CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Aktiviti Harian Terjejas Syafiq Farhain Sering 'Naik' Kudis Herpes

26-10-2021 01:34 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6608| Komen: 30

Description: Sering terkena kudis herpes, penyanyi Syafiq Farhain mengakui jangkitan tersebut menjejaskan aktiviti hariannya.
Sering terkena kudis herpes, penyanyi Syafiq Farhain mengakui jangkitan tersebut menjejaskan aktiviti hariannya.

Menurut Syafiq atau nama sebenarnya Nursyafiq Farhain A.M Salim, 27, penyakit itu timbul selepas sahaja sembuh daripada demam panas.



Kredit foto: IG Syafiq Farhain

"Herpes ni virus, ada dua jenis iaitu HV-1 dan HV-2. Yang saya kena ni yang HV-1 hanya di kawasan bibir. Kalau HV-2 itu yang dekat kelamin.

"Sejak akhir-akhir ni kerap naik, sebulan sekali ada naik kat kawasan bibir.

"Jarang orang kena penyakit ini dan doktor beritahu virus yang saya kena ini memang dah ada dalam badan saya cuma aktif atau tidak sahaja.

"Dua hari lepas, saya demam dan rasa tak sedap badan tapi saya masih lagi nak bersukan, malam tu suhu naik tinggi.

"Semalam, saya mula rasa tak selesa dekat bibir, biasa ambil masa benda ni nak naik tapi malam tadi (Ahad) memang dah start bengkak di kawasan mulut," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Syafiq berkata, virus itu menyerang sekiranya antibodi dalam badannya lemah, namun ia perlu dirawat dengan baik agar tidak merebak ke kawasan lain.


Kredit foto: IG Syafiq Farhain

Katanya lagi, dia juga disarankan berehat dan tidak keluar rumah dab berkongsi tuala dengan orang lain bagi mengelakkan jangkitan.

"Benda ni akan keluar bila antibodi kita lemah. Masa kecil dulu pernah je kena.

"Last time kena rabak sikit mulut seminggu lebih baru okay. Bila jumpa doktor baru tahu benda ni akan kena dalam masa dua atau lima tahun sekali tapi sekarang tak tahulah... saya sering kena," katanya.

Sementara itu, penyanyi Kau Bidadari ini berkata, selain berasa sakit, jangkitan tersebut juga menyukarkannya untuk menyanyi, makan dan bercakap.

"Banyak benda terjejas bila dah jumpa doktor dia kata kalau boleh jangan buat aktivti yang boleh buat badan kita panas.

"Permulaan benda ni akan gatal sikit so pemakanan juga kena jaga jangan makan daging. Saya memang susah nak bercakap, susah nak makan dan nak nyanyi pun susah sebab luka tu kering.

"Selain jaga makan saya kena rehat dulu kat rumah dalam beberapa hari. Kena makan ubat antibiotik, ubat sapu dan ubat gatal," ujarnya.

Sekadar info, kudis herpes atau jangkitan oral Herpes Simplex disebabkan jangkitan virus Herpes Simplex jenis 1 (HSV-1).

Biasanya virus ini membabitkan jangkitan di bahagian mulut dan membentuk ulser yang boleh menyebabkan kesakitan dan kesukaran untuk makan dan minum.

Individu yang dijangkiti HSV-1 biasanya mempunyai virus ini di dalam badan mereka seumur hidup. Virus ini akan terus menghuni sel saraf pesakit walaupun tidak menunjukkan sebarang tanda jangkitan.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lattehazelnut 26-10-2021 02:13 PM
Biar betul std dari kecik..
Ke dari parent jangkit ke anak..
Quote KamikuP 26-10-2021 02:24 PM
Moga cpt sembuh yaa
Quote talapia 26-10-2021 02:26 PM
herpes ni bukan mcm chicken pox... kayap ke? jenis2 dia la..
kayap ni asal dr virus yg sama dengan chicken pox. Tapi dia duduk aje dlm badan.. akan keluar bila immune badan kita down.

