CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Nahas Germanwings Dirancang Awal - Penyiasat

3-4-2015 12:13 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 5459| Komen: 14

Description: Bukti Yang Menjurus Kepada Persediaan Untuk Membunuh Diri Semakin Jelas Apabila Polis Perancis Menemui Kotak Hitam Kedua (Perakam Data Penerbangan) Sekali Gus Akan Membolehkan Penyiasat Meneliti Bagai ...
Nahas Germanwings Dirancang Awal - Penyiasat


DUESSELDORF, Jerman: Pembantu juruterbang yang dikatakan sengaja menjunamkan pesawat Germanwings ke pergunungan Alps Perancis, membuat carian di internet cara membunuh diri tidak lama sebelum nahas itu yang membunuh 150 orang.
Mengikut penyiasat Jerman, komputer yang ditemui di rumahnya juga menunjukkan Andreas Lubitz, 27, ada membuat carian mengenai pintu kokpit dan langkah-langkah keselamatan yang berkaitannya.

Bukti yang menjurus kepada persediaan untuk membunuh diri semakin jelas apabila polis Perancis menemui kotak hitam kedua (Perakam Data Penerbangan) sekali gus akan membolehkan penyiasat meneliti bagaimana Lubitz membuat tetapan pada pesawat supaya ia merempuh banjaran gunung itu.

Jika kotak hitam itu masih elok, ia akan memberikan pelbagai bacaan termasuk tetapan yang dikeluarkan daripada tempat duduk pembantu juruterbang pesawat itu yang sedang dalam perjalanan dari Barcelona, Sepanyol ke bandar raya ini pada 24 Mac.

Pihak berkuasa Perancis akan meneliti kotak hitam berkenaan dan kemudian membuat padanan dengan maklumat daripada Perakam Suara Penerbangan yang sudah ditemui sebelum ini, serta maklumat daripada radar daratan.

"Masih ada harapan data dalamnya masih elok walaupun kotak hitam itu rosak," kata ketua pasukan penyiasat Perancis, Brice Robin.
Robin sebelum ini mengejutkan dunia penerbangan apabila menyatakan maklumat daripada perakam suara yang ditemui beberapa jam selepas nahas menunjukkan Lubitz sengaja menjunamkan pesawat itu selepas mengunci kapten di luar kokpit.

Bagaimanapun, hingga kini pasukan penyiasat masih tertanya-tanya kesahihan dakwaan itu.
Sementara itu, penyiasat Jerman berkata, Lubitz mencari maklumat mengenai cara membunuh diri menerusi carian di komputernya antara 16-23 Mac, iaitu sehari sebelum nahas. - Reuters
21

Bagus
12

Marah
9

Terkejut
4

Sedih
17

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (67 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote BotakChinPeng 3-4-2015 10:31 AM
Itu sudah pasti
Quote jerukkedondong 3-4-2015 12:46 PM
Adakah MH370 juga dirancang awal
Quote Changa 3-4-2015 12:51 PM
jerukkedondong replied at 3-4-2015 12:46 PM
Adakah MH370 juga dirancang awal

kalau di rancang pun tak boleh trace sis.
laptop kapten pun di bawa bersama terbang, tinggal simulator jah kat rumah.
Quote tupaiterbang 3-4-2015 01:35 PM
MH370 mebi sama jgk gan teori germanwings nih..ada kena mengena gan ketum.
Quote pittjie 3-4-2015 01:43 PM
Changa replied at 3-4-2015 12:51 PM
kalau di rancang pun tak boleh trace sis.
laptop kapten pun di bawa bersama terbang, tinggal simu ...

yang laptop si lubitz ni awatnya dia tinggal ya kaka? nak bagi senang org trace kut? haha

Quote myvios 3-4-2015 02:08 PM
nak mampos, mampos la sorang2...
Quote myvios 3-4-2015 02:09 PM
nak mampos, mampos la sorang2...
Quote zorrro_03 3-4-2015 02:14 PM
Changa replied at 3-4-2015 12:51 PM
kalau di rancang pun tak boleh trace sis.
laptop kapten pun di bawa bersama terbang, tinggal simu ...

Kenapa ya kali ni  kamu tidak kaitkan lubiz pembunuh ni dengan hasrat nak convert etc2. Bias nampaknya kamu selaku yahudi celup.
Quote famri7 3-4-2015 02:35 PM
Saya syak ini adalah agenda yahudi leknatullah dlm memutarbelitkan cerita dan aim trus kepada ummah suchi di tanah air.
Quote manehnya 3-4-2015 02:41 PM
susah ngat ka nk bunuh diri sensorang, nk gak pakai kapaitebang
Quote jerukkedondong 3-4-2015 07:13 PM
Kalau gantung diri sensorang family tak dapat claim insuran , pampasan...whaeva...::
Quote bangcak 3-4-2015 09:01 PM
famri7 replied at 3-4-2015 02:35 PM
Saya syak ini adalah agenda yahudi leknatullah dlm memutarbelitkan cerita dan aim trus kepada ummah  ...

anwart mungkin dalang utama disebalik nahas
Quote dodolgemok 3-4-2015 10:53 PM
teroris nazi menyusahkan ummah suchi lain...haruslah neraka tempatnya
Quote munchkin 3-4-2015 11:31 PM
Katanya kan dia nak buat sesuatu biar semua ramai orang ingat dia

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 01:20 PM GMT+8 , Processed in 0.074479 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top