CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

[update]Saya tak mahu ke rumah orang tua – Pakcik Muhammad

31-12-2014 01:04 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 3318| Komen: 0

Description: Di sebalik kawasan perumahan banglo dan kediaman serba mewah itu, rupanya terselit sebuah pondok usang yang hampir rebah menyembah bumi yang dianggap ‘mahligai’ oleh warga emas berkenaan.
Saya tak mahu ke rumah orang tua – Pakcik Muhammad


Pakcik Muhammad yang berasal dari Kuala Lipis, Pahang itu, datang ke Kuala  Lumpur untuk mencari rezeki seawal usia 18 tahun. - Foto Facebook Polis Wangsa  Maju


KUALA LUMPUR, 31 Disember:Rentetan pendedahan polis Wangsa Maju yang  menemui seorang warga emas tinggal bersendirian dalam sebuah pondok usang di  belukar, The Rakyat Post cuba menjejaki insan kurang bernasib baik  itu.

Tidak disangka perjalanan menuju ke pondok  Muhammad Deris sebenarnya melalui denai di sebalik pokok-pokok lanskap di  kawasan dikelilingi kediaman golongan elit.

Di sebalik kawasan perumahan banglo dan kediaman  serba mewah itu, rupanya terselit sebuah pondok usang yang hampir rebah  menyembah bumi yang dianggap ‘mahligai’ oleh warga emas berkenaan.

Keadaan persekitaran yang becak digenangi  air, sudah pasti menyukarkan pergerakan orang tua itu untuk keluar masuk.


Kehadiran wartawan The Rakyat  Post yang ditemani dua pegawai polis itu, disambut dengan salakan dua  ekor anjing.

Hati mana tidak tersentuh melihat seorang warga  emas yang dimamah usia, duduk berseorangan di bawah pokok dan tanpa berbaju,  menyambut kedatangan kami yang tidak diundang dengan senyuman tawar.

“Ada orang datang, jumpa pakcik nak hantar ke  rumah yang ramai orang tua tu, pakcik tak mahu…pakcik duduk sini pun tak  apalah.

“Kalau nak bantu pakcik, pakcik cuma nak satu  rumah sahaja yang ada satu bilik pun cukup dah, dengan duit sedikit, itu  sahaja,” katanya ketika ditanya mengapa dia memilih untuk terus tinggal di  pondok kecil dalam belukar itu, sejak sekian lama.

Pakcik Muhammad yang sudah berusia 74 tahun itu,  ditemui sepasukan anggota polis dari Balai Polis Wangsa Maju yang sedang  melakukan Ops Santa, pada 25 Disember lalu.

Menurut Timbalan Ketua Polis Balai Wangsa Maju,  Sarjan Jasman Aris, pihaknya mendapat maklumat awal, kemungkinan pondok itu  menjadi sarang jenayah ataupun maksiat.

“Malam itu, kami memang sudah bersiap sedia  dengan semua anggota lengkap bersenjata, kami memang dah sedia untuk menyerbu  tempat berkenaan, tetapi apa yang kami temui sangat mengejutkan.

“Ketika itu, saya arahkan semua anggota untuk  tidak berbuat apa-apa dan kami masuk ke dalam pondok berkenaan melihat seorang  tua bertongkat,” katanya mengulas kembali penemuan warga emas itu.

Pakcik Muhammad yang berasal dari Kuala Lipis,  Pahang itu, datang ke Kuala Lumpur untuk mencari rezeki seawal usia 18  tahun.

Menurutnya, ketika meninggalkan keluarga, dia  mempunyai seorang abang dan kakak, namun abangnya telah meninggal dunia.

Sementara kakaknya pula tidak diketahui sama ada  masih hidup atau sudah meninggal dunia, kerana telah terputus hubungan sejak  sekian lama.
“Kalau pakcik ada anak saudara pun, pakcik  sendiri pun tidak mengenali mereka,” katanya.

Dalam pada itu, Jasman yang mengiringi penulis  ketika melawat warga emas itu memberitahu, pihaknya telah bekerjasama dengan  Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) untuk membantu Pakcik  Muhammad.

“Kami cuba dapatkan bantuan daripada MAIWP bagi  meringankan beban Pakcik Muhammad, dan pihak berkenaan bersetuju menyalurkan  bantuan perumahan.

“Buat masa ini, MAIWP akan bantu bawa Pakcik  Muhammad ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk memperbaharui MyKad  miliknya,” katanya.


Forum : http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=849318&page=2#pid58837142
4

Bagus
1

Marah
5

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (15 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 11:43 PM GMT+8 , Processed in 0.046880 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top