CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ini Kaedah Yang Salah,” Kata Ahmad Maslan

13-4-2015 05:58 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7192| Komen: 31

Description: Kata Ahmad, Beliau Menggesa Orang Ramai Memboikot Sekiranya Mendapati Peniaga Yang Tidak Berertika Itu Mengenakan Gst Dan Dalam Masa Yang Sama Mengenakan Cukai Jualan Dan Perkhidmatan (Sst).
“Mereka campur GST kepada SST. Ini kaedah yang salah,” kata Ahmad Maslan



Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan menyelar sikap peniaga yang sengaja mengambil kesempatan di atas pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dengan menaikkan harga barang.


KUALA LUMPUR, 12 April: Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan menyelar sikap peniaga yang sengaja mengambil kesempatan di atas pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dengan menaikkan harga barang.

Kata Ahmad, beliau menggesa orang ramai memboikot sekiranya mendapati peniaga yang tidak berertika itu mengenakan GST dan dalam masa yang sama mengenakan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).

“Ada peniaga ambil kesempatan dengan GST menaikkan harga. Tetapi input tax mereka claim.


“Boikot mereka ini. Lapor KPDNKK. Pilih peniaga yang beretika,” katanya dalam laman Twitternya, hari ini.

Menurutnya, ada di kalangan peniaga mengambil kiraan yang salah dengan mencampirkan GST kepada SST.

“Peniaga ambil kesempatan dengan tidak tolak dulu SST 5%, 6% dan 10%. Mereka campur GST kepada SST. Ini kaedah yang salah. Patut tolak dulu baru campur,” jelasnya.

Sejak GST dilaksanakan pada 1 April, pelbagai rungutan dan aduan diterima oleh agensi terbabit ekoran ramai yang tidak berpuashati apabila harga barangan semakin naik.

Malah, ada peniaga juga mengenakan cukai SST dan GST kepada barangan yang secara tidak langsung menyebabkan pengguna membayar 16 peratus bukan enam peratus.

TRP

6

Bagus
5

Marah
4

Terkejut
2

Sedih
3

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (28 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Innrukia 13-4-2015 08:48 AM
betul la tu... mmg peniaga sentiasa amik kesempatan
Quote dino 13-4-2015 08:51 AM
wpun wak maslan ni kategori menteri paling bodoh ngan cgpa 3.8..... tp part ni btul la peniaga p campur dgn sst sedia ade....  
Quote chinatsu 13-4-2015 08:52 AM
ramai peniaga di malaysia ni yg tak jujur
enforcement kena kuat
kalau setakat buat aduan tp takde apa2 tindakan..baik tak payah
Quote awanearisu 13-4-2015 09:04 AM
kalau ada yang buatkan android app yang menyenaraikan kedai-kedai sebegini, kita download siap-siap
Quote EJALTI 13-4-2015 09:06 AM
Maslan sungguh peniaga2 yg kuat menipu nih......
Quote zach2008 13-4-2015 09:21 AM
Kalau dah tau mereka buat begitu, apa tindakan gomen.
GST bawah kastam... tp nak check harga barang kpdn.
Sepatutnya sekarang semua serbu peniaga berdaftar dan tengok harga jualan selepas GST.
Quote xy_daen 13-4-2015 09:25 AM
Peniaga juga rekyat...
Quote edoraixora 13-4-2015 09:31 AM
memang sangat betul....jadi ape tindakan kerajaan??
Quote pinkypinkylady 13-4-2015 09:37 AM
so gov selar je ke? xde tindakan?
Quote brownstone 13-4-2015 09:37 AM
mcm ko bebal benar tak boleh enticipate bende ni berlaku...

kes topup kene charge GST tu...ko x de monitor telco ke samada implementation dioarng betul ke x seblom 1 april?? ko x de buat mock run? ko x de check pemahaman dioarang betul ke x?

dasar menteri bangang...DG Kastam yg tazzabar nak tunggu 1 april pon bangang jugak...ko sendiri x bole pastikan telco (giant companies) understand GST...inikan pulak peniaga2 kecil yg lain??

