CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Suami Isteri Suka Buka Aib Pasangan, Keluarga Di Media Sosial" - Lufya Omar

26-10-2021 02:06 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4693| Komen: 32

Description: Pelakon Lufya Omar baru-baru ini tampil memberikan sedikit pandangan mengenai soal maruah dan aib setiap pasangan suami isteri dalam kehidupan berumah tangga.
Pelakon Lufya Omar baru-baru ini tampil memberikan sedikit pandangan mengenai soal maruah dan aib setiap pasangan suami isteri dalam kehidupan berumah tangga.

Tidak dinafikan, setiap pasangan pastinya mengharapkan mahligai cinta yang dibina terus kekal bahagia dan harmoni sehingga ke akhir hayat.


Kredit foto: IG Lufya

Pernah berdepan kegagalan rumah tangga, Lufya berkata, setiap pasangan haruslah menjaga maruah antara satu sama lain dan tidak membuka aib teman hidup masing-masing.

Akuinya lagi, wanita lebih beremosi apabila ditimpa sesuatu masalah serta menghadapi zaman media sosial yang semakin pantas berkembang pada kala ini, pastinya ada yang akan meluahkan perasaan sedih, kesakitan yang dialami di ruangan alam maya.


Ia sekali gus membuatkan seseorang itu secara tidak langsung membuka aib sendiri mahupun keluarga dalam keadaan sedar ataupun tidak sedar.

"Nanti bila dia sudah meluahkan segalanya, mungkin secara sedar atau tak dia akan mengaibkan ahli keluarga dan diri sendiri. 

"Saya dapat lihat dengan situasi yang berlaku sekarang, ramai yang bila dia tidak puas hati dia terus tulis di media sosial. 

"Apa sahaja yang berlaku di sekeliling, mereka nak kongsi dan beritahu kepada orang ramai."


Kredit foto: IG Lufya

Dia berkata demikian ketika rakaman rancangan bual bicara Wanita Hari Ini yang bersiaran di TV3 pada hari Khamis yang lalu.

Sekadar info, Lufya pernah mendirikan rumah tangga bersama seorang doktor iaitu Che Muhammad Hafiz pada 2016 namun bercerai pada Jun tahun lalu.

Hasil perkongsian hidup, mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Lana Haura yang kini berusia 2 tahun.


Sumber: BeautifulNara


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote syabee 26-10-2021 02:38 PM
bercakap depan cermin ke dia
Quote Cik_jantung 26-10-2021 02:41 PM
Edited by Cik_jantung at 15-1-2022 02:11 PM
syabee replied at 26-10-2021 02:38 PM
bercakap depan cermin ke dia


..........
Quote KamikuP 26-10-2021 03:05 PM
Pot calling the kettle black
Quote SeriBunga 26-10-2021 03:09 PM
x cukup cermin di rumah barangkali...
Quote AshkieLa 26-10-2021 04:49 PM
ehh ehhh...
dulu kes ko tak buka aib kah?
dah takde pasangan ni acah2 pulak...
Quote kelapaparut 26-10-2021 04:55 PM
ape fungsi dia dlm industri..
Quote edoraixora 26-10-2021 04:58 PM
amnesia ke dia nih?
sejenis sama perangai dgn jiran jugak
Quote imanjannah 26-10-2021 05:27 PM
aduhai lufya.. diam sudahlah
Quote jijahmomon 26-10-2021 06:11 PM
mengata diri sendiri pulak..
Quote Nenasketum 26-10-2021 06:17 PM
Dah jadik macam Najib Razak plak, cerita hal sendirik kat public tapi kononnya bercakap pasal orang lain.
Quote LoveSungmin 26-10-2021 07:02 PM
aikkk! yang dulu beria buka aib bekas laki tu bukan kau ke pompuan oiii?
Quote SpyLeman 26-10-2021 08:33 PM
Ku anggap dia hingin menjadikan dirinya sbg iktibar utk netizenz supaya tidak berbuat seperti dirinya????????
Quote kotakominami 26-10-2021 09:45 PM
Amboi..konfiden engko ye bg pendapat. Cer ko gugel nama sendiri tgok. Rasenye kalu tak cite pasal ketiak lecak mesti cite pasal aib laki kau kan......
Quote fefeeling 26-10-2021 09:52 PM
syabee replied at 26-10-2021 02:38 PM
bercakap depan cermin ke dia

Cermin tersenyum sinis
Quote Mizlyn 26-10-2021 09:58 PM
Nak gelak leh tak?
Quote trexxxxxi 26-10-2021 11:05 PM
Ter-gugel dan tergelak besar tanpa sengaja
Quote she 27-10-2021 04:23 AM
Dulu beria kias bekas somi gayish berebut anak depan pintu court

Mencanang airmata sampai kitorang semua menadah mata tengok selfie ex ko yang macam nangka berbalut tu
Quote awex^returns 27-10-2021 08:28 AM
cakap kat diri sendiri ke, semaklah ko minah
Quote tipah89 27-10-2021 09:21 AM
mengata diri sendiri ke tuuuu..

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 06:54 AM GMT+8 , Processed in 0.050916 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top