CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ahmad Maslan ulangi amaran turunkan harga barang

31-12-2014 11:46 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4962| Komen: 29

Description: Menurutnya, harga minyak RON95 dijangka turun kepada RM1.90 hingga RM1.95 seliter, menjelang 1 Januari 2015 dan penurunan harga itu turut membabitkan diesel.
Ahmad Maslan ulangi amaran turunkan harga barang

Ahmad memberi amaran kepada peniaga supaya menurunkan harga barangan, jika  harga minyak RON95 dan diesel turun pada bulan depan.


KUALA LUMPUR, 30 Disember:Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan  sekali lagi memberi peringatan kepada peniaga untuk menurunkan harga barangan,  berikutan penurunan harga minyak RON95 dan diesel, bermula awal tahun depan.

Menurutnya, harga minyak RON95 dijangka turun  kepada RM1.90 hingga RM1.95 seliter, menjelang 1 Januari 2015 dan penurunan  harga itu turut membabitkan diesel.

“Dijangka harga RON95 dan diesel antara RM1.90  hingga RM1.95 seliter, mulai 1/1/2015.

“Pengumuman akan dibuat KPDNKK (Kementerian  Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan). Harap peniaga-peniaga akan  turunkan harga barang!!” kata Ahmad melalui akaun Twitternya, @ahmadmaslan.


Harga minyak RON95 ketika ini  ialah RM2.26 seliter, manakala RON97 pula RM0.20 lebih tinggi,  iaitu RM2.46 seliter.

Sebelum ini, kerajaan mengumumkan penetapan  harga runcit untuk petrol RON95 dan diesel mengikut kaedah Pengapungan Terkawal,  mulai 1 Disember lalu dan kaedah itu menggunakan formula Mekanisme Harga  Automatik (APM) yang diguna pakai kerajaan sejak 1983, bagi penetapan harga  runcit bahan api negara.

Secara umumnya, perubahan kos produk petroleum  yang dipengaruhi kadar pertukaran mata wang dan harga minyak mentah dunia akan  mempengaruhi kaedah Pengapungan Terkawal, menyebabkan harga runcit petrol dan  diesel berubah.

Melalui formula APM, subsidi dan cukai  adalah dua pemboleh ubah yang mempengaruhi penetapan harga runcit RON95 dan  diesel.

7

Bagus

Marah
2

Terkejut

Sedih

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (11 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote flying_cow 31-12-2014 08:42 AM
Mimpilah nak peniaga-peniaga turunkan harga barang.
Quote dodolgemok 31-12-2014 08:44 AM
beliau berharap saja harga barang turun tapi pantauan xde buat.peniaga pulak ape kesah dgan harapan mat maselan. setakat berharap pastu buat dono,baby jiran sebelah rumah aku pon tiap2 hari berharap susu formula turun harga
Quote Suchi 31-12-2014 08:53 AM
hurmmm mimpi jelah
kelmarin g giant nk beli buah ngaku nk wat kerepek sekali sekilo 5 hengget lebih mahalnya walhal lambat lg CNY..
mau dekat CNY nnt lg mahal..
dahlah setahun sekali je dpt mkn buah ni.

harap harga brg basah mcm ikan udang pun turun gak harga . udang mahal giler ok kat pasar tani kemain mahal.
Quote rammad25 31-12-2014 09:06 AM
kalau barang mahal pun orang ramai beli, buat apa nak kasi turun..

kalau akulah jadi peniaga...
Quote leylapple 31-12-2014 09:09 AM
jgn haraplah harga barang turun..

kpdnkk pun tak turun pantau harga barang...apatah lagi nak harapkan harga barang turun dgn sendirinya
Quote blackred99 31-12-2014 09:12 AM
harap? ko bukan menteri ke? kementerian buat apa? eh lupa pulak, menteri yg berkait tu hasan malek kan, mmg takde function la.
Quote hzln 31-12-2014 09:12 AM
takat jadi menteri hanya mampu MENGHARAP peniaga turunkan rega barangan....ayam belakang rumah aku pun bulih jadi menteri
Quote mbhcsf 31-12-2014 09:37 AM
Oh...peniaga diberiperingatan ni....gunakan hak pengguna...
Quote mbhcsf 31-12-2014 09:39 AM
Hehe harga minyak naik...marah hingaq....harga minyak turun pun sinikal...ok...business as usual then...
Quote gaara_X 31-12-2014 09:43 AM
kesian mangsa banjir aku tengok....harga ayam seko rm30...apo nie???
Quote halimi78 31-12-2014 09:48 AM
berhenti berharap... kehkehkeh...
[youtube]A8swO8dAg40[/youtube]
Quote dubuk 31-12-2014 09:59 AM
umpama mimipi dalam mimpi

tidur yang nyenyak
Quote liyanur 31-12-2014 10:09 AM
bkn pernah ada yg cakap ker...kalo minyak turun brg turun itu pun kalo ada....
takut nanti bln 2 minyak naik rege brg naik lg teruk dgn alasan masa turun kami dh turunkan rege....
skrg naik kami naikkan juga la rege brg...
Quote nikaido 31-12-2014 10:17 AM
setakat buat peringatan jelah
Quote ekmal_sorrow 31-12-2014 10:51 AM
peniaga dari tahap jerung sampai ikan bilis akan gugur rambut 2-3 hari ni.....
pening pale....mmg PADAN MUKA. TAU NAIK...TURUN TAK RETI.





P.S: Masa ni la aku nak komplen rege nasik berlauk sepinggan.....pak ali x nak turun, aku letak balik semua lauk
dan dlm dulang dan rice cooker pak ali. hahahahah~!!.
Quote prizadane 31-12-2014 10:56 AM
harga teh tarik tak turun-turun pun bulan 12 ni sedangkan minyak dah turun harga. ceh! setakat berharap je. cuba la kuatkuasakan. setakat berharap sahaja...
Quote arira_arora 31-12-2014 11:05 AM
mmg tk turunnyer.. tkyh la percaya.....
Quote Dzeko 31-12-2014 11:07 AM
Abg Lan dah balik Malaysia ker? Amboi garangnya.. balik2 ajer terus keluarkan warning.. kelasss Abg Lan..
Quote afie_m 31-12-2014 11:07 AM
x ada maknanya nak turunkan harga

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 08:43 AM GMT+8 , Processed in 0.086632 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top