Quote hest 13-4-2015 10:01 AM
macam mana rakyat nak paham.. golongan ke @ dalam gst pun tak paham... haih
Quote aechae 13-4-2015 10:03 AM
soalan bodoh ni....mna kita nk tau harga tu dh tolak sst dlu then bru tambah gst?
Quote plywood 13-4-2015 10:09 AM
Edited by plywood at 13-4-2015 10:11 AM

gst secara sistemnya memang mempunyai kebaikan spt adanya sistem pemantauan harga dan mengesan peniaga yang tidak bayar cukai... ada juga yang tidak favour rakyat marhaein spt tambahan harga akhir ditanggung oleh end user... tetapi orang tidak mahu dan menentang gst bukan dari faktor sistem...

sy yakin kebanyakan rakyat marhaein tidak peduli dengan jenis sistem cukai yang dipakai..ada dua alasan besar kenapa orang tidak mahu gst versi sekarang dimalaysia .... pasal berlakunya kenaikan kos sara hidup mendadak... dan berlakunya ketirisan, rasuah, skandal yang melibatkan berbillion duit rakyat yang mana gst akan beri kemewahan dan lesen kepada orang2 ini dengan tanggungan rakyat..

mesej2 atau janji yang diberi oleh kerajaan pentadbir sebelum pelaksanaan gst, adalah spt gst akan menyebabkan harga barang turun, gst tidak membebankan, gst untuk memperbaiki sistem cukai, gst bukan untuk bayar hutang negara wpun najib kata ya, kami sudah bersedia 100 peratus, kajian sudah
dijalankan bertahun2...

tetapi apa yang berlaku adalah disebaliknya... kos sara hidup meningkat mendadak kerana kenaikan harga barang dan perkhidmatan.... jadi adakah kerajaan sudah berbohong dengan mesej2 sebelum ini? perkara spt ini menyebabkan ada rakyat yang naik angin... tolak masalah gst dan menyalahkan peniaga
semata-mata sebagai jawapan kpd ketidakpuasan hati rakyat kerana ada peniaga mengenakan sst + gst hanya menunjukkan kelemahan pelaksanaan gst....

kerana sepatutnya kajian bertahun2 dan persediaan seratus peratus itu sudah mengambil kira faktor sikap peniaga, faktor kesan rantaian, trend perbelanjaan rakyat, faktor kekuatan pemantauan kerajaan pelaksana yg dari dulu diragui, kegagalan boikot harga barang selama ini dimalaysia, cash flow peniaga dan semua senario perjalanan gst dimalaysia ... harus diingat kerajaan ada kuasa pelaksana, hanya menolak masalah kepada peniaga dan rakyat boleh diertikan sbg tidak bertanggungjwb, lepas tangan, ada agenda lain etc...

bila rakyat mengeluh, tidak puas hati dan marah kepada gst dan pelaksana gst kerana kesan kenaikan harga barang dan perkhidmatan ini.... antara mesej akhir dari kerajaan ialah rakyat menentang SISTEM gst.. kebanyakan rakyat bukan menentang sistem, tiada masa mereka mahu memahami semua teori gst dan
tidak peduli pun dengan apa jenis sistem cukai yang digunakan, tetapi mereka menentang kesan dari gst versi sekarang...iaitu beban tambahan.. ada unsur politik dlm jawapan iaitu kaburkan isu... begitu juga point ada barang makanan yang tidak dikenakan gst tidak membantu langsung dlm mengurangkan harga barang kerana faktor kesan rantaian... realitinya pengeluar2 barang ini terpaksa naikkan harga jualan mereka kerana barang keperluan mereka sendiri yang lain  sudah naik harga..

padahal ada perubahan sistem yang direct dan telus yang boleh dilakukan utk tangani kesan kenaikan harga barang dan perkhidmatan dlm sistem gst itu sendiri dari mula pelaksanaan gst spt contohnya mengenakan cukai permulaan gst sebanyak satu atau dua peratus shj...dan sebagai contoh juga ialah respon kerajaan memberikan jaminan bhw kerajaan akan mengambil langkah menghukum bagi mengelakkan ketirisan dan keborosan wpun ini juga memberikan pengakuan secara tidak langsung yang tidak disukai oleh politician...  

bagi sy respon dari kerajaan setakat ini tidak meredakan beban tambahan rakyat disebabkan oleh gst ... hanya berputar-putar, ada corner sana sini, tidak tepat spt harapan dan mesej yang diberikan ... kata ada slogan dahulukan rakyat dan mungkin inilah masa yang sepatutnya untuk tunjuk erti slogan itu kpd rakyat.. ini hanya beri mesej bertentangan yang yang menyebabkan kepercayaan rakyat hilang...

