CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tular Cabaran Ukur Garis Rambut Pula, Apa Hasilnya?

26-10-2021 02:41 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2141| Komen: 4

Description: Pelbagai cabaran tular diilhamkan netizen di China sejak dua tahun kebelakangan ini.
Pelbagai cabaran tular diilhamkan netizen di China sejak dua tahun kebelakangan ini.

Antara cabaran yang terkenal adalah cabaran saiz pinggang seperti kertas bersaiz A4. Trend ini dicipta untuk mereka yang berhasrat memiliki pinggang ramping dan fleksibel.


Ia juga dianggap dapat membantu mempromosikan pelbagai bentuk tubuh. Pentadbiran Siber China menganggap trend sebegini adalah sesuatu kehebatan luar biasa yang boleh dijadikan sesuatu untuk diingati.

Baru-baru ini, satu lagi cabaran mula tular di laman sosial China iaitu cabaran ukur garis rambut.

Ia bagi menentukan sama ada seseorang itu mempunyai garis rambut yang sempurna atau sudah mengalami keguguran rambut.


Kredit foto: 8 DAYS

Cabaran ini dianggap lebih selamat berbanding cabaran lain yang diperkenalkan sebelum ini.

Apa yang perlu dilakukan adalah memeriksa jarak antara hujung rambut dan kening menggunakan jari.

Jumlah jari itu berbeza untuk lelaki dan wanita untuk menentukan sama ada garis rambut mereka adalah normal atau sebaliknya. Semakin banyak bilangan jari, bermakna rambut seseorang semakin berkurangan.

Cabaran itu sebenarnya sudah diperkenalkan pada 2019, namun mula mendapat perhatian beberapa minggu lalu.

Ada netizen yang menyahut cabaran itu dan memuat naik gambar bilangan jari pada dahi di laman sosial.

Cecilia Cheung antara selebriti yang menyahut cabaran itu.


Kredit foto: 8 DAYS

Dia memuat naik gambar cabaran itu pada 20 Oktober lalu.

Ibu tiga anak berusia 41 tahun itu dianggap memiliki jarak rambut dan dahi sempurna.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tumpanglalu74 26-10-2021 03:40 PM
Dahi Nowa Danish tu lueh nak letak berape jari pulak?
Quote Daftpunk_shine 26-10-2021 03:52 PM
Mohon King Coco masuk menyahut cabaran [em:3:]
Quote azie5zoe 26-10-2021 04:12 PM
Kalau iols sahut cabaran ni entah berapa jari agaknya. Dahlah dahi sulah.
Quote NekNgah 27-10-2021 11:57 AM
Mira basic agak-agaknya lulus tak?

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 05:49 PM GMT+8 , Processed in 0.049558 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top