CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ahmad Maslan Lancar Perang?

3-4-2015 05:22 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 17768| Komen: 111

Description: Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata wajar dipecahkan monopoli dalam pasaran telekomunikasi selepas syarikat telekomunikasi didapati secara kolektif menaikkan harga kad tambah nilai ek ...
Ahmad Maslan Lancar Perang Terhadap Maxis, Digi, Celcom, Umobile


Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata wajar dipecahkan monopoli dalam pasaran telekomunikasi selepas syarikat telekomunikasi didapati secara kolektif menaikkan harga kad tambah nilai ekoran pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).


Empat syarikat telekomunikasi - Celcom, DiGi, Maxis dan U Mobile - didapati menaikkan harga kad tambah nilai walaupun harganya sepatut kekal dengan GST.


GST bertujuan untuk menggantikan cukai jualan.


Sebaliknya, mereka memasukkan enam peratus cukai jualan yang telah dimansuhkan itu, ke dalam dalam keuntungan mereka dan menggenakan tambahan enam peratus GST.


"Telco 4 ini wajar dipecahkan monopoli mereka agar dengar apa kehendak pengguna," tulis Ahmad dalam twitternya.


Selepas mereka dikesan telah menaikkan harga, syarikat telekomunikasi berkata, mereka akan memberikan enam peratus lebih 'talktime' (masa berbual) untuk caj lebihan itu, tetapi Ahmad berkata ramai minta turunkan harganya.


"Ramai minta turunkan harga top-up kepada harga asal seperti sebelum GST. Bukan tambah lebih 6 peratus airtime/sms," kata Ahmad dalam twitter.


Oleh itu, timbalan menteri itu berkata beliau telah meminta Jabatan Kastam membincangkan lagi tentang keputusan itu.


"Sebelum ada keputusan lain, ramai ingin bukti tambahan airtime itu. Elok Telco survey, pengguna pilih kurang harga atau pilih tambah airtime," tambah Ahmad.


Beliau berkata kira-kira 40 peratus daripada aduan yang diterima pada hari pertama pelaksanaan GST pada 1 April membabitkan kad tambah nilai berkenaan.


Sementara itu, Ketua Pemuda Gerakan Tan Keng Liang berkata konsesi masa berbual tambahan itu tidak boleh diterima kerana kerajaan telah berjanji bahawa syarikat telekomunikasi tidak akan dibenarkan untuk mengenakan GST ke atas kad prabayar.


Jika mereka gagal mematuhi, beliau berkata, kerajaan perlu mengambil tindakan ke atas mereka.

7

Bagus
4

Marah
8

Terkejut
11

Sedih
4

Lawak
19

Bosan

Friends Rank (53 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hzln 3-4-2015 10:15 AM
ya lah dah malu tahap hazab umpama ditepek taik lembu ajer kat muka
bilamana tak sampai 24 jam dah kena tarik idung dgn telco dan tunduk akur saja walo sehari sebelum tu cakap berdegar2 topup tak kena gst
taraf jawatan timbalan muntri kat malaysia ni macam level2 ketua jkkkkk saja di mata gergasi2 telco...takde apa2 power  
Quote BotakChinPeng 3-4-2015 10:15 AM
Edited by BotakChinPeng at 3-4-2015 11:16 AM

"Kalau mereka masih berdegil dan enggan menurut arahan KPDNKK dan JKDM, kita akan bawa mereka ke mahkamah dan ini menjadi kes antipencatutan pertama GST"
Quote dino 3-4-2015 10:17 AM
hzln replied at 3-4-2015 10:15 AM
ya lah dah malu tahap hazab umpama ditepek taik lembu ajer kat muka
bilamana tak sampai 24 jam dah  ...

tarap ni jd menteri mek... smlm nak kaver malu cite psl telco stuju bg 6% lebih sms panggilan.... tak sangka ade menteri tahap loji camnih
Quote ResellerMaxis 3-4-2015 10:17 AM
hzln replied at 3-4-2015 10:15 AM
ya lah dah malu tahap hazab umpama ditepek taik lembu ajer kat muka
bilamana tak sampai 24 jam dah  ...

telco-telco ni siap berpakat buat benda sama plak tu..
Quote ResellerMaxis 3-4-2015 10:20 AM
dino replied at 3-4-2015 10:17 AM
tarap ni jd menteri mek... smlm nak kaver malu cite psl telco stuju bg 6% lebih sms panggilan....  ...

semalam ahmad maslan xpuas hati sebab sst 6% dimansuhkan..diganti gst 6%..sepatutnya tiada perubahan..tiba-tiba telco semua berpakat kenakan gst 6% pada pengguna lalu harga berubah..

so beliau mengarahkan kastam berbincang dengan syarikat ke 4 4 syarikat telco..syarikat telco setuju untuk bagi lebih talk time n sms sesuai dengan harga yang dibayar..

tapi ahmad maslan masih xsetuju..statement ni adalah statement beliau semalam..yang mana beliau mengarahkan supaya pihak telco buat kajian dulu..pengguna prefer yang mana..kurang harga or lebih nilai..sebelum suka-suka wat keputusan..