apapun tindakan kerajaan selepas ini sepatutnya tidak boleh memburukkan lagi keadaan kerana pelaksanaan gst pd 1 april lepas, sikap peniaga mengambil kesempatan dan kesan rantaian telah pun trigger kenaikan harga barang .. rakyat sudah terpaksa adjust bajet mereka dlm trend perbelanjaan yang sangat membebankan untuk golongan miskin......ditambah dengan sikap peniaga dimalaysia yg tetap sama, bila naik harga barang, untuk turun mungkin hanya bila ada jualan murah... ini semuanya kena ambil kira... setakat tolak masalah kpd pihak lain sedangkan mereka memegang kuasa pelaksana hanya menunjukkan
betapa unreliablenya pelaksana gst ini....rakyat tidak boleh terus berada dalam tekanan kerana ianya akan memberi kesan langsung kpd sokongan kerajaan pelaksana gst...











Quote hzln 13-4-2015 10:21 AM
plywood replied at 13-4-2015 10:09 AM
gst secara sistemnya memang mempunyai kebaikan spt adanya sistem pemantauan harga dan mengesan penia ...

saya sangat suka baca post awak....tembus ke dalam hati gituh
awak sudah sampaikan 99.99% apa yg saya mahu sampaikan dlm isu gst ini
keep up the good work
Quote nolya 13-4-2015 10:22 AM
chinatsu replied at 13-4-2015 08:52 AM
ramai peniaga di malaysia ni yg tak jujur
enforcement kena kuat
kalau setakat buat aduan tp takde  ...

sejak bila peniaga malaysia ni jujur.  Seharusnya pihak kerajaan dapat mengantisipasi hal ini pasti terjadi. Itu pula tak leh fikir dulu ke?




Quote chinatsu 13-4-2015 11:29 AM
plywood replied at 13-4-2015 10:09 AM
gst secara sistemnya memang mempunyai kebaikan spt adanya sistem pemantauan harga dan mengesan penia ...

ye..inilah yang selama ni rakyat mengeluh..akan ada kepincangan sebegini
thank you for putting it in words
Quote dewi 13-4-2015 11:39 AM
dah cakap dah korang tak sedia nak hadapi peniaga2 yg menipu nih..

confident kan sgt yg govt tu pandai sgt leh handle bila implement GST  ,  nak kawal harga barang terkawal time musin raya pun tak mampo .. nak implement GST  cepat2 . hambek la ko ..

sokarang nak selar peniaga  konon.. telco yg berapa kerat tu pun tak leh handle nak selar peniaga yg beribu2 juta2 tu
Quote MeghanK 13-4-2015 11:53 AM
aechae replied at 13-4-2015 10:03 AM
soalan bodoh ni....mna kita nk tau harga tu dh tolak sst dlu then bru tambah gst?

Secara logik nya harga barang tu akan jadi lebih murah dari sebelum nya..sst 10%, gst 6%
Quote aechae 13-4-2015 01:07 PM
MeghanK replied at 13-4-2015 11:53 AM
Secara logik nya harga barang tu akan jadi lebih murah dari sebelum nya..sst 10%, gst 6%

semua brg be'sst' 10% ke sblum ni?

i bg contoh ye....biasa beli frappucino kt stabak yg tall rm12 then byr kna tmbah gov tax 6% so total jd rm12.72.....ni dr thn2 before 1 april gini

then last weekend bru gbeli dlm sejak gst ni start...kt price list tu mmg dh tulis rm12.70 include gst... kt resit bwah tu ada la tulis kn gst tu brapa sen so bleh tolak n kita tau oooo hrga asalnya x msuk gst byk ni rupanya....tp ni brg yg kita dh biasa beli...hrga pn dh hafal....mcm mna dgn brg lain2 yg x biasa beli...xtau hrga asal sblum 1 april, mcm mna nk tau pekedai/tokey itu letak harga ada include sst+gst or gst saje?

dh kata nk kna buat report kn...klu xtau pape nk repot pn xleh menonong...pnjg pulak....i x brapa cerdik dlm bidang ni

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 05:13 AM GMT+8 , Processed in 0.049587 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top