Kiranya kalau pernah kena chicken pox.. kemungkinan utk kena kayap tu tinggi. Sebab virus dh ada dalam badan cuma dormant aje.
Quote elsiealaia 26-10-2021 02:27 PM
lattehazelnut replied at 26-10-2021 02:13 PM
Biar betul std dari kecik..
Ke dari parent jangkit ke anak..

Mmg ada yg kena masa kecik. Antaranya disebabkan oleh parents mmg dah ada atau disebabkan oleh org lain yg ada herpes type 1 or 2. Sebab tu kalau ada baby atau anak kecik jgn dikasi cium oleh org. Sebab kita tak tau org tu ada penyakit berjangkit ke tak.
Quote Cik_jantung 26-10-2021 02:40 PM
Edited by Cik_jantung at 15-1-2022 02:10 PM

..........
Quote nanasno 26-10-2021 02:42 PM
wait dia ada std ke cemana?
Quote imanjannah 26-10-2021 02:50 PM
moga cepat sembuh syafiq
Quote Kurex 26-10-2021 04:14 PM
Dapnyehhh dada sapik....
Quote minahmanja 26-10-2021 04:28 PM
talapia replied at 26-10-2021 02:26 PM
herpes ni bukan mcm chicken pox... kayap ke? jenis2 dia la..
kayap ni asal dr virus yg sama dengan c ...

dlu ade perasan kat video satu doct yg famous ni, dia citer psl penyakit kayap ni.. dia ckp kayap ni klr bila kuman ciken pox dlm bdn kita tu tk klr abis..  iols tgk gambar patient dia tu mak aih seram..
Quote nakkomenjugak 26-10-2021 05:42 PM
Haiyoooo kalau mat saleh dah tuduh ko makan fooki dek non
Moga cepat sembuh yach
Quote kelip2_07 26-10-2021 05:56 PM
bdk opis aku pn ade kena..kt bibir dia pomopuan blm kawin..cpt2 dia explain tkt org pikir bkn2
Quote haruslah 26-10-2021 06:12 PM
kelip2_07 replied at 26-10-2021 05:56 PM
bdk opis aku pn ade kena..kt bibir dia pomopuan blm kawin..cpt2 dia explain tkt org pikir bkn2

I penah kena camni masa bujang dulu
Xtau la kot ade yg mengata belakang jugak
Kering pastu merah2 lebam mengelupas...gatal
Malu giler masa tu
Puas pakai lip balm x pegi doc sbb xtau sejenis penyakit
Quote Diamje 26-10-2021 07:09 PM
Kakak aku pon kene mcm ni. Terutama kalau suhu badan panas sgt...kene byk minum air, dn tingkatkan imun sistem
Quote mrsLucky 26-10-2021 07:18 PM
lattehazelnut replied at 26-10-2021 02:13 PM
Biar betul std dari kecik..
Ke dari parent jangkit ke anak..

Kadang ada orang ada virus ni cium baby..baby boleh kena jangkit
Quote shazzee 26-10-2021 07:27 PM
Pernah dilaporkan  berlaku jangkitan herpes ni akibat testing lipstick dkt drugstore.. maybe mangsa test pakai lipstick yg pembawa herpes ni pakai, lalu terkena jangkitan herpes pada bibir beliau.. isi sahih. pernah baca satu ketika dulu..
Quote mizzmimi 27-10-2021 04:45 AM
Nama je sama, tapi bukan dia.. Apoo
Quote anony-mous 27-10-2021 08:11 AM
Kesian nya lahai sbb virus tu forever ada dlm bdn
Quote Mooverine 27-10-2021 08:51 AM
Semoga cepat sembuh.
Quote tipah89 27-10-2021 09:26 AM
tasty betul la he olls ni

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 02:49 PM GMT+8 , Processed in 0.065656 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top