perbuatan telco ni memang ibarat curah tahi ke muka ahmad maslan yang bekerja keras untuk menyakinkan pengguna bahawa gst tidak akan membebankan dan akan lebih baik..
Quote BotakChinPeng 3-4-2015 10:22 AM
U Mobile dah jadi majoriti milik singapura pun masih tak bagus lagi.
Quote maxim 3-4-2015 10:22 AM
ni semua cakap2 kt twitter die je pon. bukannya die brani lawan btol2 pn
Quote dino 3-4-2015 10:23 AM
ResellerMaxis replied at 3-4-2015 10:20 AM
semalam ahmad maslan xpuas hati sebab sst 6% dimansuhkan..diganti gst 6%..sepatutnya tiada perubah ...

tak kira la ahmad maslan ttp bodoh pd pandangan mata rakyat msia
gile berani telco tu semua kan.... kna tanya sbb apa brani.... sbb org politik bkn...... tambah2 maxis tuh hahah....

Quote crossfire 3-4-2015 10:24 AM
ResellerMaxis replied at 3-4-2015 10:20 AM
semalam ahmad maslan xpuas hati sebab sst 6% dimansuhkan..diganti gst 6%..sepatutnya tiada perubah ...

yg penting mat maselan buat kerja....
pedulikan apa forumer cari cakap....
Quote ResellerMaxis 3-4-2015 10:25 AM
dino replied at 3-4-2015 10:23 AM
tak kira la ahmad maslan ttp bodoh pd pandangan mata rakyat msia
gile berani telco tu semua ka ...

aku rasa imej ahmad maslan semakin berubah sejak isu gst ni..nampak dia seorang yang sangat rajin bekerja dan bersungguh-sungguh...kalau dia boleh paksa telco turunkan semula harga..memang lagi naik lah imej dia selepas ni..

berbanding sebelum ni dikenali sebagai pengampu terulung kak mah..
Quote ResellerMaxis 3-4-2015 10:26 AM
crossfire replied at 3-4-2015 10:24 AM
yg penting mat maselan buat kerja....
pedulikan apa forumer cari cakap....

berbanding menteri lain..nampak beliau rajin.
Quote ResellerMaxis 3-4-2015 10:27 AM
maxim replied at 3-4-2015 10:22 AM
ni semua cakap2 kt twitter die je pon. bukannya die brani lawan btol2 pn

sepatutnya pr pun kena agresif membantu rakyat untuk kondem peniaga-peniaga haram jadah ni semua..bukannya berterusan nak cari salah kerajaan n berdemo sahaja..
Quote BotakChinPeng 3-4-2015 10:27 AM
Mana ada monopoli/oligopoli bagai. Pengguna saja ramai tak sedar banyak  lagi pilihan yg ada
Quote shabb75 3-4-2015 10:29 AM
Hello!!!! Sapa yg arahkan semua telco charge 6% tax??? Ingat telco company suka2 ke nak charge melainkan arahan dr MCMC. Sendiri cakap putar2 pastu salahkan telco company. Sabo je la.
Quote hzln 3-4-2015 10:29 AM
dino replied at 3-4-2015 10:17 AM
tarap ni jd menteri mek... smlm nak kaver malu cite psl telco stuju bg 6% lebih sms panggilan....  ...

aku agak semalam dia rasa bangga kot...dapat bagi "sesuatu" kat orangramai walopun rega topup naik 6%lepas itu baru dia tersedar dia sudah dikelepek oleh telco (atau mungkin telah dibisik oleh pegawai yg cgpa lbh 3.8 )... "sesuatu" yg telco bagi tuh...menda yg dah takdak apa nilai pun pada telco...disebabkan perang harga sesama sendiri, masing2 mmg takde amik untung mana pun kat voice n sms selama ni...depa punya punca keuntungan dekat data semata sekarang ni
umpama ko beli ikan, rega naik, ko marah2, nak sejukkkan ati ko dia kasi ko percuma 2.3 ekor ikan semalam yg perut dah terburai...yg kalu dia tak kasi ko pun dia campak kasi kucing makan jah...balik rumah ko meloncat2 yeeehaaa walopun rega lagi mahal tapi dapat ikan lebih...ko hanya sedar kebodohan ko lepas kena ketuk dgn kuali oleh bini ko
Quote lurve82 3-4-2015 10:29 AM
skrg ni SST+GST....padan muka semua...
Quote dino 3-4-2015 10:30 AM
ResellerMaxis replied at 3-4-2015 10:27 AM
sepatutnya pr pun kena agresif membantu rakyat untuk kondem peniaga-peniaga haram jadah ni semua.. ...

buat apa depa nak kondem.... ini peluang keemasan....
bodo la nak bantu
Quote ResellerMaxis 3-4-2015 10:32 AM
dino replied at 3-4-2015 10:30 AM
buat apa depa nak kondem.... ini peluang keemasan....
bodo la nak bantu

baru lah nampak mereka memperjuangkan rakyat di mata penyokong kerajaan.. barulah penyokong kerajaan yang pro tun m or yang menyampah dengan kak mah berminat nak beralih ke pr..
Quote ResellerMaxis 3-4-2015 10:32 AM
lurve82 replied at 3-4-2015 10:29 AM
skrg ni SST+GST....padan muka semua...

sst dulu berlapis lapis macam gst jugak ke??

Lihat semua komen(111)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 02:21 PM GMT+8 , Processed in 0.076147 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top