CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

2015 terbaik melabur

31-12-2014 12:51 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 8128| Komen: 41

Description: Menurutnya,harga saham dan prestasi syarikat disenarai awam tidak akan begitu terjejas dengan sesuatu peristiwa negatif sekiranya syarikat terbabit memiliki rangkaian pengurusan terbaik, kewangan kuku ...
2015 terbaik melabur


Kuala Lumpur: Orang ramai disarankan supaya melakukan lebih banyak pelaburan pada tahun depan kerana pasaran saham dijangka kembali rancak terutama pada separuh kedua tahun didorong faktor domestik dan pelaksanaan pembentangan Bajet 2015 pada Oktober lalu.

Presiden Persatuan Pelabur Strategik Melayu Malaysia (PPSMM), Norizam Tukiman berkata, mereka perlu mengenepikan sentimen yang menyatakan ekonomi dunia akan meleset tahun depan sebaliknya merebut peluang dan melihat potensi yang bakal tercetus berdasarkan penurunan harga saham bagi tahun ini. 

“Tahun 2014 menyaksikan kebanyakan saham bermodal rendah dan pertengahan sudah mencatatkan penurunan dan 2015 adalah masa terbaik bagi mereka memulakan pelaburan memandangkan trend penurunan harga minyak dunia pada masa ini,” katanya.

Beliau menyarankan supaya pelabur memberi fokus kepada industri seperti kepenggunaan, barangan pengguna, kesihatan dan teknologi kerana ia dijangka menawarkan prospek keuntungan lebih baik dan stabil.

“Secara keseluruhannya, 2015 adalah tahun terbaik bagi pasaran saham dan orang ramai disarankan supaya membuat pelaburan dalam bidang yang berpotensi untuk memberikan pulangan yang diingini,” katanya.

Ketika diminta mengulas mengenai impak kehilangan pesawat QZ8501 kepada harga saham AirAsia, Norizam berkata situasi itu akan menyumbang kepada penurunan harga saham syarikat itu, namun ia tidak akan berlaku secara mendadak dan ia hanya bersifat sementara memandangkan rekod baik yang dimiliki sebelum ini.

Menurutnya,harga saham dan prestasi syarikat disenarai awam tidak akan begitu terjejas dengan sesuatu peristiwa negatif sekiranya syarikat terbabit memiliki rangkaian pengurusan terbaik, kewangan kukuh dan menawarkan faedah terbaik.

“Penurunan harga saham memang dijangka berlaku, namun ia tidak begitu terkesan kerana AirAsia menikmati keuntungan daripada penurunan harga minyak dunia sebanyak 40 peratus pada sebelum ini. Saya menjangkakan harga saham AirAsia akan berada pada tahap mendatar iaitu pada RM2.50 hingga RM3.00 dalam tempoh 12 bulan akan datang,” katanya.

Harga sesaham AirAsia menurun sebanyak 0.25 mata atau 8.5 peratus kepada RM2.69 pada jam lima petang daripada RM2.94 pada jam lapan pagi semalam manakala AirAsia X mencatatkan penurunan 55 mata atau lapan peratus kepada RM0.63 daripada RM0.68 dalam tempoh masa sama.


14

Bagus
5

Marah
4

Terkejut
6

Sedih
3

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (40 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lurve82 31-12-2014 08:02 AM
hakak beli rumah pun time gawat...dpt byk percent diskaun...mmg elok melabur bg org ada duit time2 gawat...nak2 rumah2 yg kena lelong...tapi hakak dh xde duit...xblh dah nk melabur..melebur blh la...
Quote mdhelmi 31-12-2014 08:24 AM
saham MAS pon turun masa MH370 baru hilang
melabur xyah tunggu byk duit...dpt 1 lot pon jadi la
Quote cmf_kunyit 31-12-2014 08:41 AM
sapa yg melabur awal bulan Dec 2014 aritu ramai yg tergolek dah....
Quote kasibiman 31-12-2014 09:17 AM
cmf_kunyit replied at 31-12-2014 08:41 AM
sapa yg melabur awal bulan Dec 2014 aritu ramai yg tergolek dah....

