replied at 30-10-2021 12:20 AM
Pastu siap pelawa kengkawan sebatang dua

Perokok tak boleh nak buat pahala untuk berkongsi rejeki dgn mempelawa others apa yg dimilikinya?

You are so selfish...nak masuk syurga sendiri saja

Kahkahkahkahkahkah
Quote TeropongThaico 30-10-2021 11:01 AM
stingerpranks replied at 30-10-2021 09:31 AM
Perokok tak boleh nak buat pahala untuk berkongsi rejeki dgn mempelawa others apa yg dimilikinya?
...

Than kalau org tu sakit because of 'pahala' they trying to make camno pulak?
Ai benci org yg cam gini. Yg kena tanggung anak bini.
Kecuali laaaa deols nak kongsi bill perubatan sorg sikit seumur hidup. Ok la camtu. Brotherhood
Quote Artemesiaa 30-10-2021 11:10 AM
Perokok tegar mana nak peduli tu semua tahu je mereka nak cari kat mana jual murah tak kira seludup ke tidak
Quote matamata 30-10-2021 11:31 AM
Kan aku dah cakap... Kalau nak nampak lebih besar angka,  convert la ke Rupiah
Quote ninja9 30-10-2021 11:36 AM
Mahal sangat perokok mcm mana tegar pun kena bajet juga. Dia akan pilih rokok murah dari beli mahal. Rokok murah adalah rokok seludup, cuma itu jer pilihan yang ada... tetapi bila rokok beli rokok seludup kerajaan marah pulak katanya kehilangan cukai... kerajaan nak naikkan harga sebab nak kan cukai tapi akhirnya kerana terlalu mahal malah kehilangan cukai...kelakar betullah fikira orang yang buat dasar tu

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

1-5-2024 02:31 PM GMT+8 , Processed in 0.062698 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top