CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Perkhidmatan Pos Malaysia terganggu

31-12-2014 11:54 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4451| Komen: 4

Description: “Keselamatan dan kesejahteraan kakitangan adalah keutamaan kami. Satu pasukan bantuan khas terdiri dari kakitangan pengurusan dan operasi ditubuhkan dan digerakkan membantu pekerja dan keluarga terli ...
Perkhidmatan Pos Malaysia terganggu


PERKHIDMATAN Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) akan mengalami gangguan di kawasan terjejas akibat banjir di seluruh negara.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia, Datuk Iskandar Mizal Mahmood berkata, Pos Malaysia akan bekerja keras untuk memastikan perkhidmatan pos dapat diberikan seperti biasa dan mengurangkan kelewatan bagi kawasan di mana jalan raya masih boleh diakses di kawasan yang terjejas akibat banjir.

"Tidak dapat dipastikan berapa lama perkhidmatan pos akan terganggu ke kawasan yang terjejas akibat banjir dan bergantung kepada nasihat daripada pihak berkuasa.

“Keselamatan dan kesejahteraan kakitangan adalah keutamaan kami. Satu pasukan bantuan khas terdiri dari kakitangan pengurusan dan operasi ditubuhkan dan digerakkan membantu pekerja dan keluarga terlibat,” katanya.

Menurutnya, pasukan itu akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang merangkumi beberapa individu mengikut lokasi terjejas di mana mereka membantu dalam mengumpul barang-barang keperluan untuk didermakan, menghantar makanan dan bekalan perubatan serta membantu mengurangkan kerosakan akibat banjir.

Katanya, usaha-usaha juga ditumpukan kepada kerja-kerja pembaikpulihan agar operasi pejabat pos yang terlibat dengan banjir dapat kembali beroperasi dan memberi perkhidmatan seperti biasa secepat mungkin.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote xtahumenahu 31-12-2014 08:27 AM
macam mana nak pos barang/surat kat diorg...rumah pon dah hilang
Quote ainie_1008 31-12-2014 09:21 AM
baru terpikir nak pos barang kat kwn yg dok klantan..
Quote Simunggu 31-12-2014 11:02 AM
kalau lama terganggu bagus juga...skg dah mcm trend org pompoan soping online...menghabiskan duit je...
Quote Mary_jane 31-12-2014 07:50 PM
Simunggu replied at 31-12-2014 11:02 AM
kalau lama terganggu bagus juga...skg dah mcm trend org pompoan soping online...menghabiskan duit je ...

U stres bini shopping sakan kt online ke?


Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 07:00 PM GMT+8 , Processed in 0.235812 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top