-household borrowing sampai tahap nyawa ikan.
-gomen finances lari abes sbb berpaksi rega purata minyak 105 utk 2015
-private investments data mida dah menunjukkan penurunan sejak suku3 2014
-net exports been contracting even as RM merudum... kalu RM menten value apa saja nilai ekspot?



and yet: "2015 masa terbaik utk melabur" dgn p/e tinggi and growth tarak?

yeaaaaaa lettewwwwwwww

Quote poyohabis 31-12-2014 09:23 AM
Nak beli emas banyak2 la leh untung x agak2 nya..
Quote cmf_kunyit 31-12-2014 09:25 AM
kasibiman replied at 30-12-2014 07:17 PM
-household borrowing sampai tahap nyawa ikan.
-gomen finances lari abes sbb berpaksi rega purata  ...

sis, long term katanya bullish, ada window soppin ke last day ni...
Quote blackred99 31-12-2014 09:26 AM
kasibiman replied at 31-12-2014 09:17 AM
-household borrowing sampai tahap nyawa ikan.
-gomen finances lari abes sbb berpaksi rega purata  ...

kira siapa yg tak kaya nak try melabur taun depan, kena kencing la ni?
Quote kukulangau 31-12-2014 09:30 AM
apa2 saja saham yang turun sekarang baik beli
Quote akusukaq 31-12-2014 09:33 AM
blackred99 replied at 31-12-2014 01:26 AM
kira siapa yg tak kaya nak try melabur taun depan, kena kencing la ni?

Elok simpan bawah tilam aje kalu takut nak melabur
Quote kasibiman 31-12-2014 09:35 AM
cmf_kunyit replied at 31-12-2014 09:25 AM
sis, long term katanya bullish, ada window soppin ke last day ni...

derngornya ada.

sbb nak jaga KPI sendiri katanye.


cam haram. jadah tol

Quote kasibiman 31-12-2014 09:38 AM
blackred99 replied at 31-12-2014 09:26 AM
kira siapa yg tak kaya nak try melabur taun depan, kena kencing la ni?

berhati2 di jalan raya. valuation masih terlalu tinggi; tak disokong div yield atau pertumbuhan keuntungan.

satu2nya faktor yg masih menahan nilai di tahap tak masuk akal adalah disebabkan kecairan yg tinggi dlm sistem kita.


pendekata: tunggu masa salah seko pelabur besor sedar dari mimpi dan ckp " pekejadahnya value cam ni punya mahal" dan mula juai; yg lain2 pon akan berbondong2 menjual sama.

Quote cmf_kunyit 31-12-2014 09:38 AM
kasibiman replied at 30-12-2014 07:35 PM
derngornya ada.

sbb nak jaga KPI sendiri katanye.

selalunya end of the year saja push CI nak kasi cantik closing ...heheh
sis, prediction property stagnant ke next year?
Quote Tergeliat 31-12-2014 09:40 AM
Plantation share ok tak untuk melabur?
Quote kasibiman 31-12-2014 09:41 AM
cmf_kunyit replied at 31-12-2014 09:38 AM
selalunya end of the year saja push CI nak kasi cantik closing ...heheh
sis, prediction property  ...

kunyit ada nampak developer berebut GRO kat club de macau skang?

sundiri mau ingatlah.

mmg ler long term price sure go up hwang. itu tok nyang aku yg tak skolah pon tahu

Quote kasibiman 31-12-2014 09:50 AM
Tergeliat replied at 31-12-2014 09:40 AM
Plantation share ok tak untuk melabur?

CPO is now technically in a bull market lepas naik 22% sejak october lows. Tp on fundamentals: bullish ke? soy still very low, minyak pon rendah; and pengukuhan USD is generally berkadar songsang to comoodity prices.

tp kalu awak percaya planters is to be looked at; and nak trade on short term atas kes banjir skang neh; switch to bumitama agri or first resources (both indon planters based in singapore). Malaysian planters dah tentu juai; semenanjung punya output tkat 20 dec utk bulan ni -27% berbanding tempoh sama november. itu belum amek kira lagik bah besor hanya start 21 dec.





Quote kasibiman 31-12-2014 09:51 AM
ok dah cukop. any more i will start charging RM 670 utk setiap 20 menit.

























Quote Acong 31-12-2014 09:53 AM
cmf_kunyit replied at 31-12-2014 09:25 AM
sis, long term katanya bullish, ada window soppin ke last day ni...

nyit, aku nak labur...... jom berak
Quote kentel 31-12-2014 09:54 AM
lurve82 replied at 31-12-2014 08:02 AM
hakak beli rumah pun time gawat...dpt byk percent diskaun...mmg elok melabur bg org ada duit time2 g ...

melabur adja dalam jamban sis
Quote Acong 31-12-2014 09:55 AM
projek best, jual org..........

Lihat semua komen(41)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 05:08 AM GMT+8 , Processed in 0.062181 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top